Torsten Frings

Torsten Klaus Frings (lahir 22 November 1976) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah.

Torsten Frings
Maklumat peribadi
Nama penuhTorsten Klaus Frings[1]
Tarikh lahir (1976-11-22) 22 November 1976 (umur 47)
Tempat lahirWürselen, Jerman Barat
Ketinggian1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
1982–1988Rot-Weiß Alsdorf
1988–1990Rhenania Alsdorf
1990–1994Alemannia Aachen II
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1994–1997Alemannia Aachen57(13)
1997Werder Bremen II1(1)
1997–2002Werder Bremen162(15)
2002–2004Borussia Dortmund47(10)
2004–2005Bayern Munich29(3)
2005–2011Werder Bremen164(21)
2011–2012Toronto FC33(2)
Jumlah493(65)
Pasukan kebangsaan
1997–1998Jerman B216(1)
1999–2000Jerman 20065(0)
2001–2009Jerman79(10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau telah bermain sebanyak 79 perlawanan untuk Jerman selain menjaringkan 10 gol. Beliau juga termasuk dalam skuad dua edisi Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah.

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya di divisyen tiga, Alemannia Aachen sebelum berpindah ke Werder Bremen pada musim 1996–97 dan membantu kelabnya ke perlawanan akhir Piala Jerman dan menewaskan FC Bayern Munich pada 1999 dan beliau tampil pada 160 perlawanan Bundesliga dan menjaringkan 15 gol untuk kelab.

Borussia Dortmund

Pada tahun 2002, Frings telah menandatangani kontrak empat tahun dengan Borussia Dortmund dengan bayaran 10 juta euro. Perlawanan Frings untuk musim 2003-04 bermula pada 30 Januari ketika beliau bermain menentang Schalke 04, yang merupakan perlawanan pertamanya sejka mengalami kecederaan lutut semasa menentang VfL Bochum pada Julai.

Bayern Munich

Beliau telah menjuarai gelaran domestik bersama Bayern dan telah membuat 29 penampilan liga dan sepuluh penampilan Liga Juara-Juara. Frings amat menikmati masanya di Munich dan beliau dikeluarkan dari posisinya oleh jurulatih Felix Magath.

Werder Bremen

Pada Jun 2005, beliau sertai semula Werder Bremen dengan bayaan tertutup selepas menandatangani kontrak tiga tahun.

Toronto FC

Pada 29 Jun 2011, Frings telah mencapai persetujuan dengan kelab Toronto FC sebagai bakal pemain. Pada 27 Jun 2012, Frings menjaringkan gol MLS pertamanya pada perlawanan menentang Montreal Impact, Toronto menang 3-0. Beliau menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit ke-52 sejauh 22 yard.

Frings terlepas aksi musim 2012 selepas mengalami kecederaan pinggul. Kemudian, Frings berkata beliau ingin kembali sebagai seorang jurulatih.

Kerjaya antarabangsa

Frings telah terpilih dalam skuad Jerman pada aksi Piala Dunia FIFA 2002 di Korea Selatan/Jepun. Beliau sebahagian daripada pemain kontroversi kejohanan apabila beliau cuba menghalang bola daripada masuk ke gawang gol Jerman dengan menggunakan tangan.

Beliau terpilih dalam skuad UEFA Euro 2004 di Portugal. Skuad Jerman telah dimalukan pada kejohanan itu apabila seri bertemu Belanda dan pasukan bukan pilihan, Latvia dan tewas 1-2 kepada Republik Czech dan dilihat pasukan Jerman terkandas di peringkat kumpulan.

Frings termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2006 yang dihoskan oleh negara tanah airnya, Jerman. Frings menjaringkan gol keempat Jerman sejauh 30 yard pada perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 9 Jun 2006 menentang Costa Rica, Jerman menang 4-2.

Berikutan kejayaan Jerman pada penentuan penalti ke atas Argentina pada 30 Jun 2006, Frings telah disaman dan digantung oleh FIFA sebanyak dua perlawanan kerana peranannya yang mencetuskan pergaduhan di antara pemain Argentina dan Jerman selepas perlawanan. Pengumuman ini diumumkan oleh FIFA sehari sebelum perlawanan separuh akhir menentang Itali pada 4 Julai 2006.

Frings dipanggil untuk skuad Jerman yang mengambil bahagian dalam Euro 2008 tetapi tidak dipanggil untuk skuad Piala Dunia 2010 oleh jurulatih Joachim Löw. Beliau bermain pada perlawanan antarabangsa terakhirnya pada 11 Februari 2009 pada perlawanan kekalahan menentang Norway, 1-0.

Kehidupan

Frings telah berkahwin dengan Petra dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lisa-Katharina dan Lena Alina. Hobi beliau ialah meluangkan masa bersama keluarga dan menunggang motosikalnya.

Penghargaan

Kelab

Werder Bremen
  • DFB-Pokal: 1998–99, 2008–09
  • DFB-Ligapokal: 2006
Bayern Munich
  • Bundesliga: 2004–05
  • DFB-Pokal: 2004–05
  • DFB-Ligapokal: 2004
Toronto FC
  • Kejohanan Bola Sepak Kanada: 2012

Antarabangsa

Jerman

Catatan

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Frank Baumann
Kapten Werder Bremen
2009–2011
Diikuti oleh:
Per Mertesacker
Didahului oleh
Maicon Santos
Kapten Toronto
2011–2012
Diikuti oleh:
Darren O'Dea