Pertempuran Achelous (917)
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
27°38′12″E / 42.64306°N 27.63667°E / 42.64306; 27.63667
Pertempuran Achelous | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Bulgaria-Byzantium: Perang 913–927 | |||||||
Mohor Simeon I | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Bulgaria | Empayar Byzantium | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Simeon I dari Bulgaria | Leo Phokas | ||||||
Kekuatan | |||||||
15,000[1] | 30,000[2][3] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui (tinggi) |
| |
---|---|
Perang-perang awal
Kempen-kempen Krum
Kempen-kempen Simeon I
Serangan Sviatoslav ke atas Bulgaria
Penaklukan Byzantium ke atas Bulgaria
Rusuhan Peter Delyan
|
Serangan Hungary di Eropah | |
---|---|
|
Pertempuran Achelous atau Acheloos (Bahasa Bulgaria: Битката при Ахелой, Yunani: Μάχη του Αχελώουcode: el is deprecated ),[4] juga dikenali sebagai Pertempuran Anchialus,[5] terjadi pada 20 Ogos 917, di sungai Achelous berhampiran pantai Laut Hitam, Bulgaria. Ia terletak berdekatan dengan kubu kota Tuthom (kini Pomorie) antara pasukan tentera Bulgaria dan Byzantium. Pasukan Bulgaria mendapat kemenangan muktamad yang mana bukan sahaja mengulangi kejayaan Simeon I sebelumnya, tetapi juga menjadikan beliau sebagai pemerintah de facto ke atas seluruh Semenanjung Balkan, tidak termasuk ibu kota Byzantium yang mempunyai pertahanan kukuh, Constantinople dan Peloponnese.
Pertempuran ini yang mana merupakan antara pertempuran paling terbesar dan berdarah berlaku pada Zaman Pertengahan di Eropah, menjadi salah satu malapetaka terburuk ke atas tentera Byzantium. Berlawanan pula di pihak Bulgaria di mana ia menjadi antara kejayaan ketenteraan terbesar mereka.[6] Antara akibat-akibat penting daripada pertempuran ini adalah pengiktirafan rasmi ke atas gelaran imperial kepada raja Bulgaria, dan pengesahan kesamarataan Bulgaria dan vis-à-vis Byzantium.