Thomas Sankara

Kapten Thomas Isidore Noël Sankara [to-ma i-si-dor no-él sang-ka-ra] (21 Disember 1949 – 15 Oktober 1987) adalah seorang panglima tentera dan negarawan dariBurkina Faso. Beliau berkhidmat sebagai Presiden negara itu melalui sebuah kudeta pimpinan Blaise Compaoré pada 4 Ogos 1983 yang menggulingkan pemerintahan Jean-Baptiste Ouedraogo; pemerintahannya turut mengubah nama Volta Hulu menjadi Burkina Faso genap setahun setelah itu.

Thomas Isidore Noël Sankara
Presiden Burkina Faso pertama
Dalam jawatan
4 Ogos 1984 – 15 Oktober 1987
Didahului olehTidak ada (perubahan dari Volta Utara)
Digantikan olehBlaise Compaoré
Butiran peribadi
Lahir21 Disember 1949
Yako, Volta Utara (kini Burkina Faso), Afrika Barat Perancis
Meninggal dunia15 Oktober 1987(1987-10-15) (umur 37)
Ouagadougou, Burkina Faso
KerakyatanBurkina Faso
Parti politiktiada (dalam pemerintah separa tentera)
PasanganMariam Sankara[1]

Peranan beliau dalam memimpin revolusi penting di negaranya serta perwatakannya yang banyak disegani rakyatnya serta di benua Afrika menjadikan beliau dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".[2][3][4][5]

Awal hidup

Thomas lahir di bandar Yako di bahagian utara Volta Utara (kini Burkina Faso) pada 21 September 1949 dalam sebuah keluarga menganut mazhab Gereja Katolik Rom. Ibunya berketurunan Mossi manakala ayahnya berdarah kacukan Mossi dan Fulani[6], ayahnya merupakan seorang anggota dalam Gendarmerie Perancis[7][8] yang terlibat dalam pertempuran malah dijadikan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua. Kedudukan ayahnya dalam tentera ini mampu mengeluarkan keluarganya daripada kancah kemiskinan serta hidup dalam keadaan serba mewah.[9]

Beliau bersekolah di Bobo-Dioulasso, sebuah bandar jauh di barat daya Volta Utara; beliau sangat tekun dalam pembelajarannya terutamanya dalam bifdang matematik dan bahasa Perancis. Beliau juga seorang yang warak pada usia mudanya dan kerap menghadiri majlis-majlis gereja.

Ibu bapanya mahukannya menjadi seorang paderi setelah beliau menghabiskan persekolahannya, namun Thomas lebih mahu menyertai Tentera Darat Burkina Faso sebagai seorang askar.[10];

Kerjaya ketenteraan

Pemerintahan

Pada tanggal 15 Oktober 1987, Thomas Sankara bersama 12 penjawat tertinggi pemerintahan Burkina Faso terbunuh dalam kudeta berdarah yang didalangi oleh bekas rakan seperjuangannya sendiri, Blaise Compaoré.

Lihat pula

  • Sejarah Burkina Faso

Rujukan

Sumber utama

  • (Perancis) Biographie de Thomas Sankara : La Patrie ou la Mort..., de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5836-X • 1997 halaman 268
  • (Perancis) Les années Sankara de la révolution à la Rectification, de Bruno Jaffré ISBN : 2-7384-5967-6 • 1989 edisi baru pada 1997 halaman 336
  • Sawadogo, Alfred Yambanga (Mac 2001). Le president Thomas Sankara, Chef de la Revolution Burkinabe: 1983-1987 (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7475-0588-X.
  • Gakunzi, David (Januari 2005). Oser Inventer L'avenir: La parole de Sankara (dalam bahasa Perancis). PATHFINDER et HARMATTAN. ISBN 2-7384-0761-7.
  • Valere, Some (Januari 2005). Thomas Sankara, L'espoir Assassine (dalam bahasa Perancis). L'Harmattan. ISBN 2-7384-0568-1.

Pautan luar

Didahului oleh
Jean-Baptiste Ouédraogo
Presiden Volta Hulu
19831984
Diikuti oleh:
Volta Hulu diubah menjadi Burkina Faso
Didahului oleh
Volta Hulu diubah menjadi Burkina Faso
Presiden Burkina Faso
19841987
Diikuti oleh:
Blaise Compaoré
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno