Lambang Malaysia atau Identiti Malaysia ialah lambang atau simbol yang mewakili negara Malaysia.
Kegunaan | Bendera Negara |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1963 |
Rekaan | di bahagian kiri bendera, sebagai Kanton bendera yang berwarna Biru Gelap, dengan Anak Bulan dan Bintang Bucu 14 berwarna Kuning ke emasan, dan jalur melintang merah dan putih, (7 merah dan 7 putih). |
Jata Malaysia | |
---|---|
Butiran | |
Jabaran | Perisai dengan Latar Warna Merah dibahagian atas, dengan 5 Keris, melambangkan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor), dibahagian tengah dari kiri ke kanan berwarna Merah, Hitam, Putih dan Kuning, melambangkan negeri-negeri Melayu bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Negeri Perak dan Pahang), dengan Sebelah kiri perisai Bergambar Pokok Pinang dan Jambatan Pulau Pinang, di Sebelah kanan perisai bergambar Pokok Melaka, dan dibahagian bawah perisai ada gambar Jata Wilayah Sabah dan Jata Wilayah Sarawak (masing-masing disebelah kiri dan kanan), dan Bunga Raya, sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. |
Penopang/ penyokong | Sepasang Harimau Malaya, dan Anak Bulan dan Bintang berbucu 14. |
Cogan kata | Bersekutu Bertambah Mutu. |
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju.
Negaraku [1]/My Country/نݢاراکو | |||
---|---|---|---|
Bahasa Melayu [2] | Bahasa Inggeris | Bahasa Cina | Bahasa Tamil |
Oh my motherland, | 我的國家, | எனது நாடே |
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya spesies Hibiscus rosa-sinensis. Bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarahkan mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada penghujung 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga-bunga tersebut ialah bunga raya, kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka dan tanjung.[3]
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.[3]
Bunga raya betul (Hibiscus rosa-sinensis) ialah pokok renek yang berasal dari Vanuatu,[4] yang juga dikenali sebagai kembang sepatu atau mawar China. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, dan keras tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, kelainan dan kacukan telah dihasilkan, dengan warna bunga yang pelbagai daripada putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
Harimau merupakan lambang yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan India. Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian. Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan PROTON.
Harimau telah dikatakan binatang kebangsaan Malaysia di samping merupakan salah satu binatang yang terdahulul muncul di tanah Melayu. Harimau juga melambangkan keberanian dan kekuatan.
Harimau diancam kepupusan bukan sahaja akibat pertembungan dengan manusia yang menganggap jenis kucing buas ini sebagai ancaman keselamatan kepada nyawa manusia dan binatang ternakan, malah diburu untuk memperoleh kulit belangnya untuk tujuan perhiasan, serta anggota badannya untuk dijadikan hidangan eksotik dan perubatan tradisi Asia. Kemusnahan habitat juga banyak menyumbang kepada penurunan bilangan harimau di dunia.
Sekarang dianggarkan cuma tinggal 3,000 ekor harimau daripada pelbagai sub-spesies di dunia. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk memulihara populasi harimau. Pada tahun 2005, peristiwa Nicky, seekor anak harimau yang diselamatkan daripada menjadi bahan masakan dan sekarang ditempatkan di Zoo Melaka, telah menyayat hati ramai rakyat Malaysia dan pencinta alam.
Identiti Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Identiti Negera | |
Identiti Negeri dan Wilayah |
|
Identiti Wilayah Persekutuan |
Bendera dan Jata Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Identiti Negera | |
Identiti Negeri dan Wilayah |
|
Identiti Wilayah Persekutuan |
Bendera Kebangsaan | |
---|---|
Bendera Negeri/Wilayah | |
Bendera Wilayah Persekutuan |
Jata Kebangsaan | |
---|---|
Jata Negeri/Wilayah | |
Jata Wilayah Persekutuan |