Tous Les Jours

Tous Les Jours (Hangul뚜레쥬르) ialah sebuah francais bakeri Korea Selatan yang dimiliki oleh CJ Foodville, salah satu unit CJ Group.[1] Tous Les Jours bermaksud 'setiap hari' dalam Bahasa Perancis.

Tous Les Jours
Jenis/bentuk sahAwam
Ditubuhkan1997
Ibu pejabatKorea Selatan Sunting ini di Wikidata
PemilikCJ Group Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukCJ Group
Tapak webhttp://www.tlj.co.kr/
Facebook: TousLesJoursUSA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tous Les Jours ialah sebuah kedai roti "Asia-Perancis" yang menyediakan pelbagai pastri, bakeri dan minuman. Ia memiliki lebih dari 1.300 kedai[2] di Asia dan Amerika Syarikat.[3]

Sejarah

Tous Les Jours ditubuhkan pada tahun 1996, dan kedai pertamanya dibuka di Guri, Korea Selatan pada September 1997.[4] Tous Les Jours kemudian menubuhkan kilang adunan beku di Um-Sung, Korea Selatan pada November 1997, dan mula menghasilkan serta mengedarkan produknya secara besar-besaran. Pada September 1998, Tous Les Jours mula mengembangkan perniagaannya.

Tous Les Jours membuka kedai ke-100 pada April 1999, dan ke-300 pada Jun 2001. Pada Mei 2002, Tous Les Jours mula menjual kopi, kek lapis, jus buah, dan produk minuman lain. Tous Les Jours kemudian mengubah konsepnya menjadi kafe pada Januari 2003.

Pada April 2004, Tous Les Jours membuka kedai pertamanya di Amerika Syarikat. Pada Ogos 2005, Tous Les Jours membuka kedai pertamanya di China. Pada Jun 2007, Tous Les Jours membuka kedai pertamanya di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Tous Les Jours membuka gerai ke-1000 pada Julai 2008.

Pada 11 November 2011, Tous Les Jours membuka kedai pertamanya di Filipina[5] dan pada 16 Disember 2011, Tous Les Jours membuka kedai pertamanya di Jakarta, Indonesia.[6]

Pada 3 November 2012, Tous Les Jours membuka cawangan pertamanya di Kemboja.[7]

Pada 23 Jun 2013, Tous Les Jours membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia.[8] Sehingga Disember 2013, Tous Les Jours telah memiliki 124 cawangan di luar Korea, termasuk China, Amerika Syarikat, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Malaysia, dan Mongolia. Pada 25 Mei 2017, Tous Les Jours mengumumkan penutupan empat cawangannya di Malaysia.[9]

Rujukan

Pautan luar