Rali Dakar 2008

Perlumbaan kereta Rali Dakar 2008 ke-30 sepatutnya bermula pada 5 Januari 2008 di bandar Lisbon, Portugal dan tamat pada 20 Januari 2008 di Dakar, Senegal. Malangnya terpaksa dibatalkan pada 4 Januari 2008 kerana keselamatan tidak terjamin di negara Mauritania berikutan pembunuhan 4 orang pelancong Perancis.

Pada Disember 2007 peserta yang termasuk 245 motosikal, 205 kereta , 100 trak dan 20 quad. Kesemuanya 570 pasukan dari 50 buah negara berlumba dari Lisbon ke Dakar .

Antara negara yang direntasi ialah Sepanyol, Maghribi, Sahara Barat, Mauritania dan Senegal dengan jarak 9273 km. Hari rehat diadakan di Atar, Mauritania pada 13 Januari 2008.

Peringkat perjalanan

PeringkatTarikhDariKeJarakIstimewaJarakJumlah
15 January Lisbon Portimão104 km120 km262 km486 km
26 January Portimão Málaga15 km60 km460 km535 km
37 January Nador Er Rachidia182 km372 km16 km717 km
48 January Er Rachidia Ouarzazate29 km356 km199 km584 km
59 January Ouarzazate Guelmim188 km498 km148 km834 km
610 January Guelmim Smara66 km454 km105 km625 km
711 January Smara Atar198 km619 km12 km829 km
812 January Atar Nouakchott44 km450 km37 km531 km
913 JanuaryRest day in Nouakchott
1014 January Nouakchott Nouadhibou37 km525 km86 km648 km
1115 January Nouadhibou Atar111 km552 km22 km685 km
1216 January Atar Tidjikja35 km524 km133 km692 km
1317 January Tidjikja Kiffa131 km398 km2 km531 km
1418 January Kiffa Kiffa25 km484 km6 km515 km
1519 January Kiffa Saint-Louis326 km301 km130 km757 km
1620 January Saint-Louis Dakar239 km23 km42 km304 km