Santi Cazorla

Santiago "Santi" Cazorla González (Sebutan Sepanyol: [ˈsanti kaˈθorla ɣonˈθaleθ]; lahir 13 Disember 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Beliau bermain di posisi sayap dan pemain tengah. Beliau juga berperanan mengawal bola dengan cantik untuk menghantar hantaran lintang.[2][3] Cazorla telah disenaraikan sebagai 10 pemain terbaik dunia dari Bloomberg pada tahun 2013.[4]

Santi Cazorla
Maklumat peribadi
Nama penuhSantiago Cazorla González
Tarikh lahir (1984-12-13) 13 Disember 1984 (umur 39)
Tempat lahirLlanera, Sepanyol
Ketinggian1.68 m (5 ka 6 in)[1]
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor19
Kerjaya remaja
1992–1996Covadonga
1996–2003Oviedo
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2003–2004Villarreal B40(4)
2003–2006Villarreal54(2)
2006–2007Recreativo34(7)
2007–2011Villarreal127(23)
2011–2012Málaga38(9)
2012–Arsenal76(16)
Pasukan kebangsaan
2004–2006Sepanyol B217(0)
2008–Sepanyol69(11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pada tahun 2012, Arsenal telah menandatangani Cazorla dari Malaga membuatkan impak baharu buat Arsenal. Dalam musim 2012-13, iaitu tahun pertama Cazorla di Arsenal, Cazorla telah membuat 13 hantaran, di mana beliau telah diundi sebagai "Arsenal Player of Season".

Cazorla telah bersama dengan pasukan Sepanyol sejak UEFA Euro 2008 dan UEFA Euro 2012. Beliau juga bermain dalam Piala Dunia FIFA 2014.

Kerjaya kelab

Villareal

Santi Cazorla telah dilahirkan di Llanera, Asturias, Cazorla mula bermain bola sepak ketika bersama dengan kelab tempatan, Real Oviedo,[5] kemudian kelab Villareal menandatangani beliau ketika Cazorla berumur 17 tahun. Pada 2003, Cazorla menyertai kelab Villareal B. Pada November 2003, Cazorla buat debut pertama beliau apabila menang 1-0 menentang Deportivo de La Coruñ (satu minit bermain).

Recreativo

Pada 7 Julai 2006, kelab Recreativo de Huelva menandatangani Cazorla sebanyak 600,000 untuk kontrak selama empat tahun dari Villareal.[6] Pada 27 Ogos 2006, Cazorla membuat debut pertama beliau dalam kelab Recreativo apabila seri 1-1 bertemu dengan RCD Mallorca. Cazorla menjadi "Spanish Player of the Year" merujuk kepada Don Balón.[7] Pada 22 April 2007, beliau berazam untuk menjaringkan gol berikutan bapa Cazorla meninggal dunia, Recreativo menang 4-2 menentang Racing de Santander, di mana kelab Andalusia itu berjaya ke La Liga daripada Segunda División.

Kembali ke Villareal

Pada tahun 2007, Villareal membeli semula Cazorla. Dalam musim 2007-08, beliau bermain secara "instrumental" dan berjaya membuatkan Villareal melonjak ke tangga kedua La Liga, di mana Villareal layak ke Liga Juara-Juara UEFA.

Ketika perlawanan liga menentang Almeria pada April 2009, Cazorla telah cedera di kanan fibula beliau selepas diasak dua pemain..[8] Beliau tidak dapat beraksi dalam kelayakan Liga Europa, namun Cazorla kembali semula apabila Villareal menang 3-2 menentang Mallorca dengan menghabiskan kempen liga dengan menjaringkan lapan gol.

Cazorla telah mengalami kecederaaan ketika musim 2009-10,[9][10] di mana beliau tidak dapat beraksi dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.[11] Beliau beraksi semula bersama Villareal ketika musim 2010-11 dengan hanya terlepas satu perlawanan dan menjaringkan lima gol.

Arsenal

Pada 7 Ogos 2012, secara rasminya Cazorla berpindah ke Arsenal yang beraksi di Liga Perdana Inggeris..[12] Beliau menjadi pemain utama buat Arsène Wenger dalam pemindahan musim panas selepas penyerang Jerman, Lukas Podolski dan penyerang Perancis, Olivier Giroud.

Musim 2012-13

Cazorla mengambil sepakan penjuru untuk Arsenal.

