Ringgit

mata wang Malaysia
(Dilencongkan dari Ringgit Malaysia)

Ringgit Malaysia (simbol: RM; kod matawang: MYR) ialah mata wang Malaysia. Satu ringgit terdiri daripada 100 sen. Wang ringgit dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Ringgit
ريڠݢيت مليسيا (Tulisan Jawi)
马来西亚令吉 (Cina)
மலேசியா ரின்க்கிட் (Tamil)
Reka bentuk syiling siri ketiga dan wang kertas siri keempat ringgit Malaysia diperkenalkan pada tahun 2011
ISO 4217
KodMYR
Jenis mata wang
Subunit
 1/100sen
SimbolRM
Wang kertasRM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100
Syiling1,5, 10, 20, 50 sen
Demografi
Pengguna rasmi
 Malaysia
Pengguna tidak rasmi
 Indonesia
(di Kalimantan)[1][2][3]
 Filipina
(di Tawi-Tawi)[4][5]
 Thailand
(di Selatan Thailand)[6][7]
Pengeluaran
Bank Negara Malaysia
 Tapak web
www.bnm.gov.my
Penilaian
Inflasi
1.7% [8]
 SumberJabatan Statistik Malaysia, Aug 2009
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penamaan

Perkataan "ringgit" sama akarnya dengan perkataan "bergerigi" iaitu permukaan sisi berhujung tajam dan kecil halus, "bergigi-gigi tajam pada tepinya, bertakok-takok seperti gergaji".[9]:58 Perkataan ini pada asalnya menggambarkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17; rekaan ini dipercayai terhasil sebagai langkah mengelakkan pemotongan atau pengikisan logam berharga secara haram daripada mana-mana pedagang yang mengambil kesempatan.[9]:59

Nama ringgit turut diberikan kepada banyak kepingan wang dipakai kuasa-kuasa Barat pada zaman itu:[9]:60

  • Ringgit Meriam: kepingan wang Sepanyol dengan rupa jata diraja di mana komponen "tiang-tiang" jata disangka meriam.
  • Ringgit Patong: kepingan wang Sepanyol dengan rupa patung raja yang memerintah sama ada ia Raja Carlos III, Raja Carlos IV atau Raja Ferdinand VII.
  • Ringgit Geroda, Ringgit Gerdan, Ringgit Burong: kepingan peso Mexico menunjukkan jata negara tersebut berupa seekor helang (bahasa lama: geroda) hinggap atas kaktus.
  • Ringgit Janek atau Ringgit Matahari: kepingan ringgit Mexico menampakkan gambaran matahari bersinar yang adakalanya disangka sebagai janik (spesies Echineis).
  • Ringgit Tongkat: kepingan dolar dagangan keluaran Chartered Bank (kini Standard Chartered) dan Hongkong & Shanghai Bank (kini HSBC) di England dan India dari 1895 hingga 1935, ia menampakkan gambaran perlambangan United Kingdom, Brittania dengan suatu "tongkat" bermata tiga.
  • Ringgit Kepala: kepingan 2 gulden Belanda diterakan gambar kepala Raja-Raja Willem I dan Willem III.
  • Ringgit Tengkorak: kepingan bernilai sama di atas dengan gambar Willem II yang membotak seakan tengkorak,
  • Ringgit Nona: kepingan Belanda bernilai sama di atas dengan rupa Ratu Wilhelmina diterakan tahun 1898.

Kedah, Kelantan dan Thailand sebelum ini lebih menggunakan perkataan rial untuk semua mata wang disebut berdasarkan real Sepanyol.[9]:60 Perkataan ringgit dan sen diterima guna sebagai nama rasmi pada Ogos 1975. menggantikan nama dolar sepertimana yang dipakai zaman jajahan (serapan dollar dan cent). Dolar Singapura dan dolar Brunei juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (namun mata wang A.S. dan Australia tetap dolar). Dengan itu, singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM.

Di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, nilai 10 sen dipanggil satu kupang (atau "poat8" dalam bahasa Hokkien), cth. 50 sen bersamaan 5 kupang (atau "5 poat8" dalam bahasa Hokkien).

