Teori Kinetik Jirim
Mengikut Teori Kinetik Jirim, semua jirim terdiri daripada zarah-zarah seni yang diskrit dan sentiasa bergerak secara rawak.Zarah-zarah sentiasa berlanggar antara satu sama lain.Apabila tenaga haba dibekalkan, zarah akan bergerak lebih laju.Sebaliknya, zarah bergerak lebih perlahan apabila disejukkan.
Walaupun zarah-zarah gas sangat halus untuk dilihat, pergerakan rawaknya dapat diperhatikan dengan mikroskop melalui perlanggarannya dengan zarah-zarah asap. Pergerakan rawak zarah-zarah asap ini dikenali sebagai Gerakan Brown.
Ciri-ciri Jirim:
1. Pepejal
- mempunyai isi padu dan bentuk yang tetap
- tidak dapat dimampatkan
- Mempunyai jisim yang tetap.
2. Cecair
- mempunyai isi padu yang tetap.
- Mengikut bentuk bekas yang diisi.
- sukar dimampatkan.
- Mempunyai jisim yang tetap.
3. Gas
- Mengikut bentuk bekas yang diisi.
- Tiada jisim yang tetap
- Mengikut is padu bekas.
- Boleh dimampatkan.
Perbezaan
Bagi PEPEJAL:
- zarah-zarah tersusun dengan sangat padat dan teratur.
- daya tarikan di antara zarah adalah kuat.
- zarah-zarah hanya dapat bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap.
Bagi CECAIR:
- zarah-zarah tersusun dengan padat tetapi tidak teratur.
- daya tarikan di antara zarah adalah kuat tetapi lebih lemah berbanding dengan pepejal.
- zarah-zarah dapat bergetar,berputar dan bergerak ke seluruh cecair.zarah-zarah berlanggar antara satu sama lain.
Bagi GAS:
- zarah-zarah berjauhan antara satu sama lain dan bergerak secara rawak.
- daya tarikan di antara zarah adalah lemah.
- zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan bergerak secara bebas.kadar perlanggaran di antara zarah lebih tinggi daripada kadar perlanggaran di antara zarah di dalam cecair.
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno