Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan akut teruk

(Dilencongkan dari SARS-CoV)
Ralat Lua pada baris 156 di Modul:Autotaxobox: attempt to index a nil value.

SARS-CoV atau SARSr-CoV (Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk) ialah virus yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).[2] Pada 16 April 2003, setelah SARS merebak di Asia dan kes kedua di tempat lainnya di serata dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa koronavirus yang dikenalpasti oleh beberapa makmal, ialah sebagai penyebab rasmi SARS. Sampel virus tersebut disimpan di makmal Bandar Raya New York, San Francisco, Manila, Hong Kong, dan Toronto

Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
imej mikroskop elektron bagi SARS virion
Pengelasan virus e
Spesies:
Strain:
Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
Sinonim
  • koronavirus SARS
  • koronavirus berkaitan SARS
  • Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk[1]

Pada 12 April 2003, ahli sains yang bekerja di Pusat Sains Genom Michael Smith di Vancouver selesai memetakan urutan genetik virus korona yang diyakini berkaitan dengan SARS. Pasukan ini diketuai oleh Dr. Marco Marra, berkolaborasi dengan Pusat Kawalan Penyakit dan Makmal Mikrobiologi Kebangsaan British Columbia di Winnipeg, Manitoba, menggunakan sampel dari pesakit yang dijgkiti di Toronto. Peta tersebut, dipuji oleh WHO sebagai langkah maju yang penting dalam memerangi SARS, dibahagikan kepada para ilmuwan di seluruh dunia melalui laman web GSC. Dr. Donald Low dari Hospital Mount Sinai di Toronto menggambarkan penemuan tersebut dibuat dengan "kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya".[3] Sejak itu urutan koronavirus SARS telah disahkan oleh kumpulan bebas yang lain.

Koronavirus SARS ialah salah satu dari beberapa virus yang dikenalpasti oleh WHO sebagai kemungkinan penyebab wabak di masa depan setelah wabak Ebola, sehingga penyelidikan dan pembangunan diperlukan secepat mungkin, sebelum dan selepas wabak terhadap ujian diagnostik, vaksin, dan ubat-ubatan.[4][5]

Rujukan

Sumber

Pautan luar