Sejarah

Pada 12 Jun 1967, mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh bank pusat yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British pada tara.[10] Mata wang baru ini memelihara segala peringkat nilai pendahulunya kecuali nilai $10,000, serta mewarisi skim warna ringgit lama itu. Pada berpuluh-puluh tahun yang berikutnya, perubahan kecil dilakukan pada wang kertas dan syiling sekali, mulai pengeluaran syiling M$1 pada tahun 1967, hingga penyahwangan wang kertas M$500 dan M$1000 pada 1990-an.Dolar Malaysia Telah di Tukar kepada Ringgit Malaysia Adalah hasil idea Dari Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Mana waktu itu sebagai Menteri Kewangan

Lambang "$" (atau "M$") diganti dengan "RM" secara rasmi diumumkan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Disember 1992.[11] Namun di peringkat antarabangsa, "MYR" (MY sebagai kod negara Malaysia) lebih diterima umum.

Apabila ringgit Malaysia mengambil tempat ringgit Malaya dan Borneo British pada tara, ringgit baru ini asalnya bernilai 8.57 ringgit sepaun sterling British. Pada November 1967, lima bulan selepas ringgit baru diperkenalkan, mata wang paun turun nilai sebanyak 14.3%. Mata wang baru ini tidak terjejas tetapi wang kertas dolar Malaya dan Borneo British masih ditetapkan pada 8.57 dolar sepaun; oleh itu, wang-wang kertas yang lama ini dikurangkan nilainya kepada 85 sen seringgit.

Sungguhpun wujudnya mata-mata wang baru di Malaysia, Singapura dan Brunei, namun oleh sebab Perjanjian Kesalingbolehtukaran yang dipatuhi oleh ketiga-tiga negara tersebut sebagai bekas anggota sebuah kesatuan mata wang, ringgit Malaysia juga boleh ditukar pada tara dengan dolar Singapura dan ringgit Brunei hingga 8 Mei 1973, ketika kerajaan Malaysia mengundurkan diri daripada perjanjian itu.[12] Lembaga Kewangan Singapura dan Lembaga Mata Wang dan Kewangan Brunei masih memelihara kesalingbolehtukaran dua mata wangnya hingga kini.[12]

Antara tahun 1995 hingga 1997, ringgit diniagakan sebagai mata wang terapung bebas pada sekitar 2.50 sedolar Amerika Syarikat,[13][14] tetapi kemudian menjunam ke bawah paras 3.80 sedolar menjelang tahun akhir 1997 semasa itu Menteri Kewangan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,[14] ekoran krisis kewangan Asia Timur pada tahun berkenaan. Pada separuh pertama tahun 1998, mata wang ringgit berubah-ubah antara kadar 3.80 hingga 4.40 sedolar,[15] sebelum Bank Negara Malaysia menetapkan nilai ringgit pada kadar 3.80 sedolar selama hampir tujuh tahun mulai September 1998, sambil membiarkan mata wang ringgit terapung dengan mata-mata wang yang lain.

Kesan kegawatan ekonomi itu, mata wang ringgit susut 50% nilainya berbanding dolar AS pada tahun 1997 hingga 1998, dan juga mengalami susut nilai berbanding mata-mata wang yang lain pada Disember 2001 hingga Januari 2005. Pada 4 September 2008, mata wang ringgit belum mencapai semula nilainya pada tahun 2001 berbanding dolar Singapura (SGD) (2.07 kepada 2.40),[16]) euro (EUR) (3.40 kepada 4.97),[17] dolar Australia (AUD) (1.98 kepada 2.80)[18], dan paun British (GBP) (5.42 kepada 6.10)[19].

