Metro Saint Petersburg

(Dilencongkan dari Saint Petersburg Metro)

Metro Saint Petersburg (Rusia: Петербургский метрополитен; maksud harfiah: Metro Petersburg) merupakan satu sistem kereta api bawah tanah di bandar raya Saint Petersburg dan wilayah Leningrad di Rusia. Sehingga Julai 1995, sistem metro ini dikenali sebagai "Metro Leningrad Darjah Kebesaran Lenin V.I. Lenin (Ленинградский ордена Ленина метрополитен имени В. И. Ленина). Dibuka pada 15 November 1955, ia merupakan sistem metro kedua tertua dalam Kesatuan Soviet selepas Metro Moscow ketika itu.

Metro Saint Petersburg
ميترو سأنت ڤيطرسبرڠ
Logo Metro
Stesen-stesen di Metro Saint Petersburg
Umum
Nama asalПетербургский метрополитен
Peterburgskiy metropoliten
LokasiSaint Petersburg
Wilayah Leningrad, Rusia
Jenis transit
Metro
Jumlah laluan/aliran
5 (4 lagi dalam perancangan)
Jumlah stesen
67
Bil. penumpang harian
2.03 juta (2015)[1]
Bil. penumpang tahunan
741.79 juta (2015)[1]
Ketua eksekutifV.A. Garyugin
Laman sesawang
www.metro.spb.ru
Operasi
Mula beroperasi
(1955-11-15) 15 November 1955 (umur 68)
PengendaliPeterburgsky Metropoliten
Ciri–ciriBawah tanah
Jumlah kenderaan
1,620 gerabak (dengan 6–8 gerabak untuk satu set)[1]
Teknikal
Panjang sistem
113.52 kilometer (70.54 bt)[1]
Tolok landasan
1,520 mm (4 kaki 11 2732 in)
Pengelektrikan825 V DC rel ketiga[2]
Kelajuan purata
39.03 km/j (24.25 mph)[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sehingga kini, terdapat lima buah aliran kereta api dalam Metro Saint Petersburg dengan panjang keseluruhan aliran tersebut adalah 113.6 kilometer (70.6 bt) serta 67 buah stesen metro, di mana tujuh daripadanya merupakan stesen pertukaran (6 adalah stesen pertukaran dengan 2 laluan dan 1 adalah stesen pertukaran dengan 3 laluan).[3]

Sistem metro ini menampilkan ciri dan reka bentuk Soviet dan menjadikannya salah satu metro yang paling menarik di dunia. Kerana geologi bandar raya Saint Petersburg yang unik, metro ini merupakan salah satu daripada sistem kereta api bawah tanah paling dalam di dunia dan juga yang paling dalam mengikut kedalaman purata kesemua stesen. Stesennya yang paling dalam adalah Admiralteyskaya dengan kedalaman sehingga 86 meter dibawah aras permukaan bumi.

Pada 2015, Metro Saint Petersburg telah mengangkut kira-kira 741.79 juta penumpang,[1] menjadikannya sistem kereta api bawah tanah ke-19 paling sibuk di dunia.

Rangkaian

SimbolNamaTarikh pembukaanStesen terakhir dibukaPanjang
(km)
Bilangan stesenAnggaran masa perjalanan
dalam bahasa Melayudalam tulisan Cyril[4][5]
Laluan 1
(Kirovsko-Vyborgskaya)
Линия 1
(Кировско-Выборгская)
15 November 195529 Disember 197829.6519~ 46 minit
Laluan 2
(Moskovsko-Petrogradskaya)
Линия 2
(Московско-Петроградская)
29 April 196122 Disember 200630.118~ 46 minit
Laluan 3
(Nevsko-Vasileostrovskaya)
Линия 3
(Невско-Василеостровская)
3 November 196729 Disember 198422.610~ 32 minit
Laluan 4
(Pravoberezhnaya)
Линия 4
(Правобережная)
30 Disember 19857 Mac 200911.218~ 16 minit
Laluan 5
(Frunzensko-Primorskaya)
Линия 5
(Фрунзенско-Приморская)
20 Disember 200828 Disember 201220.0412~ 28 minit
Jumlah:113.667

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno