Pergi ke kandungan

Ketuhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketuhar berpintu bawah sesebuah dapur gas

Ketuhar (Jawi: كتوهر, juga oven tidak formal, serapan bahasa Inggeris) ditakrifkan sebagai sejenis dapur tertutup yang ditebatkan habanya sehingga dalamnya cukup panas untuk memanaskan, membakar atau mengeringkan sesuatu;[1] dan ia kerap digunakan untuk tujuan memasak. Ketuhar-ketuhar ini sering dipanaskan menggunakan pelbagai jenis bahan yang dibakar seperti kayu dan arang sehinggalah ke gas asli dan tenaga elektrik.[2]

Peristilahansunting sumber

Perkataan ini pada asalnya turut mempunyai maksud "pendiang" atau "tanur", lebih khusus lagi suatu dapur besar di tanah untuk tujuan pengusahaan seperti membuat gula; makna ini dikandung dalam kata didapati pada dialek-dialek lain seperti genohor dan genahar.[3][4]

Jenissunting sumber

Ketuhar yang digunakan dalam kalangan masyarakat wujud dalam pelbagai jenis mengikut bahan binaan atau rupa.

  • Ketuhar tanah, dapur tanah: terdiri daripada lubang digali bawah tanah yang dipanaskan dengan batu panas atau longgokan bahan bakar. Ia ada dikhususkan dalam banyak budaya tertentu (炕窯 khòng-iô oleh orang Hakka, clam bake di Maine, hāngi di New Zealand, imu di Hawaii dan sebagainya)
  • Ketuhar batu: dibina menggunakan batu atau bata yang tahan api; dipanaskan menggunakan unggun berbahan kayu mahupun arang
  • Ketuhar gas: Dijanakan menggunakan gas asli sebagai bahan bakar. Mula dikembangkan oleh Zachaus Winzle di Moravia tahun 1802; model sempurna pertama dilancarkan tahun 1851 cengan Bower's Registered Gas Stove.[5]
  • Ketuhar gelombang mikro: ketuhar menggunakan sinaran mikrogelombang sebagai komponen pemanas
  • Ketuhar wap: Ketuhar menggunakan haba yang diolakkan dari wap air keliling ruang ketuhar memasak bahan makanan.[6]

Lihat jugasunting sumber

  • Dapur gas

Rujukansunting sumber

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno