Silat Tonggak Siliwangi Biru

Sebuah Perguruan Silat yang berpusat di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Dipimpin oleh Rahana Haji Shaari yang mempelajari silat tersebut dari Atan Mat Tahir yang tinggal di Pandan, Majidee, Johor. Silat ini dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Di Batang Berjuntai, Selangor terdapat sebuah perguruan silat yang dikenali sebagai Silat Purba Wira yang mempunyai persamaan dari segi permainan tetapi telah ditambah dengan permainan kuntau dan sendeng.

Rujukan

  1. Majalah Seni Beladiri Disember 2005