Usop Sontorian

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari 1996 hingga 1997.[1] Ia direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures.[2]

Usop Sontorian
Logo Usop Sontorian yang disiarkan dalam musim ketiga pada 1998
GenreAnimasi
Komedi
Drama
PenciptaUjang
Dibangunkan oleh
Kamn Ismail
Ujang
Ditulis olehUjang
Hood Yusof
Azhar Ahmad
Lutfi Ismail
Zahuri Haron
Azizi Hj. Adnan
PengarahKamn Ismail
Pelakon suara
  • Farriz Izwan Khairulanuar
  • Faisal Hairie Khairulanuar
  • Faizal Haredz Mohd Johari
  • Kamn Ismail
  • Zaharah Jidin
  • Dielfitri Tajudin
  • Husaini Jusoh
  • Ruslan Ayob
  • Ahmad Nazri Mahmood
  • Ameirkhannaz Mohammed
  • Marzuki Abdullah
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Syed Rahiman
  • Norwati Ismail
  • Sharifuddin Abdul Rashid
  • Mohd Akib Junid
  • Adzlan Sulong
Penggubah lagu tema
Produksi Rakam Zalikamari
Lagu pembukaanUsop Sontorian
Lagu penutupUsop Sontorian
PenggubahZalikamari
Negara asalMalaysia
Bilangan musim3
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutifMichael Lum
PenerbitOthman Yusof (Musim 1-2)
Michael Lum (Musim 3)
PenyuntingAmisyahril Edwan Amran
Azlina Din
Khairudin Shabudin
LokasiKuala Lumpur
Lembah Klang
Tempoh siaran30 minit
20 minit (tanpa iklan)
Syarikat penerbitan
Kharisma Pictures
Syarikat pengedaran
Eurofine
Arief International, Inc.
Penyiaran
Saluran asalRTM
Format gambar4:3 (576i)
Format audioStereo
Siaran asal4 Mac 1996 – 14 April 1997

Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.[3]

Pengarah siri animasi ini, Kamn Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Quest Animation Sdn. Bhd. Pencipta watak-watak Usop Sontorian, Ujang tidak dibenarkan melukis atau mencipta watak kartun yang mempunyai persamaan dengan Usop Sontorian, ekoran isu perebutan hakcipta.

Latar belakang

Idea untuk menerbitkan siri animasi Usop Sontorian ini datang daripada Ibrahim Anon (Ujang) dan Othman Yusof setelah menubuhkan Kharisma Pictures pada Oktober 1993. Usop Sontorian kemudiannya dijadikan sisipan dalam majalah Ujang sebelum dijadikan sebagai sebuah siri animasi televisyen.

Kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994, membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Kamn Ismail dan Ujang berbincang dan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi jalan cerita animasi Usop Sontorian. Dua teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair.

Sinopsis

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.

Pelakon suara

Watak utama

  • Farriz Izwan Khairulanuar sebagai Usop
  • Faizal Hairie Khairulanuar sebagai Abu
  • Faizal Haredz Mohd Johari sebagai Dol

Watak pembantu

  • Ruslan Ayob sebagai Singh
  • Ameirkhannaz Mohammed sebagai Veloo
  • Ahmad Nazri Mahmood sebagai Ah Kim
  • Kamn Ismail sebagai Pak Mat
  • Zaharah Jidin sebagai Mak Som
  • Norwati Ismail sebagai Kak Kiah
  • Husaini Jusoh / Dielfitri Tajudin sebagai Abang Budin
  • Azhar Saad sebagai Selebet

Episod

Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak tiga musim dan 49 episod, berikut ialah senarai episod Usop Sontorian:

Musim pertama (1996)

Nombor episodTajukSiaran pertama
1Lari Dari Rumah1996
2Kawan Baru1996
3Tetamu Istimewa1996
4Dol Pindah1996
5Selebet1996
6Basikal Tua1996
7Lampu Ajaib1996
8Melawat Kuala Lumpur1996
9Berkhemah1996
10Pendekar1996
11Meriam Buloh1996
12Bermain Rakit1996
13Olahragawan1996
14Anak Gajah1996
15Burung Kakak Tua1996
16Budin Masuk Lokap1996
17Budin Ke Kuala Lumpur1996

Musim kedua (1997)

Nombor episodTajukSiaran pertama
1Sayang Kak Kiah1997
2Usahawan Muda1997
3Perang Bintang1997
4Budak Jahat1997
5Hantu Parit Sonto1997
6Kartini Selamanya1997
7Pendekar II1997
8Sakit Gigi1997
9U.F.O.1997
10Lawan Bola1997
11Anugerah1997
12Abu Oh Abu!1997
13Superhero1997
14Temberang1997
15Tetamu1997
16Ketua Kelas1997

Musim ketiga (1998)

Nombor episodTajukSiaran pertama
1Dunia Air1998
2Dinasor1998
3Kisah Seorang Biduan1998
4Berkhatan1998
5Seipun1998
6Terkenang1998
7Pertandingan Layang-Layang1998
8Debab Kembali1998
9Harta Karun1998
10Misi Mustahil1998
11Berkhemah II1998
12Pantas Tangan1998
13Perang Bukit1998
14Jambatan Runtuh1998
15Sisa Toksid1998
16Merdeka1998

Sambutan

Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.[4][5][6]

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia (Hiroshima) pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.[7]

Episod yang tidak dijumpai

Episod yang tidak pernah atau sebaliknya yang dinyatakan ini ialah benar. Tetapi hanya ada Sedutan atau Klip sahaja.
1.Main Gitar - episod yang tidak diketahui, Sedutan disini
Sedutan 1
Sedutan 2
2.Budak Jahat
3.Berkhemah II

Rujukan

Pautan luar