Tomoi

Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar.

Tomoi
FokusSerangan
KekerasanSentuhan penuh
Negara asalMalaysia Malaysia
KeibubapaanMuay Boran
Pengamal masyhurTony Jaa, Kudin Raja Jerong, Big Bear Ampang, Faizal Ramli, Namsaksitnoi Sri Rajawongse, Matwan Gagak Hitam
Sukan OlimpikTidak

Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.

Pautan luar