Purata tahunan nilai mata wang dunia berbanding dengan ringgit.
199520002001200220032004200520062007200820092010 (setakat 31 Dis)20112015 (Dis. 30)
Dolar Amerika Syarikat2.54153.80003.80003.80003.80003.80003.78723.66693.43563.33083.52453.06463.059384.3067
Euro3.24993.50893.40253.59254.29994.72674.71444.60284.7074.88514.90404.09504.25564.6996
Paun British3.94585.76025.48025.70966.21166.95116.89286.75316.87486.36195.50814.75754.90486.54728
Dolar Singapura1.79502.20342.12082.12262.18072.24882.27622.30822.28072.35422.42372.38972.43323.0436
Dolar Australia1.88772.209951.96472.06612.47862.79972.88742.76222.87962.82392.78233.11743.15723.05344
Yen Jepun0.0245930.0352570.0312910.0303950.0328320.0351540.0343770.0315170.0291940.0323510.0376900.0376900.0384070.0341903
Yuan China0.30460.45900.45910.45890.45890.45910.46220.45990.45190.47980.51590.46420.47350.653301
Sumber: x-rates.com

Pada 21 Julai 2005, Bank Negara mengumumkan berakhirnya penetapan dolar AS serta-merta selepas China mengumumkan pemansuhan penetapan renminbi pada dolar AS.[20][21][22] Menurut Bank Negara, Malaysia membenarkan ringgit untuk ditukarkan dalam apungan terurus berbanding beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai ringgit meningkat kepada anggapan nilai pasarannya, namun Bank Negara telah mencampur tangan dalam pasaran kewangan untuk menjaga kestabilan kadar tukaran ringgit.

Ekoran mansuhnya penetapan mata wang, nilai ringgit meningkat kepada serendah 3.16 sedolar AS pada April 2008.[23] Ringgit turut menikmati peningkatan nilai berbanding dolar Hong Kong (HKD) (0.49 kepada 0.44)[24] dan renminbi (CNY) (0.46 kepada 0.45)[25] pada Mei 2008.

Sekitar Mei hingga September 2008, ringgit mengalami penurunan nilai yang mendadak berbanding dolar As ekoran ketidaktentuan politik berikutan pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil yang memenangkan Anwar Ibrahim, kejatuhan harga petrol serta kurangnya campur tangan oleh Bank Negara untuk meningkatkan kadar faedah yang agak rendah (iaitu 3.5% sejak April 2006).[26]. Kesannya, nilai ringgit turun kepada serendah 3.43 sedolar AS pada 4 September 2008,[27]; mata-mata wang utama yang lain, termasuk dolar Hong Kong dan renminbi turut mengalami perubahan mendadak yang sedemikian. Kejatuhan nilai ini menyebabkan ringgit berada di paras yang paling lemah sejak 24 September 2007, dan juga menjadi mata wang Asia Tenggara yang kedua paling hambar pada Jun hingga September 2008.[26]

Syiling

Siri pertama (1967)

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".

Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua.


Siri pertama[1] Diarkibkan 2013-04-17 di Wayback Machine
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
1 sen18 mmGangsaKosongBangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabitGelaran negara, nilai, tahun ditempa196712 Jun 1967
1 senKeluli bersalut tembaga1973?
5 sen16 mmKupronikelBersuriBangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabitGelaran negara, nilai, tahun ditempa196712 Jun 1967
10 sen19 mm
20 sen23 mm
50 sen28 mm
50 senBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"1971?
$133 mmBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"Bangunan Parlimen, bintang berbucu 14 dan bulan sabit. Bulan sabit dan bintang ini tampak lebih tirus; bulan sabit itu lebih besar dan terletak di kedudukan yang sama dengan Bangunan Parlimen.19711 Mei 1971

Siri kedua (1989)

Siri kedua wang syiling sen diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter dan komposisi siri yang terdahulu, kecuali syiling seringgit. Antara ciri-ciri reka bentuk baru ini termasuk gambar peralatan tradisional Melayu di muka hadapan, serta peneraan bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian atas muka belakangnya. Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.

Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.

Setakat 1 April 2008, berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga, yang mula-mula diumumkan oleh Bank Negara pada tahun 2007 sebagai langkah menyingkirkan syiling 1 sen.[28] Barang-barang dan perkhidmatan individu masih boleh diberi harga berangka kandungan 1 sen sementara jumlah harga muktamad dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat. Misalnya, dua barang yang masing-masing berharga RM4.88 dan RM3.14, maka berjumlah RM8.02, dibundarkan kepada RM8.00. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu (masing-masing kepada RM4.90 dan RM3.15), maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05. Secara amali, barang-barangan individu kekal berharga pada "titik harga" (atau harga psikologi dan harga nombor ganjil) yang berakhir dengan 98 dan 99 untuk memaksimumkan untung pembundaran bagi pihak penjual, terutamanya ketika pembelian barang tunggal. Syiling-syiling 1 sen yang masih diedarkan masih diterima sebagai wang sah untuk pembayaran hingga RM2.00.[29]

Siri kedua[2] Diarkibkan 2012-03-03 di Wayback Machine
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
1 sen18 mmKeluli bersalut tembagaKosongRebana ubiGelaran bank, nilai, tahun ditempa19894 September 1989
5 sen16 mmKupronikelBersuriGasingGelaran bank, nilai, tahun ditempa19894 September 1989
10 sen19 mmCongkak
20 sen23 mmBekas sirih dan kapur
50 sen28 mmBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"Wau
$124 mmTembaga-zink-timahBersuriKeris dan latar belakang songketGelaran bank, "$1", tahun ditempa19894 September 1989
$1Gelaran bank, "1 RINGGIT", tahun ditempa1993?

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Siri ketiga (2011)

Siri ketiga wang syiling sen diumumkan pada 25 Julai 2011, mula-mula dikeluarkan sebagai syiling peringatan untuk menandakan pengeluaran pada awal tahun 2012. Siri ketiga ini bertema "Keunikan Malaysia" dan mendapat ilham daripada motif flora dan fauna yang terdapat pada pelbagai budaya di Malaysia untuk mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan jati diri negara Malaysia. Peringkat-peringkat nilai yang dikeluarkan ialah 5, 10, 20 dan 50 sen. Pada 24 Oktober 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim menamai Poogsan Corporation dari Korea Selatan sebagai pembekal mata wang siri ini. Syiling-syiling ini ditempa di Kilang Syiling Bank Negara di Shah Alam.[30]

Menurut Lim, kos pengeluaran syiling ini dikurangkan sebanyak 49% disebabkan perubahan pada kandungan logam. Perubahan-perubahan lain pula termasuk diameter, warna syiling 20 dan 50 daripada perak kepada kuning, dan reka bentuk baru pada muka hadapan yang lain nilai lain motifnya, empat belas titik yang melambangkan tiga belas negeri dan kolektif Wilayah Persekutuan, dan lima garis melintang yang melambangkan lima prinsip Rukunegara.[31]

Wang syiling 50 sen agak berbeza dengan nilai-nilai yang lain, kerana bentuk bulatnya berlekuk sembilan dan tiada teraan "BANK NEGARA MALAYSIA". Muka hadapan tiada lima garis melintang, sebaliknya diberi ciri keselamatan gambar terpendam di bahagan atas, di mana teraan nilai "50 SEN" kelihatan apabila syiling itu disengetkan sedikit.

Suit syiling 20 dan 50 euro cents adalah sama seperti 20 dan 50 sen.

Siri ketiga[3] Diarkibkan 2018-09-16 di Wayback Machine
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterJisimKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
5 sen17.78 mm1.72 gKeluli tahan karatKosong14 titik, lima garis melintang, motif sulur kacang,
motif destar siga Kadazan-Dusun
Gelaran bank, nilai, tahun ditempa, bunga raya201116 januari 2012
10 sen18.80 mm2.98 gBerkisar14 titik, lima garis melintang,
Corak anyaman Mah Meri.
20 sen20.60 mm4.18 gLoyang nikelKasar14 titik, lima garis melintang, motif bunga melur di latar depan dan motif destar siga di latar belakang
50 sen22.65 mm5.66 gTembaga bersalut loyang nikelPlain14 titik, motif sulur kacang dan
garis-garis halus sebagai ciri keselamatan

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Matawang 1 sen

Meskipun sudah lapuk ditelan zaman, syiling ini masih digunakan sehingga kini walaupun tidak sekerap dahulu.