Cazorla berasa amat teruja untuk memulakan kerjaya barunya di Arsenal. Perlawanan pertama Cazorla ialah ketika menentang Sunderland. "Setiap hari saya berasa amat berguna kepada rakan sepasukan saya dan saya amat teruja sekali," beliau berkata. "Kelab ini banyak menyelesaikan masalah dalam pasukan dan mudah untuk saya menetap di bandar ini. Setiap hari saya berasa amat selesa."[13] Cazorla meneruskan hidup barunya di Arsenal. Penyerang Sepanyol itu menjaringkan gol buat pertama kalinya ketika menang 2-0 menentang Liverpool di Anfield.[14]

Cazorla bermain setiap perlawanan kecuali Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Olympiacos pada bulan Disember. Penyerang Sepanyol membuat hat-trick buat pertama kalinya ketika menentang Reading. Cazorla telah dilanda kontrobersi ketika menentang West Bromwich Albion apabila beliau mengenakan sepakan penalti apabila diasak oleh Steven Reid. Walau bagaimanapun, televisyen menyiarkan tiada persentuhan antara Reid dan Cazorla.[15]

Pada 14 Mei 2013, Cazorla membuat empat hantaran untuk gol Arsenal ketika menentang Wigan Athletic 4-1 di mana kelab di London Utara itu melonjak ke tangga keempat liga dan berjaya memasuki kelayakan Liga Juara-Juara UEFA 2013-14.[16] Cazorla telah menghabiskan musimnya dengan bermain sebanyak 38 perlawanan dan beliau diundi sebagai "Arsenal Player of the Year" dalam musim 2012-13. [17] Beliau habiskan musim pertamanya di Arsenal dengan 12 gol dan 14 hantaran daripada 49 perlibatan.[18]

Musim 2013-14

Cazorla bersedia untuk melakukan sepakan penjuru ketika menentang Sunderland.

Cazorla kembali kepada pra-musim selepas latihan seminggu untuk Sepanyol untuk Piala Konfederasi. Beliau bermula di bangku simpanan ketika menentang Aston Villa kemudian beliau masuk padang selepas Alex Oxlade-Chamberlain tercedera.[19]

Cazorla hanya bermain menentang Tottenham Hostpur pada bulan September. Pemain Sepanyol itu cedera di lutut sebelum perlawanan menentang Sunderland membuatkan beliau terpaksa berehat selama sebulan.[20]

Cazorla muncul semula selepas cedera pada lutut. Pemain Sepanyol itu memulakan perlawanan dengan menentang Norwich City. Beliau menjadi pemain gantian ketika kekalahan kepada Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara UEFA selepas Robert Lewandowski menamatkan hasrat Arsenal untuk menang.[21]

Cazorla bermain semua enam perlawanan Arsenal dalam bulan November dan menjaringkan gol buat pertama kalinya dalam musim ini ketika menentang Liverpool. Pada 30 November 2013, Cazorla membuat karier ke-300nya, ketika Arsenal menang 3-0 menentang Cardiff City.

Cazorla bermain dalam tiga perlawanan pertama pada bulan Disember dengan menentang Manchester City dan Chelsea sebelum rehat. Pemain Sepanyol itu muncul semula dalam perlawanan menentang West Ham United, di mana beliau membuat aksi terbaik dengan melakukan hantaran kepada Theo Walcott sebelum Walcott menjaringkan gol.[22]

Cazorla bermain dalam setiap minit untuk Arsenal pada bulan Mac sebelum Arsenal menandatangani kontrek baru.[23] "Saya berasa amat gembira di kelab ini apabila kelab ini mendatangani kontrak baru untuk saya," Cazorla berkata."Satu daripada alasan utama saya datang ke sini ialah menjadi pemain terhebat dan menyertai Arsenal untuk mencungkil bakat saya.[24]

Selepas mengalahkan Everton 4-1, Cazorla mengambil sepakan penalti ketika menentang Wigan Athletic dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 dan berjaya menghantar Arsenal ke perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley.[25]

Arsenal bangkit selepas ketinggalan 0-2 kepada Hull City dalam Perlawanan Akhir Piala FA 2014. Cazorla berjaya merapatkan kedudukan 2-2 sebelum Aaron Ramsey menjaringkan gol dalam masa tambahan. Cazorla habiskan kempen liga dengan 47 perlibatan dalam semua kejohanan.[26]

Musim 2014-15

Cazorla memulakan kempen baru dengan jaringan gol di Stadium Wembley apabila Arsenal menentang Manchester City dalam Perisai Komuniti FA 2014. Kemenangan itu mengalahkan juara liga itu untuk memberikan gelaran kedua Arsenal pada tahun 2014.[27]

