Rusuhan Afrika Selatan 2021

Rusuhan dan tunjuk perasaan yang berterusan di Afrika Selatan ekoran daripada penahanan bekas presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma bermula pada bulan Julai 2021, mencetuskan rusuhan dan kegiatan mencuri besar-besaran yang diparahkan oleh pemberhentian kerja dan ketidaksamaan ekonomi ketika pandemik COVID-19.[20][21][22][23][24] Protes tersebut bermula di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan pada petang 9 Julai 2021, dan kemudian merebak hingga ke wilayah Gauteng di negara yang sama pada petang 11 Julai 2021.[25][26]

Rusuhan Afrika Selatan 2021
Tarikh9 – 18 Julai 2021
(1 minggu dan 2 hari)
Lokasi
Afrika Selatan
Punca
Matlamat
Kaedah
StatusBerterusan
Pihak terlibat

Public

  • Penyokong Jacob Zuma
  • Penjenayah
  • Ahli komuniti termasuk penjarah

Kerajaan Afrika Selatan

  • Angkatan Tentera Afrika Selatan
  • Anggota polis Afrika Selatan

Provincial Government

Public

  • Pengawal keselamatan peribadi
  • Ahli komuniti
  • Pemilik perniagaan
  • Persatuan teksi[10]
Tokoh dan pemimpin utama
Tidak berpusatCyril Ramaphosa
David Mabuza
Bheki Cele
Nosiviwe Mapisa-Nqakula
Sihle Zikalala
David Makhura
Korban
Maut337[11]
Ditangkap3,407[12]

Bekas presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma telah ditahan setelah enggan memberikan keterangan di Suruhanjaya Zondo, sebuah badan penyiasatan mengenai tuduhan korupsi ketika beliau menjadi presiden dari tahun 2009 hingga 2018. Rusuhan bermula sebagai protes oleh para penyokongnya di KwaZulu-Natal sebelum berubah menjadi kegiatan mencuri dan keganasan besar-besaran di seluruh KwaZulu-Natal dan Gauteng.[27] Mahkamah Perlembagaan Afrika Selatan telah menangguhkan penghakiman terhadap permohonan Jacob Zuma untuk membatalkan hukumannya pada 12 Julai 2021.[28][29][30] Setakat 22 Julai 2021, 337 orang telah terkorban akibat rusuhan dan sebanyak 3,407 orang telah ditangkap.[11]

Rujukan