Shiha Zikir

Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia

Nurshiha Mohd Zikir (Jawi: نورشيحا محمد ذکر; lahir 2 November 1987) ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia.[1] Shiha berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula bergiat aktif dalam bidang muzik secara serius. Ada yang menyatakan bahawa wajah beliau seiras dengan penyanyi terkenal Indonesia, Dato' Sri Rossa.[2]

Shiha Zikir
Kelahiran
Nurshiha binti Mohd Zikir

(1987-11-02) 2 November 1987 (umur 36)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • pengacara
  • penyampai radio
Tahun aktif2005–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, dangdut
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Biarpun perjalan seni Shiha berjalan agak perlahan, namun bintangnya menyerlah, terutamanya di Indonesia.[3] Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor yang bukan sahaja masih mampu bertahan tetapi berjaya melebarkan sayap ke pasaran luar.[4][5]

Kerjaya

Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005 selepas memperoleh SPM.[6][7] "Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi."

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai protege Mentor musim ke-5.[8] Kemunculan ini merupakan kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia. Kali pertama beliau ialah pada 2005 apabila beliau terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-3 terbitan Astro.

Namun di peringkat pendahuluan, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain, "I'm Gonna Getcha Good" merupakan antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan. Hanya 12 orang peserta dipilih sebagai finalis.

Dalam konsert pertama, terdapat kejutan apabila pengetua yang ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir. Datuk M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.[9]

Beliau melancarkan EP sulungnya, Shiha pada 18 Julai 2012 di bawah Monkey Bone.[10]

Shiha merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia 2015 yang diikuti oleh tiga negara lainnya iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.[11][12] Nama Shiha semakin bersinar di Indonesia. Bakatnya semakin terserlah dan sering diundang mengadakan persembahan di Indonesia.

Pada Julai 2019, Shiha ialah salah seorang peserta dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.[13] Beliau merakamkan semula lagu "Pilihlah Aku" nyanyian asal penyanyi Indonesia, Krisdayanti.[14][15][16]

Beliau ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti muzikal Astro Ria, Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh Sophia Liana dan Arja Lee.[17][18]

Pada tahun 2020, Shiha melancarkan single terbarunya, "AEWO" menampilkan duet bersama Noki dari kumpulan K-Clique.[19] Melengkapkan portfolio kerjaya seninya, Shiha menjadi penyampai radio di stesen radio Era.[20]

Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifly dalam Ada Apa Dengan Saka yang bersiaran di TV9 dengan melakonkan watak sebagai Aina.[21]

Kehidupan peribadi

Shiha dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai hobi termasuk bermain boling atau pergi karaoke di waktu luang.

Diskografi

EP

TajukButiran album
Shiha
Single
TajukTahun
"Jagakan Dia"2017
"Makrifat Cinta"2018
"Seperti Novel Cinta"
"Pipiyama"2019
"Pilihlah Aku"2020
"AEWO"
"Irama"2021
"Kalam"2023
"Makin Sinar"
"Angan" (duet bersama Ben Ladin)
"This & That"2024

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2021Hantu Bonceng 2.0AyuFilem pertama
Hantu Ke LimaOya / Soraya
2022Remp-It 2Youtuber 1

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2009Gerak Khas (Musim 11)RitaTV2Episod: "Kaki Buli"
JasEpisod: "Geng Ragut"
2010Gerak Khas (Musim 12)LilyEpisod: "Mangsa"
2011Bujang Sepah LalalitamplomAstro Prima
2012Metro Skuad (Musim 1)ZitaTV2Episod: "Asid"
2013Terukir Di BintangJeeTV3
2015Gerak Khas (Musim 15)ZaraTV2Episod: "Murtad"
Abang Sado Kau AdoSofeaTV3
2016Tak Beli Tak Cinta
2021Madam E-WalletNad
Perisik Cinta Tak DiundangMedina Mikayla
2022Ada Apa Dengan SakaAinaTV9
2023My Name is LolaSofiaTV3
Melastik Ke Hatimu 2Hanis

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2006Sutun 2Astro Ria
2013Rantai Kunci Reban AyamTashaTV1
2019Dari JauhEmiTV3
2020ValidasiNina
Matilah Nak PontianakMatilahAstro Citra
2021Matilah Nak KembaliMatilah
Live! Dari Kafe Kak KonaKak KonaTV3
2022Kami BlackpinkyJannahAwesome TV
2023Cik Diva Balik KampungDibahTV3

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2005Akademi Fantasia (musim 3)PesertaAstro Ria
2011Mentor (musim 5)TV3
2014Jalan-Jalan Cari MakanPengacara
2015Kaki BolaTV9
D'Academy Asia Indonesia (Musim 1)PesertaIndosiar
2019Big Stage (musim 2)Artis jemputanAstro Ria
Muzikal Lawak Superstar (Musim 1)PesertaAstro WarnaKumpulan Voices
2020Jenaka Kampung Kalut (Musim 6)PopieTV3Episod: "Cinta Buta"
2021Ceria Popstar (musim 5)PengacaraAstro Ceriamengacara bersama Danial Zaini
Luar BiasaAstro Primabersama Norman Hakim
The Masked Singer Malaysia Reunion 2021Peserta/Artis JemputanAstro WarnaSebagai topeng Cik Musang
2022Muzikal Lawak Superstar (Musim 3)PesertaKumpulan Cili
Terpaling JuaraPengacaraTV3mengacara bersama Haziq Hussni
2023Anugerah Juara Lagu ke-37Finalis
Mic ON! SelebritiPengacaraAwesome TVmengacara bersama Jaa Suzuran
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6)TV3mengacara bersama Izzue Islam
2024MelodiPengacara Jemputan

Radiografi

Radio

TahunTajukStesen
2021–2022Rancak Sabtu ERA & Carta Era 40Era

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusanRuj.
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
2021InterContinental Music AwardsBest Of Asian"AEWO"Menang[22]
Asia Model Star Awards 2021Malaysia Model Star AwardDirinya sendiriMenang[23]
2022Anugerah Juara Lagu ke-36Finalis Top 12AEWO (Shiha Zikir & Noki K-Clique)Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021Grup/Duo MeleTOP Era"AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique)Menang[24][25]
Bintang Filem MeleTOPHantu Bonceng 2.0Menang
Artis Versatil MeleTOPDirinya sendiriMenang
Artis Top Top MeleTOP (Wanita)Menang
Lagu MeleTOP"AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique)Menang
2023Anugerah Juara Lagu ke-37Persembahan TerbaikDirinya sendiriMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar