Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) kedua ialah forum pan-Asia yang diadakan setiap tahun oleh pemimpin 16 negara di wilayah Asia Timur. Sidang Kemuncak ini diadakan setelah pertemuan tahunan para pemimpin negara ASEAN.

Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua
Tuan rumahFilipina
Tarikh15 Januari 2007

Sidang kemuncak Kedua

Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua diadakan pada 13 Disember 2006 di Cebu, Filipina. Setelah mewujudkan kepercayaan di Sidang Kemuncak Asia Timur Pertama pada tahun 2006, Sidang Kemuncak yang dimaksudkan untuk membantu menentukan peranan EAS di masa depan, hubungannya dengan ASEAN Campur Tiga dan penglibatan Rusia dalam Sidang Kemuncak Asia Timur. Namun, dalam menghadapi Taufan Utor, KTT ditunda sehingga Januari 2007.[1][2] KTT diadakan semula kemudian pada 15 Januari 2007, sekitar sebulan setelah tarikh yang dijadualkan Semula,[3]

16 negara yang terlibat ialah:

Isu-isu pada Sidang Kemuncak Kedua

Mesyuarat menteri luar negeri EAS di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2006 telah mengenal pasti tenaga, kewangan, pendidikan, selesema burung dan mitigasi bencana kebangsaan sebagai isu-isu yang diberi keutamaam untuk Sidang Kemuncak Asia Timur 2006.[4][5] Filipina, tuan rumah Sidang Kemuncak pada tahun 2006 (kini tahun 2007), juga menyatakan kegagalan Doha Round akan dimasukkan ke dalam agenda.[6]

Perjanjian / Kerjasama Ekonomi Komprehensif untuk Asia Timur (CEPEA)

Pada April 2006 Jepun mengumumkan sebuah cadangan untuk East Asia Economic Partnership Agreement (juga dikenali sebagai Kerjasama Ekonomi Komprehensif untuk Asia Timur (CEPEA) atau Kerjasama Inisiatif yang merujuk kepada Toshihiro Nikai, Menteri Ekonomi Jepun pada ketika itu) yang terdiri dari anggota KTTAT.[7][8][9] Jepun, promoter konsep tersebut, menyifatkan isu ini sebagai "OECD Asia Timur".[10] Pada mulanya ini berkait dengan jadual perbincangan yang bermula pada tahun 2008 dan diakhiri pada tahun 2010, yang hasilnya ditemui oleh beberapa pandangan skeptik[11][12]

Rujukan