Menurut sumber Bank Malaysia, "Wang 1 sen masih digunakan sehingga kini walaupun kurang rakyat Malaysia yang menggunakan syiling ini". Kata Zeti Aziz bekas gabenor negara.[32]

Wang kertas

Siri pertama (1967)

Bank Negara Malaysia mula-mula mengeluarkan wang kertas ringgit Malaysia pada Jun 1967, dengan peringkat-peringkat nilai $1, $5, $10, $50 dand $100, diikuti dengan $1000 pada 2 September 1968. Wang kertas Malaysia sejak dahulu sentiasa mengandungi wajah Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, serta tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, Gabenor pertama Bank Negara Malaysia. Pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia menerima ejaan baru Bahasa Malaysia dalam pencetakan wang kertas sementara reka bentuknya kekal. Wang kertas dengan ejaan baru itu diedarkan bersama yang dengan ejaan lama.[33]

Siri pertama[4] Diarkibkan 2013-04-17 di Wayback Machine
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaran
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanLogo Bank Negara, iaitu Kijang EmasJun 1967
$5Hijau
$10Merah
$50Biru/Kelabu
$100Ungu
$1000Ungu/HijauBangunan Parlimen di Kuala Lumpur2 September 1968
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri kedua (1982)

Siri kedua dikeluarkan dengan reka bentuk hiasan tradisional pada tahun 1982–1984, dalam tingkat-tingkat nilai $1, $5, $10, $20, $50, $100, $500, dan $1000. Wang kertas $20 agak jarang ditemui. Wang kertas siri ini masih ditemui sekali-sekala.

Bentuk benjolan Braille diletakkan pada muka hadapan wang, setiap kiri di bahagian bawah wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, dan RM100 adalah bagi kemudahan orang cacat penglihatan. Di sudut kiri bahagian atas digugurkan pada semakan kedua pada tahun 1986.

Pada tahun 1999, wang kertas RM500 dan RM1000 dinyahwangkan disebabkan krisis kewangan Asia 1997 apabila sejumlah besar wang ringgit dibawa keluar dari negara dan ditukarkan dalam bentuk wang kertas berkenaan. Kesannya, wang-wang kertas ini ditarik keluar dari edaran dan jumlah ringgit yang dibawa keluar dari negara dalam bentuk wang kertas terhad kepada RM1000 seorang.

Pada tahun 1993, wang kertas $1 diberhentikan dan diganti dengan syiling $1.

Siri kedua (a)
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanTugu Negara1984dengan tanda buta.
$5HijauIstana Negara Lama1984
$10MerahStesen Keretapi Lama Kuala Lumpur1983
$20Perang/putihIbu pejabat Bank Negara Malaysia1982
$50Biru/kelabuMuzium Negara1983
$100UnguMasjid Negara1983
$500JinggaBangunan Sultan Abdul Samad1982
$1000Biru/hijauBangunan Parlimen1984
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.
Siri kedua (b)
ImejNilaiWarna utamaKeteranganTarikh keluaran
HadapanBelakangHadapanBelakang
$1BiruTuanku Abdul RahmanTugu Negara di Kuala Lumpur1986
$5GreenIstana Negara Lama1986
$10RedStesen Keretapi Lama Kuala Lumpur1986
$20Perang/putihIbu pejabat Bank Negara Malaysia1986
$50Biru/kelabuMuzium Negara1986
$100UnguMasjid Negara1986
$500JinggaBangunan Sultan Abdul Samad1986
$1000Blue/greenBangunan Parlimen1986
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri ketiga (1996)

Contoh wang kertas ringgit siri ketiga

Siri wang kertas ketiga dikeluarkan dengan reka bentuk yang bersemangat Wawasan 2020 pada tahun 1996–1999 dalam peringkat-peringkat nilai RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 dan RM100 dilengkapi dengan jalur holografik untuk mencegah pemalsuan wang.

Pada tahun 2000, wang kertas RM1 diperkenalkan semula, ditambah dengan wang kertas RM2 yang kekal sebagai wang sah, dan juga syiling RM1. Syiling RM1 akhirnya dimansuhkan dan dinyahwang pada 7 Disember 2005.

