Tetsuya Yamagami

Polis Wilayah Nara menahan Tetsuya Yamagami (Jepun: 山上徹也), seorang lelaki berusia 41 tahun yang menetap di Nara, di lokasi kejadian kerana berbuat aksi jenayah pembunuhan. Dia selepasnya dipindahkan ke Pusat Polis Nara Nishi.[1] Dia disifatkan sebagai orang yang tenang dan tidak membuat sebarang sahaja mencuba melarikan diri.[2][3][4] Tetsuya tidak mempunyai rekod jenayah sebelum membunuh Abe.[5]

Tetsuya Yamagami
Butiran peribadi
Lahir1980/1981
Wilayah Mie, Jepun
Kerjaya ketenteraan
PerkhidmatanPasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun
Tahun perkhidmatan2002–2005
PangkatLaskar Kanan

Kehidupan peribadi

Tetsuya lahir di Wilayah Mie.[6] Rakan-rakan memandangnya sebagai individu yang "pendiam dan pemalu" semasa bersekolah di sekolah menengah.[7][8][9] Tetsuya menulis dalam buku tahunan tamat pengajian tingginya bahawa beliau "tidak tahu apa yang beliau mahu lakukan pada masa hadapan."[10] Beliau menyertai Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) pada Ogos 2002, di mana beliau dihantar ke Pangkalan Tentera Laut Kure dan ditugaskan ke JS Matsuyuki.[11][10][12] Yamagami berpisah daripada JMSDF pada Ogos 2005 sebagai kuartermaster[11] dengan pangkat laskar kanan.[7] Semasa berkhidmat di JMSDF, beliau menjalani latihan senjata api setiap tahun sekali.[13][7]

Yamagami ialah seorang yang tidak mempunyai pekerjaan pada saat beliau ditahan.[14] Pada musim luruh 2020, beliau mula bekerja sebagai pengendali foklif di Wilayah Kyoto untuk pengilang yang beroperasi di wilayah Kansai. Beliau disifatkan sebagai seorang "pendiam" sebelum berhenti pada Mei 2022, selepas mendakwa beliau "berasa tidak sihat".[14][10][15]

Pembunuhan Shinzo Abe

Selepas penahanannya, Yamagami memberitahu penyiasat bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Abe dan berniat untuk membunuhnya.[16][17][18] Sebelum pembunuhan sebenar, Yamagami telah mengintai Abe di sekitar pelbagai lokasi, termasuk di Wilayah Okayama, apabila Abe memberi ucapan bagi pihak calon tempatan, Kimi Onoda, pada 7 Julai.[19] Yamagami juga mendakwa bahawa beliau menyimpan dendam terhadap kumpulan agama tertentu dan menembak Abe kerana beliau percaya kumpulan agama itu mempunyai kaitan dengan Abe.[20][21][22] Yamagami berkata beliau menolak dakwaan bahawa ibunya terlalu dipengaruhi oleh kumpulan agama sehingga beliau muflis. Yamagami juga menyatakan bahawa beliau membunuh Abe kerana beliau percaya bahawa beliau adalah orang yang menyebarkan agama itu ke Jepun.[23][24] Polis Wilayah Nara enggan mengulas lanjut mengenai butiran kumpulan agama itu.[25] Yamagami mendakwa bahawa beliau tidak berdendam terhadap kepercayaan politik Abe.[20] Yamagami memberitahu polis bahawa beliau menjejaki jadual Abe semasa lawatannya ke Nara di laman web Abe.[22] Yamagami juga mendakwa bahawa beliau telah merancang serangan itu selama beberapa bulan dan telah membina sepucuk pistol untuk membunuh Abe.[26][27]

Polis Wilayah Nara menemui beberapa alat letupan dan senjata buatan tangan yang serupa dengan yang digunakan untuk menembak Abe semasa menggeledah rumah Yamagami selepas penahanannya.[28][17][29] Barangan itu kemudiannya disita sebagai bukti dan diambil oleh pegawai pelupusan bom selepas penduduk berhampiran dipindahkan.[30][31][32] Laman-laman web mengenai pembuatan bom dan pembuatan senjata turut ditemui dalam sejarah pelayaran (browsing history) Yamagami.[33]

Rujukan