Romelu Lukaku

Pemain bola sepak

Romelu Menama Lukaku (lahir 13 Mei 1993) merupakan seorang pemain bola sepak yang bermain di posisi penyerang dan bermain untuk kelab Roma secara pinjaman dari Chelsea dan negara kelahiran beliau, Belgium. Beliau memulakan kerjayanya dengan menyertai kelab setempat Boom Rupel, sebelum ditandatangani untuk menyertai Lierse. Beliau bermain dengan baik dan menarik banyak kelab-kelab untuk membida beliau. Beliau telah ditandatangi untuk menyertai Anderlecht iaitu kelab yang bermain di Liga Profesional Belgium. Lukaku meneruskan kerjayanya dengan Anderlecht dan membuat debut profesional ketika di bangku sekolah walaupun pada usia 16. Walaupun bermain untuk Anderlecht, beliau menjadi penjaring terbanyak di Belgium untuk Anderlecht dan memenangi kasut emas pada tahun 2011. Pada tahun 2011, ketika perpindahan musim panas Lukaku menyertai kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau juga ditandatangani dengan kelab Inggeris itu selama lima tahun.

Romelu Lukaku
Lukaku beraksi untuk Belgium di Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhRomelu Menama Lukaku Bolingoli[1]
Tempat lahirAntwerp, Belgium
Ketinggian1.90 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
(dipinjam dari Chelsea)
Nombor90
2003–2004KFC Wintam
2004–2006Lierse
2006–2009Anderlecht
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009–2011Anderlecht73(33)
2011–2014Chelsea10(0)
2012–2013West Brom (pinjaman)35(17)
2013–2014Everton (pinjaman)31(15)
2014–2017Everton110(53)
2017–2019Manchester United66(28)
2019–2021Inter Milan72(47)
2021–Chelsea26(8)
2022–2023Inter Milan (pinjam)25(10)
2023–Roma (pinjam)3(2)
Pasukan kebangsaan
2008Belgium B154(1)
2011Belgium B181(0)
2009Belgium B215(1)
2010–Belgium110(77)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:54, 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:28, 12 September 2023 (UTC)

Kejayaan

Anderlecht

Chelsea

Individu

  • Penjaring Terbanyak Divisyen Satu Belgium: 2009–10
  • Belgian Ebony Shoe: 2011

Rujukan

Pautan luar