Red Cliff

Red Cliff (Bahasa Cina: 赤壁; pinyin: Chìbì) (Tebing Merah), juga dikenali sebagai[perlu rujukan] The Battle of Red Cliff (Perang Tebing Merah), ialah sebuah filem epik China berdasarkan Perang Tebing Merah dan peristiwa yang berlaku semasa zaman Three Kingdoms (Tiga Negara) di negara Cina purbakala. Filem ini dijangka akan ditayangkan dalam dua versi: di rantau Asia, Red Cliff akan ditayangkan dalam dua bahagian yang memakan masa 4 jam, dengan bahagian pertama ditayangkan pada Julai 2008 dan yang keduanya pada Januari 2009. Di luar Asia, filem tersebut akan ditayangkan dalam versi 2½ jam pada Januari 2009.

Red Cliff
Dari depan: Tony Leung, Chang Chen, Hou Yong
PengarahJohn Woo
PenulisJohn Woo
Chen Han
Sheng Heyu
Berdasarkan Chronicles of the Three Kingdoms (Hikayat Tiga Negara)
Dihasilkan olehTerence Chang
Han Sanping
Lion Rock Entertainment
China Film Group
DibintangiTony Leung Chiu-Wai
Takeshi Kaneshiro
Zhang Fengyi
Chang Chen
Zhao Wei
Hu Jun
Nakamura Shidō
Lin Chi-ling
SinematografiLü Yue
Zhang Li
Muzik olehTaro Iwashiro
Diedarkan olehHong Kong Mei Ah Entertainment
Singapura MediaCorp Raintree Pictures
Jepun Avex Entertainment
Korea Selatan Showbox
Summit Entertainment
(International sales)
Tarikh tayangan
Bahagian 1: 10 Julai 2008 China, Hong Kong, Taiwan, Korea[1]
Bahagian 2: Januari 2009 Asia
Negara China
BahasaBahasa Cina Mandarin
BajetUS$80 juta[2]

Filem ini diarah oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi Tony Leung Chiu-Wai, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling danZhao Wei. Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta, The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini. [3]

Filem ini ialah salah satu daripada dua filem berkaitan Tiga Negara untuk tahun 2008. Filem yang satu lagi ialah Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon arahan Daniel Lee yang sudahpun ditayangkan.

Plot

Pengarah John Woo dalam satu wawancara oleh CCTV-6 menyatakan bahawa filem tersebut akan secara utamanya menggunakan catatan-catatan sejarah Chronicle of the Three Kingdoms sebagai asas kepada latar cerita Battle of Red Cliffs, berbanding dengan novel sejarah Romance of the Three Kingdoms. Demikian, watak-watak yang secara tradisinya digambarkan sebagai watak antagonis seperti Cao Cao dan Zhou Yu akan digambarkan dengan lebih tepat berdasarkan fakta-fakta sejarah yang benar dalam filem tersebut.[4]

Pelakon

  • Tony Leung Chiu-Wai sebagai Zhou Yu
  • Takeshi Kaneshiro sebagai Zhuge Liang
  • Zhang Fengyi sebagai Cao Cao
  • Chang Chen sebagai Sun Quan
  • Zhao Wei sebagai Sun Shangxiang
  • Hu Jun sebagai Zhao Yun
  • Lin Chi-ling sebagai Xiao Qiao
  • Nakamura Shido sebagai Gan Xing(甘興) (berdasarkan Gan Ning)
  • You Yong sebagai Liu Bei
  • Song Jia (宋佳) sebagai Li Ji(驪姬) (watak rekaan)
  • Tong Dawei (佟大為) sebagai Sun Shucai(孫叔財) (watak rekaan)
  • Hou Yong (侯勇) sebagai Lu Su
  • Basen Zabu (巴森扎布) sebagai Guan Yu
  • Zang Jinsheng (臧金生) sebagai Zhang Fei
  • Zhang Shan (張山) sebagai Huang Gai
  • Shi Xiaohong (師小紅) sebagai Jiang Gan
  • He Yin (何音) sebagai Puan Mi
  • Li Hong (李鴻) sebagai Puan Gan
  • Menghe Wuliji (孟和烏力吉) sebagai Guan Ping
  • Wang Yuzhang (王玉璋) sebagai Cheng Pu
  • Zhang Yi (張毅) sebagai Zhang Zhao
  • Wu Qi (吳旗) sebagai Gu Yong
  • Chen Changhai (陳長海) sebagai Qin Song
  • Wang Ning (王寧) sebagai Maharaja Xian wilayah Han
  • Zhao Chengshun (趙成順) sebagai Xun You
  • Wang Zaolai (王早來) sebagai Cheng Yu
  • Wang Qingxiang (王慶祥) sebagai Kong Rong
  • Xie Gang (謝剛) sebagai Hua Tuo
  • Yi Zhen (一真) sebagai Cai Mao
  • Jia Hongwei (賈宏偉) sebagai Zhang Yun
  • Wang Hui (王輝) sebagai Cao Hong
  • Jiang Tong (姜彤) sebagai Li Tong
  • Guo Chao (郭超) sebagai Yue Jin
  • Cui Yugui (崔玉貴) sebagai Xu Chu
  • Xu Fengnian (徐豐年) sebagai Zhang Liao
  • Ma Jing (馬京) sebagai Wei Ben(魏贲) (berdasarkan Wen Pin)
  • Hu Xiaoguang (胡曉光) sebagai Xiahou Jun(夏侯雋) (berdasarkan Xiahou Yuan)
  • Ye Hua (葉華) sebagai Tian Tian(田田) (watak rekaan)

Pelakon asal yang diganti

  • Tony Leung Chiu-Wai pada asalnya dipilih untuk melakonkan watak Zhuge Liang. Namun, dengan alasan masalah kesihatan dan juga keletihan daripada berlakon dalam filem Lust, Caution, beliau menarik diri daripada filem berkenaan.[5] Penerbit Terence Chang berkata peruntukan kewangan untuk filem tersebut tidak dipengaruhi oleh perubahan berkenaan.[2]
  • Ken Watanabe pada asalnya dipilih untuk watak Cao Cao.[6] Namun, berdasarkan laporan, beberapa peminat China membantah pilihan tersebut atas alasan bahawa pelakon Jepun kurang sesuai untuk melakonkan watak sejarah negara China. Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa bantahan-bantahan tersebut telah mempengaruhi keputusan pengarah John Woo yang pada akhirnya, memilih Zhang Fengyi untuk watak tersebut.[7]
  • Chow Yun-Fat pada asalnya dipilih untuk watak Zhou Yu dan juga pernah dipertimbangkan untuk watak Liu Bei. Bagaimanapun, beliau menarik diri pada 13 April, 2007, apabila pelakonan filem tersebut baru hendak bermula. Chow menerangkan bahawa beliau menerima skrip yang dikaji semula seminggu lebih awal dan tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia, tetapi penerbit Terence Chang menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerjasama dengan Chow agak rumit kerana penginsurans filem tersebut dari Hollywood membantah 73 klausa dalam kontrak Chow.[8] Chow kemudian diganti oleh Tony Leung Chiu-Wai yang sebelum ini menolak watak Zhuge Liang.[9][10] Bagaimanapun, terdapat juga khabar angin bahawa Chow mungkin muncul sebagai pelakon sampingan dalam filem tersebut.

Rujukan Tambahan

  • Battle of Red Cliffs, perang bersejarah yang didasarkan oleh filem tersebut.
  • Three Kingdoms (Tiga Negara), tempoh zaman dalam sejarah China apabila perang tersebut berlaku.
  • Chronicle of the Three Kingdoms, catatan bersejarah tentang peristiwa-peristiwa semasa Zaman Tiga Negara.
  • Romance of the Three Kingdoms, salah satu daripada Four Great Classical Novels (Novel Klasik Teragung Berempat), tafsiran secara novelisasi tentang peristiwa bersejarah yang berlaku semasa Zaman Tiga Negara
  • Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon

Rujukan

Pautan Luar