Vietnam Air Services Company

Vietnam Air Services Company (Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Vietnam) (VASCO) (Công ty bay dịch vụ hàng không) ialah syarikat penerbangan di Vietnam yang beribu pejabat di Tân Bình, Bandaraya Ho Chi Minh. [1]

Vietnam Air Services Company
Syarikat Perkhidmatan Penerbangan Vietnam
Công ty bay Dịch vụ Hàng không Việt Nam
IATAICAOPengenal
0VVFCVASCO AIR
Ditubuhkan1987; 37 tahun yang lalu (1987)
Hab
Bandar tumpuan
Program kesetiaanLotusmile
Pesawat6 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi17 (jumlah keseluruhan destinasi)
10 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Syarikat indukVietnam Airlines
Ibu pejabatVietnam Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam
Orang pentingBui Ngoc Hoang
Laman webwww.vasco.com.vn (laman web sukar diakses)

Am / Perihal

Syarikat Penerbangan itu Mengendalikan penerbangan berjadual dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di wilayah selatan negara itu, VASCO ialah anak syarikat milik penuh Vietnam Airlines . Ia juga melakukan penerbangan piagam, evakuasi perubatan, operasi SAR, penerbangan platform minyak, dan perkhidmatan penerbangan lain. [2][3]

Sejarah

Syarikat Penerbangan VASCO ditubuhkan dengan arahan pemerintah (kerajaan) pada Tahun 1987, dan pada awalnya merupakan bahagian dari Vietnam Airlines, yang merupakan syarikat penerbangan nasional . [4] Ia memulakan penerbangan penumpang yang dijadualkan secara bebas dari Vietnam Airlines pada Tahun 2004, [5] dan persetujuan telah diberikan untuk diswastakan sebahagiannya. [6] Telah dilaporkan bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines ingin menggunakan Syarikat Penerbangan VASCO sebagai asas untuk syarikat penerbangan tambang murah, yang ditubuhkan bersama dengan rakan kongsi asing. [7]

Data Kod

  • Kod IATA : 0V
  • Kod ICAO : VCF
  • Panggilan: VASCO Air

Destinasi

Sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan VASCO dengan siri ATR-72 di lapangan di Lapangan Terbang Con Dao, Vietnam

Pada Tahun 2019, Syarikat Penerbangan VASCO kini terbang ke sepuluh destinasi di Vietnam. [8]

Destinasi semasa

Asia

Asia Tenggara

Vietnam

Destinasi terdahulu

Asia

Asia Tenggara

Filipina

Vietnam

Armada

sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan VASCO dengan siri ATR 72-500 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat

Setakat April 2019, armada Syarikat Penerbangan VASCO terdiri dari pesawat berikut : [12]

Armada Syarikat Penerbangan VASCO
PesawatTotalTempahanPenumpangNota
ATR-72-5006068Dipindahkan dari Vietnam Airlines

Galeri Armada Syarikat Penerbangan VASCO (0V)

Armada Bekas

Berikut merupakan senarai armada yang sebelumnya dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan VASCO.

  • Antonov An-2
  • Antonov An-30
  • BAE Jetstream

Penyusunan semula dan penjenamaan semula

Ianya dipercayai bahawa Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines, syarikat induk VASCO, ingin mengubah syarikat penerbangan tersebut menjadi model kos rendah, oleh itu menukar nama operasi VASCO menjadi Viet Air. Syarikat penerbangan tersebut juga dipercayai akan melakukan penerbangan domestik di Vietnam ke destinasi yang berprestasi rendah serta bersaing dengan Jetstar Pacific dan VietJet Air . Vietnam Airlines akan menambah lebih banyak pesawat ke armada VASCO jika rancangan itu terwujud.

Pada Bulan April 2016, Syarikat Penerbangan Vietnam Airlines mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan dengan Kos VNĐ300 bilion (AS $ 13.4 juta) yang baharu pada bulan sebelumnya, berdasarkan penstrukturan semula anak syarikatnya, VASCO, kepada jenama baharu: SkyViet. [13] Namun, pada Tahun 2017, rancangan tersebut akhirnya dibatalkan kerana permintaan dari pihak berkepentingan. [14]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luaran