Pada tahun 2004, Bank Negara mengeluarkan wang kertas RM10 yang baru dengan ciri-ciri keselamatan tambahan termasuk jalur holografik yang dinikmati oleh wang kertas RM50 dan RM100 notes. Juga diperkenalkannya wang polimer RM5 dengan jendela lutsinar. Kedua-dua wang kertas baru ini amat seiras dengan reka bentuk masing-masing yang asal dalam siri ketiga. Menurut Bank Negara, semua wang kertas akan dimansuhkan dan diganti dengan wang polimer.

[34]Siri ketiga
ImejNilaiDimensiWarna UtamaKeteranganTarikh keluaranStatusCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM1120 × 65 mmBiruTuanku Abdul RahmanGunung Kinabalu, Gunung Mulu dan wau bulan8 November 2000Dalam edaranKertas
RM2130 × 65 mmUngu lembutMenara Kuala Lumpur dan satelit MEASAT-3d5 Februari 1996Ditarik balikKertas
RM5135 × 65 mmHijauKoridor Raya Multimedia, KLIA dan Menara Berkembar Petronas27 September 1999Ditarik balikKertas
26 Oktober 2004Dalam edaranPolimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM10140 × 65 mmMerahTren Putra LRT, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan kapal MISC19 Januari 1998Ditarik balikKertas (tanpa jalur holografik)
5 Januari 2004Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
RM50145 × 69 mmBiru/KelabuPerlombongan, pelantar minyak Petronas20 Julai 1998Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
RM100150 × 69 mmUnguBarisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton26 Oktober 1998Dalam edaranKertas (dengan jalur holografik)
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Siri keempat (2008, 2012)

Pada awal tahun 2008, Bank Negara mengeluarkan satu lagi wang kertas RM50 dengan reka bentuk baru, yang diedarkan mulai 30 Januari 2008. Sebelum itu, 20,000 lagi wang kertas sedemikian dalam pembungkusan khas diedarkan oleh pihak bank pada 26 Disember 2007.

Wang kertas RM50 yang serba baru ini mengekalkan warna utama hijau-biru, tetapi direka dengan tema baru, yakni "Misi Nasional", yang menyampaikan hasrat Malaysia untuk "meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara", sejajar dengan transformasi ekonomi Malaysia ke arah kegiatan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor-sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan dalam ekonomi. Potret ukir benam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman, dikekalkan di bahagian kanan sementara bunga kebangsaan, iaitu bunga raya, ditampilkan di tengah muka hadapan wang kertas. Corak-corak anyaman songket pada latar belakang dan sisi wang kertas ini, ditampilkan untuk mencerminkan kraf tangan dan sulaman tekstil Melayu tradisional.[35]50 juta helai wang kertas RM50 baru yang pertama menampilkan gambar Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, memasyhurkan kemerdekaan Tanah Melayu, dan juga logo sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 di muka belakang.[35] Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas ini ialah potret tera air Yang di-Pertuan Agong, jalur keselamatan, tulisan huruf mikro, unsur-unsur pendarfluor yang hanya kelihatan di bawah cahaya ultraungu, imej terpendam berwarna-warni yang berubah warna apabila dipandang dari sudut yang berbeza, dan jalur holografik di sisi wang kertas serta imej yang hanya kelihatan melalui kesan moiré demi mencegah pemalsuan secara fotokopi.[35] Pengedaran edisi pertama wang kertas RM50 yang baru ini terpaksa dikurangkan oleh Bank Negara disebabkan banyaknya mesin juruwang automatik yang tidak dapat menerimanya. Pada 15 Julai 2009, Bank Negara mengeluarkan semula siri baru ini untuk edaran umum, tanpa logo Ulang Tahun ke-50 itu. Edisi ini disertakan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, seperti unsur pendarflour nombor dwiwarna dan gentian keselamatan.[36]

