Tembusu padang

spesies tumbuhan


Pokok Tembusu Padang ("Fagraea fragrans Roxb.") [1] (bahasa Inggeris: Common Tembusu) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Loganiaceae yang berasal dari Thailand, Semenanjung Malaysia, dan Sumatera.

Tembusu padang
Pengelasan saintifik


Ciri-ciri fizikal

Pokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini.
  • Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup.
  • Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November.
  • Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu.
  • Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

Lihat juga

Rujukan

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno