Shoplifters (filem)

Shoplifters (Jepun: 万引き家族, rumi: Manbiki Kazoku, lit.'Keluarga Pencuri Barang-belah') (bahasa Melayu: Pencuri-pencuri barang belah) ialah sebuah filem drama Jepun 2018 yang diarahkan, ditulis sederum disunting oleh Hirokazu Kore-eda. Dibintangi oleh Lily Franky dan Sakura Ando, wayang ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bergantung pada aktiviti pencurian barang-belah sebab kehidupan mereka yang dicabar oleh kepapaan.

Shoplifters
Fail:Shoplifters (film).jpg
Poster perilisan pawagam
Templat:Infobox Japanese
PengarahHirokazu Kore-eda
PenulisHirokazu Kore-eda
Dihasilkan oleh
  • Matsuzaki Kaoru
  • Yose Akihiko
  • Taguchi Hijiri
Dibintangi
  • Lily Franky
  • Sakura Ando
  • Mayu Matsuoka
  • Kairi Jō
  • Miyu Sasaki
  • Kirin Kiki
SinematografiKondo Ryuto
Disunting olehHirokazu Kore-eda
Muzik olehHaruomi Hosono
Syarikat
penerbitan
Fuji TV
AOI Pro, Inc.
Diedarkan olehGAGA
Tarikh tayangan
  • 13 Mei 2018 (2018-05-13) (Cannes)
  • 8 Jun 2018 (2018-06-08) (Japan)
Masa tayangan
121 minutes[1][2]
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Pecah panggung72.6 juta $[3]

Kore-eda hendak menulis lakon layar yang mampu menjadikan penonton filem merenung selama wayang itu tayang, sebenarnya apa yang menjadikan keluarga itu sebuah keluarga,[4] dan termotivasi oleh laporan mengenai kehidupan fakir dan papa kedana yang hidup di bawah tiub-tiub besar di bandar-bandar Jepun.[5] Dari hal yang menyedihkan itu, Kore-Eda memulakan fotografi filem pada pertengahan Disember 2017.[6]

Shoplifters ditayangkan pada tarikh 13 Mei 2018 di Festival Filem Cannes,[7] Kore-Eda berjaya memenangi gelaran anugerah dalam peringkat filem antarabangsa, Palme d'Or.[8] Filem ini pun ditayangkan di Jepun pada 8 Jun 2018 dan meraih kejayaan kritikal dan secara komersial laris manis. Shoplifters memenangi tiga Anugerah Filem Mainichi, kategori Filem Terbaik,[9] dan Anugerah Skrin Asia Pasifik bagi Filem Cereka Terbaik,[10] [11] wayang gambar ini juga telah dicalonkan bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Oscar [12] dan Golden Globes.[13]

Rujukan