Viktor Claesson

Viktor Johan Anton Claesson (lahir 2 Januari 1992) ialah seorang pemain bola sepak antarabangsa Sweden yang bermain bagi pasukan Krasnodar dan pasukan kebangsaan Sweden. Beliau ialah seorang pemain sayap atau pemain sayap kiri yang terkenal dengan kebolehan penghantaran dan sepakannya.[2][3]

Viktor Claesson
Claesson dengan Krasnodar pada tahun 2017
Maklumat peribadi
Nama penuhViktor Johan Anton Claesson[1]
Tarikh lahir (1992-01-02) 2 Januari 1992 (umur 32)
Tempat lahirVärnamo, Sweden
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Krasnodar
Nombor16
Kerjaya remaja
IFK Värnamo
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2008–2011IFK Värnamo71(29)
2012–2016IF Elfsborg134(32)
2017–Krasnodar96(29)
Pasukan kebangsaan
2009Sweden U172(0)
2009–2010Sweden U199(3)
2011–2015Sweden U2120(1)
2012–Sweden47(9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 May 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 June 2018

Kerjaya

Kelab

Pada 25 Januari 2017, Claesson menandatangani kontrak 3.5 tahun dengan pasukan Liga Perdana Rusia, FC Krasnodar.[4] Beliau menjaringkan gol pada penampilan sulungnya pada 16 Februari 2017 dalam kemenangan 1-0 menentang pasukan Turki Fenerbahçe dalam fasa kalah mati 32 pasukan Liga Europa UEFA 2016-17, menjaringkan gol pada sentuhan pertamanya dalam mana-mana permainan Krasnodar yang kompetitif pada minit ke-4. Beliau dipilih oleh UEFA sebagai "Man of the Match".[5] Beliau meneruskan prestasi dengan dua gol dalam perlawanan Piala Rusia melawan FC Ural Sverdlovsk Oblast pada 28 Februari 2017[6] dan gol menentang Celta de Vigo pada babak pertama fasa kalah mati 16 pasukan pada 9 Mac 2017.[7]

Kerjaya antarabangsa

Pada bulan Mei 2018, beliau telah dinobatkan sebagai pemain pasukan skuad kebangsaan Sweden dalam Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[8]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga perlawanan hingga 13 Mei 2018[9]
Kemunculan dan gol oleh kelab, musim dan persaingan
KelabMusimLigaPiala NegaraPiala LigaBenuaLainJumlah
BahagianAppsGolAppsGolAppsGolAppsGolAppsGolAppsGols
IF Elfsborg2012Allsvenskan2750062337
20132333083346
20142657260397
2015291153614015
2016298323210
Jumlah13432187002660017845
Krasnodar2016–17Liga Perdana Rusia1311242185
2017–18301000423412
Jumlah4311120084005217
Jumlah kerjaya177431990034100023062

Gol antarabangsa

#TarikhTempatLawanSkorKeputusanPertandingan
123 Januari 2012Stadium Jassim Bin Hamad, Doha  Qatar U230–20–5Persahabatan
228 Mac 2017Estádio do Marítimo, Funchal  Portugal2–12–3Persahabatan
32–2

Anugerah

Kelab

Elfsborg
  • Allsvenskan (1): 2012
  • Svenska Cupen (1): 2012–13

Rujukan

Templat:Sweden-footy-midfielder-stubTemplat:Skuad FC Krasnodar