Wan Sharmila

Pelakon wanita Malaysia

Wan Sharmila Wan Muhamed (Jawi: وان شرميل; lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia.[1] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam banyak drama, telefilem dan filem.[2][3]

Wan Sharmila
Kelahiran
Wan Sharmila binti Wan Muhamed

(1981-10-12) 12 Oktober 1981 (umur 42)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2005–kini
Terkenal keranaTari Tirana
Nora Elena
7 Hari Mencintaiku
Ketinggian156 cm (5 ka 1 in)
Ibu bapa
  • Raidah Abdul Aziz (ibu)
  • Wan Muhamed Wan Abdul Aziz (bapa)
HubunganWan Maimunah (ibu saudara)

Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Emil Emilda (2007), Kisah Kaisara (2007-09), Tari Tirana (2009), Tipah Vavavoom (2010), Debunga Lalang (2013), Kusinero Cinta (2014) dan 7 Hari Mencintaiku (2016) .[4] Selain itu, Sharmila juga terkenal dengan peranan lakonan filem termasuk Raya Tak Jadi! (2011) dan Bisikan Syaitan (2013). Beliau juga pernah memenangi "Anugerah Shine Pantene" pada Anugerah Skrin 2008.[5]

Kehidupan awal

Wan Sharmila dilahirkan pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz. Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharmila memulakan kerjaya awalnya sebagai model majalah dan pernah berkhidmat sebagai kerani di syarikat guaman di kampung halamannya.[6]

Kerjaya

Mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, pelakon veteran terkenal Wan Maimunah,[7] Wan Sharmila, lebih mesra dengan panggilan Lala memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pembantu dalam drama komedi Emil Emilda pada 2007, di mana beliau turut berkhidmat sebagai pembantu akauntan. Beliau juga berlakon bersama Sari Yanti dalam sitkom Kisah Kaisara arahan Aziz M. Osman. Pada tahun 2008, beliau menjayakan watak sebagai Tasya dalam Sindarela. Beliau menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah menerusi drama muzikal Tari Tirana yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[8][9]

Pada tahun 2010, Sharmila berlakon dalam tiga telefilem—Ngompol, Teh O Ais Limau dan Santau Keramat. Penampilan pertama beliau di layar lebar ialah pada 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi arahan Abdul Razak Mohaideen. Beliau memegang watak sebagai Syamim dalam drama Kashaf Imani di Astro Ria.[10]

Beliau berlakon bersama Nabila Huda dan Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Kamalia, filem mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Soraya dan Kamil yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[11] Pada 2013, Sharmila berlakon dalam drama Debunga Lalang bersama pelakon yang terlibat termasuk Noorkhiriah dan Zul Ariffin.[12][13]

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[14] Beliau kemudian berlakon dalam drama Ariana Rose lakonan Fathia Latiff dan Keith Foo, adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Sharmila menjayakan watak Linda, adik angkat Ariana Rose.[15][16]

Sharmila memegang watak sebagai Betty dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, lakonan Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[17][18]

Kehidupan peribadi

Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.[19] Beliau kemudiannya menyatakan bahawa 9 tahun bergelar janda cukup memadai buatnya, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Setakat ini belum ada mana-mana lelaki berjaya mengetuk pintu hati saya. Diikutkan saya selalu berdoa agar dipercepatkan jodoh. Sebenarnya ramai cuba mendekati tetapi mereka tidak kena dengan kriteria yang dikehendaki oleh saya. Saya mahu lelaki yang boleh memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap diri saya. Jika ada individu mempunyai ciri-ciri begini pasti saya pilih."[20][21]

Ibu beliau, Raidah Abd Aziz meninggal dunia pada 5 Julai 2015.[22] Sharmila menjalani pembedahan pada tulang belakang pada Julai 2017.[23]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Sari Yanti.[24] Pada Disember 2016, Sharmila menafikan dakwaan beliau sudah berkahwin secara rahsia selepas memuat naik gambar keputusan ujian ultrabunyi kononnya beliau hamil, menurut beliau dalam temuramah bersama Harian Metro: "Bernikah pun belum, macam mana nak hamil? Saya terkejut apabila ada pengikut di Instagram mengatakan saya berkahwin lari dan hamil. Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu adalah laporan kesihatan. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila menerima perkhabaran baik daripada doktor tetapi lain pula jadinya."[25]

Pada tahun 2019, beliau mula bertudung [26]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2011Raya Tak JadiFaridahFilem pertama
2013Bisikan SyaitanKamalia
2015Romeo Kota
2016Mat Moto OtaiSyazira
2019Anak Perjanjian SyaitanDoktorPenampilan khas
2022Seratus

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Emil EmildaNisaTV3Juga sebagai Pembantu Akauntan (Penerbitan)
2007–2009Kisah KaisaraAmy
2008Bujang AntikZuraTV1
Sutun Kembali LagiAstro Ria
Rona Roni MakaroniJess
SindarelaTasyaTV3
2009Tari TiranaTirana
2010Tipah VavavoomTipah
2011Kashaf ImaniShamimAstro Ria
Si JundaiSarahTV3
2012Tanah Kubur (Musim 4)NoraAstro OasisEpisod: "Lelaki Bukan Muhrim"
Apa Celop!MarshaTV3
Citra JuwitaPuteriTV9
Nora ElenaYvonneTV3
Seindah SakuraAnida
Rock KapakAstro Warna
Merah PutehTV9
Spy MAstro Prima
2013Debunga LalangKhatijahTV3
Menantu Mak Uteh
Gadis Syampu
2014Kusinero CintaDr. RianaAstro Mustika HD
Kifarah (Musim 2)NadiaTV3Episod: "Berat"
Ariana RoseLinda
2015RisikoTV2
Tuan Anas MikaelKayAstro Ria
2016Cinta Si Wedding PlannerDinaTV3
Suami Tanpa CintaRosalindaAstro Ria
Bibik-BibikkuHudaTV3
7 Hari MencintaikuSofi AmyliaAdaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah
2017Sayang Papa Saya TakAzyanAstro Ria
Jejak KarmilaKarmila (remaja)TV3
Kayuhan CintaTV2
Isteri-Isteri AyahFarahTV3
Mr. HijabLuna
Dekatkan Jarak KitaRiana
2018Abang Lori OhsemLufiaHypp Sensasi
Cinta Tiada GantiBettyAstro PrimaDrama Filipina, pelakon undangan
Semerah Cinta HumairahCameliaTV3
Bahagia Bukan BidaanMurniAdaptasi daripada novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad
2019Senafas RinduAthirahAstro Ria
ImaanSabreena
Kau Yang PertamaSuraya (Yaya)TV3
IktibarHasnizaEpisod: "Korban Cinta"
2020Manuskrip CintaHelenaTV Okey
7 Hari Mencintaiku 2Sofi AmyliaTV3Adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah
One Two HantuAwesome TVEpisod: "Membazir"
Sang PewarisMalinaTV3
2021Kampung KolestrolSyaTV9
20227 Hari Mencintaiku 3Sofi AmyliaTV3
Wan SenjaMaizurah
Kids NowadaysNajihaAstro Ria
Anak Beranak Abe YieAnnTV3
Terima Kasih CintaShida
2023Cik Misi 123Sister JenabAstro Ria
2024Wanita SyurgaHanisTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2006Sutun 2Astro Ria
2007Abang! Mak Panggil Balik!LehaTV9
2008Rebab Tak Bertali
2010Ngompol
Teh O Ais Limau
Santau KeramatKartikaAstro Ria
2011Jangan Hantar Aku Ke NerakaTV9
Boona Boonie
Dendam Maya
InsafTV1
2013Menanti Hari Itu
2014Aku, Kau dan DiaTV9
Najwa Najiha
ParasitAzieTV3
2015Bawalah Aku Pulang
Isteriku Bukan Tukang Masak
2016Tercipta Untukku
Ketupat Terakhir
Tuan Anas Mikhael: 5 Hari BerayaKayAstro Ria
Hajat
2018Arah Lain Ke Syurga
Syurga Kecil KamiFarahTV1
3 QulMalisaTV2
2019Geng Van JenazahTV3
RemukTV3
RM20,000 Serba DuaSyakillaTV1
2020Kasyaf Gelang IblisSiti NasuhaAstro Citra
2021Takbir SemalamMirahAwesome TV

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2011Klik Klik ASEAN[27]Artis jemputanTV1
2017Apa Nak Makan Ni ?TV3Bersama Raja Afiq
Sepahtu Reunion LiveYatiAstro WarnaArtis Jemputan: Episod "Tragedi Buah Durian"
2019Senang TerhiburArtis JemputanTV3Bersama Ungku Hariz & Megat Rahim
2023Ubi Superstar LiveAstro WarnaSitkom (episod 2)
Sepahtu Reunion Al-PuasaRinaArtis Jemputan: Episod "Oh Menantu Ku"

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2008Anugerah Skrin 2008Anugerah Shine PanteneMenang
2019Anugerah Skrin 2019Pelakon Pembantu Wanita Terbaik DramaTercalon

Rujukan

Pautan luar