Wira Kesatuan Soviet


Gelaran Hero of the Soviet Union (Wira Kesatuan Soviet) (Bahasa Rusia: Герой Советского Союза, Geroy Sovetskogo Soyuza) merupakan penghormatan tertinggi dalam Kesatuan Soviet, dikurniakan secara peribadi atau bersama kerana melakukan aksi kepewiraan yang menakjubkan dalam sumbangan kepada negara Soviet dan masyarakat.

Wira Kesatuan Soviet
Герой Советского Союза
Герой Советского Союза
Wira Kesatuan Soviet
Dianugerahkan oleh  Kesatuan Soviet
JenisCourage award, gelaran kehormatan, highest honors of the USSR Sunting ini di Wikidata
Dizahirkan5 Mei 1934
Negara Kesatuan Soviet
RebenBerwarna merah
KelayakanWarganegara, warga asing
StatusDihapuskan
KelasTertinggi
Perangkaan
Pelantikan pertama1934
Pelantikan terakhir1988
Jumlah lantikan12,776 Sunting ini di Wikidata
Susunan keutamaan
Lebih tinggiWira Buruh Persekutuan Rusia Sunting ini di Wikidata
Lebih rendahWira Pekerja Sosialis Sunting ini di Wikidata
SetaraWira Persekutuan Rusia
Wira Kazakhstan
Wira Belarus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gambaran

Anugerah ini telah dizahirkan pada 5 Mei 1934, oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet. Penerima pertama gelaran ini pada asalnya hanya menerima darjah Order of Lenin, iaitu anugerah tertinggi Soviet, berserta dengan sijil (грамота, gramota) yang menerangkan perlakuan kepewiraan daripada Presidium Tertinggi Soviet KRSS. Disebabkan Order of Lenin boleh dikurniakan untuk kelakuan menakjubkan yang tidak melayakkan mereka gelaran wira, dan bagi membezakan para wira daripada pemegang darjah Order of Lenin yang lain, pingat Bintang Emas telah diperkenalkan pada 1 Ogos 1939. Wira-wira terawal adalah layak secara retroaktif untuk pingat ini.

Seorang wira boleh dianugerahkan sekali lagi gelaran ini kerana melakukan aksi kepewiraan yang seterusnya dengan tambahan pingat Bintang Emas dan sijil. Satu darjah tambahan Order of Lenin tidak dikurniakan sehingga tahun 1973. Amalan penganugerahan yang berkali-kali telah dimansuhkan oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet pada tahun 1988 sewaktu zaman perestroika.

Ramai warga asing dianugerahkan gelaran ini.

Gelaran ini juga boleh diberikan selepas kematian, walaupun sering tanpa pemberian pingat Bintang Emas yang sebenar.

Gelaran ini hanya boleh dibatalkan oleh Presidium Tertinggi Soviet.

Penerima terkenal

Marsyal Georgy Zhukov (tengah) memakai tiga bintang Hero of the Soviet Union dan Marsyal Konstantin Rokossovsky (kanan) memakai dua

Penganugerahan sekali

  • Joseph Stalin – Setiausaha Agung Parti Komunis (1922–1953) dan Ketua Kerajaan selaku Perdana Menteri KRSS (1941–1953).
  • Lavrenty Beria – bekas ketua NKVD dan MVD.
  • Yuri GagarinAngkasawan dan manusia pertama terbang ke angkasa.
  • Nikolai Gerasimovich Kuznetsov – Pegawai tentera laut Soviet dan Komisar Rakyat bagi Tentera Laut semasa Perang Dunia II. Juga Panglima Tertinggi dan Pegawai Utama Tentera Laut Soviet, menjadi Laksamana Armada pada Julai 1945 dan Laksamana Armada Kesatuan Soviet pada Julai 1955 dan sekali lagi (selepas kematian) pada tahun 1988 disebabkan peranannya dalam Tentera Laut semasa perang dan selepas perang.

Penganugerahan dua kali

  • Semyon Timoshenko – Komander tentera dan pegawai profesional kanan Tentera Merah, Marshal of the Soviet Union dan Komisar Rakyat bagi Pertahanan Negara.
  • Ivan Konev – Marshal of the Soviet Union, Panglima Barisan Ukraine Pertama.
  • Konstantin Rokossovsky – Marshal of the Soviet Union, Panglima Barisan Pertama Belorussia, Marsyal Poland dan Menteri Pertahanan Poland, Timbalan Menteri Pertahanan dan Panglima Wilayah Tentera Transcaucasia, Inspektor Jeneral Kementerian Pertahanan Soviet.
  • Vasily Chuikov – Jeneral yang bertanggunjawab bagi kemenangan di Stalingrad dan serangan Berlin. Menjadi Marshal of the Soviet Union pada tahun 1955.
  • Aleksandr Vasilevsky – Marshal of the Soviet Union dan Ketua Turus Am Soviet dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa Perang Dunia II.

Penganugerahan tiga kali

  • Ivan Kozhedub – Juruterbang pesawat pejuang Perang Dunia II yang paling banyak terima pingat; dianggap sebagai "Ace of Aces" pihak Bersekutu Perang Dunia II dengan 62 kemenangan, mengatasi mana-mana juruterbang lain Bersekutu sepanjang peperangan 1939-1945.
  • Semyon Budyonny – Komander tentera, Tentera Kavalri 1 dalam Perang Saudara dan kemudian Markas Kavalri Tentera Darat, juga Marshal of the Soviet Union dan dari tahun 1937 hingga 1940, Panglima, Wilayah Tentera Moscow.

Penganugerahan empat kali

Pautan luar