Terusan Suez

Terusan Suez atau Terusan Suways (Jawi: تروسن سويز atau تروسن سويس‎; Arab: قناة السويس, rumi: Qanāt al-Suways) merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia merentasi Ismus Suez dari Port Said di Laut Mediterranean ke Pelabuhan Tewfik di bandar Suez menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai, dua-dua dalam negara Mesir; panjang ia 163 kilometer (101 batu) dan lebarnya 300 m (984 kaki). Terusan tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Tengah sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.

Terusan Suez, dilihat dari orbit Bumi.

Sebanyak lebih 18,500 buah kapal dagang melalui terusan ini pada tahun 2020, dengan kadar rata-rata 51.5 buah kapal sehari.[1][dated info]

Terusan ini membenarkan laluan air dua hala antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika lalu menjadi kepentingan dua-dua rantau benua ini. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut.

Sejarah

Pembinaan

Semasa Perang-Perang Dunia

Terusan ini yang saat itu berada di bawah kekuasan British menjadi sasaran serangan bersama pasukan-pasukan Jerman dan Turki Uthmaniyah kerana kedudukan ia yang sangat strategis menghubungkan laut-laut Tengah dan Merah lalu direbutkan antara pihak Sekutu dan Paksi.[2]

Krisis Suez

Semasa konflik Arab-Israel

Abad ke-21

Pada 23 Mac 2021 jam 05:40 UTC atau 07:40 waktu tempatan),[3] suatu kapal kontena kelas Golden bernama Ever Given[4] dikendalikan Evergreen Marine terkandas akibat suatu tiupan angin kuat dalam laluan terusan di pertenngahan jalan dari Cina ke Belanda[3] sehingga menyekat bahagian tunggal[5] laluan tersebut.[6][3] Kejadian ini banyak menjejaskan perdagangan minyak[7][8] dan barangan yang ditampung kapal-kapal menyusul yang tidak mampu meneruskan perjalanan sehingga dikhuatiri mampu mejejaskan ekonomi dunia secara drastik.

Pengendalian

Lihat juga

Rujukan

Diambil daripada "https:https://www.search.com.vn/wiki/index.php?lang=ms&q=Terusan_Suez&oldid=5701001"
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno