Ranau

Ranau ialah sebuah pekan yang terletak Daerah Ranau, Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Ranau mempunyai 3 rangkaian jalanraya utama yang menghubungkannya dengan bandar lain seperti Kota Kinabalu, Pantai Timur Sabah dan Pedalaman. Jalanraya tersebut ialah jalanraya Ranau/Tamparuli, Jalanraya Ranau/Telupid dan Jalanraya Ranau/Tambunan. Sementara itu Jalanraya lain menghubungkan kawasan Pekan Ranau dengan kampung-kampung di Daerah Ranau.[1]

Ranau
Pekan Ranau
Pekan Ranau
Jata Ranau
Etimologi: Ranahon dipanggil Sawah Padi
Lokasi pekan Ranau
Lokasi pekan Ranau
Ranau is located in Bumi
Ranau
Ranau (Bumi)
Koordinat: 5°57′13.0″N 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°E / 5.953611; 116.664000 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°E / 5.953611; 116.664000
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahRanau
Pentadbiran
 • Pegawai Daerah RanauJumain Bin Abdul Ghani
 • Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah)K.D Muhasip Haji Ruman
 • MPYang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin (GRS) (Ranau)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah~100,000
Zon waktuMST
Kawasan KejirananKundasang
Tamu MingguanSabtu
Nombor platSA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
SS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
SU
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/pd.rnu/ ww2.sabah.gov.my/md.rnu/
Stadium sukan Ranau

Etimologi

Asal-usul Ranau

Ranau berasal daripada perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon. Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau.

Demografi penduduk

Etnik

Jumlah penduduk sekitar Ranau

Jumlah populasi penduduk yang dicatatkan sekitar Ranau mempunyai penduduk seramai 8,970 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan direkodkan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[2]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[3]
TahunMelayuKadazan/DusunBajauMurutBumiputera LainCinaIndiaLain-lainBukan Warganegara MalaysiaJumlah Keseluruhan
20103526,4872503776467024982888,970
2020 (Akan Datang)

Jantina

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[3]
TahunLelakiPerempuanJumlah
20104,5844,386 8,970

Bencana

Gempa bumi

Dalam kes gempa bumi Ranau, yang pertama berlaku pada tahun 1966 dengan kekuatan magnitud 5.3 dan pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 yang telah menyebabkan beberapa keretakan kecil pada bangunan konkrit.[4] Namun pada tahun 2015 bersamaan hari Jumaat, jam 07:15 pagi, 05hb Jun, satu Gempa Bumi berukuran 5.9 skala rector telah melanda daerah Ranau.[5] Gempa bumi berkenaan berpusat di KM 10 puncak Gunung Kinabalu. Gempa ini adalah yang terkuat direkod dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada beberapa bangunan di daearah Ranau seperti bangunan rumah guru SMK Ranau, bilik darjah di SMA Mohd Ali Ranau, kubah masjid Ar Rahman Pekan Ranau, bangunan rumah kakitangan hospital Ranau dan banyak lagi. Gempa yang telah meragut 18 orang pendaki Gunung Kinabalu (sebahagian daripada mangsa yang maut adalah warga Singapura) juga turut mematah satu puncak Gunung Kinabalu yang di kenali sebagai Donkey Ears Peak. Mangsa dipercayai telah ditimpa runtuhan batu granit yang jatuh akibat Donkey Ears Peak patah. Gempa ini juga turut dirasai di beberapa daerah lain di Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tambunan dan Sandakan. Ramai penduduk tempatan percaya bencana sebegini berlaku akibat tindakan sekumpulan pendaki warga Eropah yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu selepas mereka mendaki gunung berkenaan.

Ekonomi

Koko

Sebahagian ekonomi Ranau ialah tanaman koko. Seluas 1838 hektar ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan klon koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.[6] Pada tahun 2020, Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin iaitu Ahli Parlimen Ranau, menjelaskan program pembangunan rantaian kluster koko merupakan satu program berkonsepkan 'Biji Koko Hingga Ke Produk Coklat' (Farm To Table) bermaksud aktiviti penanaman koko dan penjualan biji koko hingga pengeluaran produk coklat. Program ini terus menjadi sumber pendapatan melalui perniagaan yang berkaitan dengan Agro-Pelancongan.[7]

Rujukan

Pautan luar