Sengkenit

Sengkenit (Jawi: سڠکنيت), cengkenit, kutu babi, tempiras, caplak atau pirah[1] (bahasa Inggeris: tick) ialah nama biasa untuk araknid kecil dalam keluarga Ixodoidea superkeluarga Ixodoidea, bersama dengan hama-hama lain, membentuk Acarina.

Sengkenit
Julat zaman: Albia hingga kini
Sengkenit rusa dewasa, Ixodes scapularis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Chelicerata
Kelas:
Superorder:
Parasitiformes
Order:
Ixodida

Leach, 1815
Superkeluarga:
Ixodoidea

Leach, 1815
Famili
  • Ixodidae – sengkenit keras
  • Argasidae – sengkenit lembut
  • Nuttalliellidae
Diversiti
18 genus, c. 900 spesies

Sengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia; darah yang dihisap ini terkumpul dalam badan sengkenit yang menjadi kembung. Penghisapan ini boleh menyebarkan penyakit melalui patogen seperti bakteria, virus, dan protozoa[2] daripada darah seekor haiwan yang dihinggap sengkenit ini sebelum berpindah kepada seekor haiwan lain, patogen ini pula akan terludah semasa sengkenit menghisap darah haiwan baharu ini.[3] Penyakit-penyakit yang dibawa sengkenit ini termasuk penyakit Lyme, tularemia, demam bintik Pergunungan Rocky dan Rickettsia.[2]

Saiz sengkenit jantan berbanding dengan mancis
Sengkenit di kepala bayi. Ibu jari orang dewasa ditunjukkan untuk skala.
Kepala Ixodes ricinus (sengkenit biri-biri)
Ixodes hexagonus

Rujukan