Pada Mei 2011, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri wang kertas yang baru sebagai ganti siri ketiga. Antara yang menarik ialah kembalinya wang kertas RM20 yang tiada dalam siri ketiga.[37] Reka bentuk baru ini diumumkan pada 21 Disember 2011, dan wang-wang kertas ini dijangka beredar pada separuh kedua tahun 2012. Wang kertas siri baru ini adalah wang sah dan akan beredar di samping siri yang sedia ada, tetapi siri ketiga bakal dilupuskan secara beransur-ansur. Semua peringkat nilai dalam siri ini akan mengekalkan potret Tuanku Abdul Rahman.[38] Wang kertas ini dibekalkan oleh Crane AB dari Sweden, Giesecke & Devrient GmbH dari Jerman, Oberthur Technologies dari Perancis dan Orell Fussli dari Switzerland.[30]

Siri keempat[39]
ImejNilaiDimensiWarna utamaSubstratKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM1120 × 65 mmBiruPolimerTuanku Abdul Rahman dengan bunga kebangsaan, bunga rayaWau bulan16 Julai 2012Dalam edaran
RM5135 × 65 mmHijauBurung kenyalang16 Julai 2012Dalam edaran
RM10140 × 65 mmMerahKertasRafflesia16 Julai 2012Dalam edaran
RM20145 × 65 mmJinggaPenyu sisik dan penyu belimbing16 Julai 2012Dalam edaran
RM50145 × 69 mmBiru hijauPerdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pokok kelapa sawit15 Julai 2009Dalam edaran
RM100150 × 69 mmUnguGunung Kinabalu dan formasi batu lembah Gunung Api16 Julai 2012Dalam edaran
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Kenang-kenangan

Wang kertas kenang-kenangan juga dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Sempena Sukan Komanwel 1998 yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, keluarnya wang polimer RM50 istimewa yang jarang sekali kelihatan dalam kegunaan am disebabkan kegunaannya sebagai bahan kenang-kenangan. Wang kertas ini dicetak oleh Note Printing Australia (NPA).

Bagi siri keempat, para pelanggan juga dapat membelinya dalam tiga set yang berbeza: sepasang wang RM1 dan RM5, satu set wang RM1, dan set penuh wang RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Wang kertas RM50 tiada lagi membawa logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50.

Kenang-Kenangan
ImejNilaiDimensiWarna UtamaKeteranganTarikh keluaranCatatan
HadapanBelakangHadapanBelakang
RM50152 × 76 mmKuning dan hijauTuanku Abdul Rahman, latar langit Kuala Lumpur (dengan Menara Berkembar Petronas)Kompleks Sukan Bukit Jalil1 Jun 1998Polimer (Polipropilena terorientasi secara dwipaksi)
RM50145 × 69 mmBiru dan hijauTuanku Abdul Rahman dengan bunga rayaTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan logo Hari Kemerdekaan ke-50, pokok kelapa sawit26 Disember 2007Siri keempat kenang-kenangan tidak lagi dikeluarkan, dikenali dengan tepi kuning di kedua-dua sisi (AA 0000001 hingga AA 0020000). Awalan AA 0020001 hingga AE untuk edaran umum.
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

Kijang Emas

Tiga denominasi Kijang Emas (kijang adalah satu specie daripada rusa, dan juga adalah sebahagian logo Bank Negara Malaysia) telah dikeluarkan dalam nilai RM 50, RM 100 dan RM 200, menimbang kepada ¼ oz, ½ oz dan 1 oz masing-masing. Ia adalah dicetak daripada Kilang Wang Bank Negara Malaysia dan dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 17 Julai 2001, ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua-belas yang mengeluarkan duit siling emas. Seperti siling emas yang dikeluarkan seluruh dunia, Kijang Emas hanya digunakan dalam pelaburan dan bukan pengunaan seharian. Harga pembelian dan penjualan semula Kijang Emas adalah ditentukan oleh harga pasaran antarabangsa semasa.[40] Harga semasa bagi Kijang emas adalah sebanyak RM 8266 bagi 1 oz, RM 4211 bagi ½ oz dan RM 2144 bagi ¼ oz.[41]

Rujukan

Pautan Luar