Realiti terimbuh

Realiti terimbuh (augmented reality, disingkatkan sebagai AR) ialah sebuah kaedah penderiaan interaktif suatu persekitaran dunia yang sebenar melalui unsur-unsur yang "terimbuh" oleh maklumat deria janaan komputer (yang kadangkalanya seing bertindihan) termasuk maklumat penglihatan, pendengaran, haptik, sentuhan, dan bauan.[1]

Maklumat deria yang bertindihan boleh membina (yakni menambah kepada persekitaran semula jadi) atau memusnah (menyelubungi persekitaran tersebut) serta disebatikan dengan lancar sehingga maklumat tersebut dianggap sebagai aspek alam nyata yang dapat dirasai dengan mendalam. Dengan cara ini, realiti terimbuh mengubah persepsi seseorang mengenai persekitaran dunia sebenar, jika dibandingkan dengan realiti maya yang benar-benar menggantikan persekitaran dunia sebenar dengan suatu gantian yang disimulasikan atau direkakan.[2][3]

Rujukan