Senarai frasa R

rencana senarai Wikimedia

Frasa R (Bahasa Inggeris: R-phrase, singkatan bagi "risk phrase", "frasa risiko") ditakrifkan daripada Directive 67/548/EEC, Aneks III: Nature of special risks attributed to dangerous substances and preparations (Sifat-sifat risiko istimewa pada bahan dan penyediaan berbahaya) oleh Kesatuan Eropah. Daftar ini diterbitkan semula dalam Directive 2001/59/EC[1], beserta dengan terjemahan dalam bahasa-bahasa Kesatuan Eropah.

Frasa-frasa risiko

FrasaPenerangan Risiko
R1Boleh meletup apabila kering
R2Risiko letupan akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain
R3Risiko letupan tinggi akibat goncangan, geseran atau cara-cara pembakaran lain
R4Menghasilkan sebatian logam mudah meletup yang sangat sensitif
R5Boleh meletup sekiranya dipanaskan
R6Boleh meletup sama ada apabila terkena udara atau tidak
R7Boleh menghasilkan kebakaran
R8Boleh menghasilkan kebakaran apabila terkena bahan mudah terbakar
R9Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan mudah terbakar
R10Boleh terbakar
R11Mudah terbakar
R12Amat mudah terbakar
R14Bertindak balas dengan ganas dengan air
R15Menghasilkan gas amat mudah terbakar apabila terkena air
R16Boleh meletup apabila dicampurkan dengan bahan pengoksida
R17Boleh terbakar dengan spontan di udara
R18Boleh menghasilkan campuran wap udara yang boleh terbakar/meletup apabila digunakan
R19Boleh menghasilkan bahan peroksida yang boleh meletup
R20Berbahaya sekiranya dihirup
R21Berbahaya sekiranya terkena kulit
R22Berbahaya sekiranya ditelan
R23Beracun sekiranya dihirup
R24Beracun sekiranya terkena kulit
R25Beracun sekiranya ditelan
R26Sangat beracun sekiranya dihirup
R27Sangat beracun sekiranya terkena kulit
R28Sangat beracun sekiranya ditelan
R29Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena air
R30Boleh menjadi mudah terbakar apabila digunakan
R31Menghasilkan gas beracun sekiranya terkena asid
R32Menghasilkan gas sangat beracun sekiranya terkena asid
R33Berbahaya dengan kesan-kesan kumulatif
R34Menyebabkan kelecuran
R35Menyebabkan kelecuran yang parah
R36Merengsa mata
R37Merengsa sistem respirasi
R38Merengsa kulit
R39Berbahaya dengan kesan-kesan parah yang tidak boleh dipulihkan
R40Kesan-kesan karsinogenik dengan bukti yang terhad
R41Risiko kecederaan serius terhadap mata
R42Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya dihirup
R43Boleh menyebabkan pemekaan sekiranya terkena kulit
R44Risiko letupan sekiranya dipanaskan dalam bekas tertutup
R45Boleh menyebabkan barah
R46Boleh menyebabkan kerosakan genetik yang boleh diwairisi
R48Bahaya kerosakan parah terhadap kesihatan dengan pendedahan pada masa yang lama
R49Boleh menyebabkan barah sekiranya dihirup
R50Sangat beracun terhadap hidupan akuatik
R51Beracun terhadap hidupan akuatik
R52Berbahaya terhadap hidupan akuatik
R53Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap hidupan akuatik pada jangka masa yang lama
R54Beracun terhadap flora
R55Beracun terhadap fauna
R56Beracun terhadap organisma tanah
R57Beracun terhadap lebah
R58Boleh menyebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar pada jangka masa yang lama
R59Berbahaya terhadap lapisan ozon
R60Boleh menjejaskan kesuburan
R61Mungkin berbahaya terhadap bayi dalam kandungan
R62Berisiko mengalami kemandulan
R63Mempunyai risiko bahaya terhadap bayi dalam kandungan
R64Mungkin berbahaya terhadap bayi yang disusukan
R65Berbahaya: Boleh menyebabkan kerosakan peparu sekiranya ditelan
R66Pendedahan berulang boleh menyebabkan kulit kering atau merekah
R67Wap udara boleh menyebabkan rasa mengantuk dan kepeningan
R68Risiko-risiko mungkin dengan kesan yang tidak boleh dipulihkan

Rujukan