Kerjaya antarabangsa

Cazorla ketika perlawanan persahabatan menentang Chile pada September 2013

Cazorla memulakan kerjaya antarabangsanya ketika bersama Pasukan B21 Sepanyol, di bawah Iñaki Sáez. Beliau telah dipanggil untuk perlawanan menentang Itali dalam Sukan Olimpik 2004 di Athens.[28]

Cazorla membuat perlawanan pertamanya pada 31 Mei 2008 menentang Peru dengan kemenangan 3-1. Selepas itu, Cazorla sebagai pemain simpanan dalam kejohanan menentang Rusia,[29] Sweden[30] dan Greece dalam peringkat kumpulan.[31] Dalam suku akhir, Sepanyol menentang Itali dalam penentuan sepakan penalti di mana Sepanyol menang[32] Dalam perlawanan akhir, Cazorla bermain 25 minit terakhir menggantikan David Silva. Sepanyol mengalahkan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir membuatkan Sepanyol memenangi kejohanan utama dalam 44 tahun.[33]

Pada 19 November 2008, Cazorla menjaringkan gol antarabangsa buat pertama kalinya ketika menentang Chile dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan persahabatan.

Cazorla terpaksa melupakan perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 akibat menghidapi hernia.[34] Pada 4 Jun 2011, ketika separuh masa pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat, Cazorla menjaringkan gol sebanyak dua kali apabila pasukannya menang 4-0 di Massachussetts.[35]

Cazorla telah diseneraikan oleh Vicente del Bosque dalam pasukan Sepanyol untuk persediaan menghadapi UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Beliau bermain selama 10 minit ketika menentang Republik Ireland dalam peringkat kumpulan apabila menang 4-0.[36]

Cazorla telah disenaraikan dalam skuad Sepanyol untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[37] Pada 19 Jun, beliau membuat penampilan pertama di Piala Dunia selama 14 minit terakhir ketika menentang Chile, pasukan Sepanyol tewas 0-2 dan tersingkir selepas kekalahan yang memalukan sebelum itu, 1-5 kepada Belanda.[38]

Kerjaya statistik

KelabMusimLigaPiala[39]Piala Liga[40]EuropeLigaJumlah
DivisyenAppGolAppGolAppGolAppGolAppGolAppGol
Villarreal2003–04La Liga200020
2004–05La Liga2830011[41]4397
2005–06La Liga2300020250
Jumlah53300134667
Recreativo2006–07La Liga34500345
Jumlah34500345
Villarreal2007–08La Liga365006[42]1426
2008–09La Liga308008[43]0388
2009–10La Liga265202[44]0285
2010–11La Liga3752113[45]1527
Jumlah129234129216026
Málaga2011–12La Liga38940429
Jumlah38940429
Arsenal2012–13Liga Perdana Inggeris38123010704912
2013–14Liga Perdana314631080467
2014–15Liga Perdana5000103011101
Jumlah741693301801110520
Jumlah keseluruhan32856174306061140967

Antarabangsa

Pasukan kebangsaanMusimAppsGol
Sepanyol2008131
2009111
201040
2011102
2012114
2013113
201450
Jumlah6511

Gol antarabangsa

#TarikhArenaPihak lawanSkorKeputusanKejohanan
1.19 November 2008El Madrigal, Villarreal, Spain  Chile3–03–0Persahabatan
2.9 September 2009Estadio Romano, Mérida, Spain  Estonia2–03–0Kelayakan Piala Dunia 2010
3.4 Jun 2011Gillette Stadium, Foxborough, Amerika Syarikat  Amerika Syarikat1–04–0Persahabatan
4.3–0
5.26 Mei 2012AFG Arena, St. Gallen, Switzerland  Serbia2–02–0Persahabatan
6.30 Mei 2012Stade de Suisse, Bern, Switzerland  Korea Selatan3–14–1Persahabatan
7.15 Ogos 2012Juan Ramón Loubriel, Bayamón, Puerto Rico  Puerto Rico1–02–1Persahabatan
8.7 September 2012Pasarón, Pontevedra, Spain  Arab Saudi1–05–0Persahabatan
9.8 Jun 2013Sun Life, Miami Gardens, United States  Haiti1–02–1Persahabatan
10.14 Ogos 2013Monumental, Guayaquil, Ecuador  Ecuador2–02–0Persahabatan
11.16 November 2013Nuevo Estadio de Malabo, Equatorial Guinea  Guinea Khatulistiwa1–02–1Persahabatan(tidak rasmi)[46]

Rujukan