Maharaja

Maharaja adalah salah satu gelaran penguasa kerajaan yang berkedudukan lebih tinggi atau atas daripada seseorang raja, meskipun pada keberjalanannya juga digunakan untuk kaum bangsawan dan pejabat tinggi.

Maharaja Abu Bakar, penguasa Kerajaan Johor-Riau

Gelaran setara bagi kaum wanita adalah "maharani" yang bertindak selaku permaisuri sebagai pendamping yang mendampingi raja sesebuah kerajaan mahupun ratu yang memerintah kerajaan secara langsung.

Peristilahan

Gelaran ini meminjam perkataan bahasa Sanskrit महाराज iaitu "raja agung" atau "raja tinggi", karmadharaya dari perkataan mahānt atau mahān महन् "agung" dan राज raja).[1]

Disebabkan pengaruh besar Sanskrit pada perbendaharaan kata kebanyakan bahasa di India dan Asia, istilah 'maharaja' adalah biasa bagi kebanyakan bahasa moden di India, seperti bahasa-bahasa Hindi, Oriya, Punjabi, Bengali, Gujarati dan sebagainya. Kegunaan utamanya bagi pemerintah Hindu (pemerintah atau raja).

Balu maharajah dikenali sebagai Rajmata.[2] Istilah Maharaj mewakili perpisahan antara jabatan bangsawan dan keagamaan, sungguhpun sebenarnya akhiran Hindi 'a' pada Maharaja adalah bisu menjadikan kedua gelaran hampir sebunyi ("homofon").

Kelaziman

Zaman kerajaan lama

Gelaran "Maharaja" digunakan penguasa kerajaan Hindu di Kalimantan Selatan pada abad ke-14 sampai abad ke-15, misalnya sebutan untuk Maharaja Suryanata yang juga bergelar Maharaja di Candi.

Gelar ini juga digunakan oleh penguasa Kerajaan Negara Daha: misalnya Maharaja Sukarama, nenda Sultan Suriansyah yang merupakan penguasa pertama Kesultanan Banjar.

Zaman ketibaan Barat

Kerajaan Johor-Riau pernah menggunakan gelaran ini untuk penguasa ia dari 1873 hingga 1885, antara penguasa terkenal menggunakan gelaran ini ialah Maharaja Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Maharaja juga adalah bagian dari gelar bangsawan kesultanan Aceh. Pada masa lampau, gelar "Maharaja" diberikan kepada pemimpin dari keluarga bangsawan yang tidak berkuasa dan Perdana Menteri Maharaja Mangkubumi. Pertana Menteri terakhir Aceh yang dinobatkan menjadi Maharaja Mangkubumi adalah Habib Abdurrahman el Zahir yang juga bertindak sebagai menteri luar negeri Aceh; beliau dibuang ke Jeddah oleh Belanda pada 13 Oktober 1878.

Gelaran setaraf dalam berbagai bahasa

Eropah

  • Caesar, awalnya merupakan cognomen Julius Caesar. Gelar ini kemudian diturunkan dalam berbagai bahasa, di antaranya:
    • Kaiser dalam bahasa Jerman. Digunakan oleh pemimpin Romawi Suci[3], Austria, dan Jerman
    • Tsar (ejaan Cyril: царь) dalam bahasa Rusia (dan bermacam ejaannya dalam rumpun bahasa Slavia yang lain). Dalam perkembangannya, gelar tsar ini memiliki keambiguan arti kerana sering dimaknai dengan "raja". Selengkapnya, lihat halaman Tsar.
    • Qaysar dalam bahasa Arab[4] dan Kayser dalam bahasa Turki (ejaan Uthmaniyah: قيصر)
    • Keizer dalam bahasa Belanda
  • Imperator, maharaja dalam bahasa Latin. Awalnya gelar ini diperuntukkan untuk jenderal angkatan bersenjata pada masa Republik Romawi, tetapi kemudian digunakan khusus untuk maharaja. Gelar ini digunakan oleh penguasa monarki Rusia mulai tahun 1721, menggantikan gelar tsar. Gelar ini kemudian diturunkan ke dalam beberapa bahasa, di antaranya:
  • Augustus, gelaran Maharaja Romawi merupakan cognomen Octavianus Augustus.
  • Autokrator (huruf Yunani: αὐτοκράτωρ), salah satu gelaran Maharaja Rum Timur
  • Basileus (aksara Yunani: βασιλεύς), gelar bahasa Yunani yang juga dapat diertikan dengan maharaja mahupun raja. Gelar ini disandang oleh Raja Yunani modern dan juga Maharaja Romawi Timur.

Timur Tengah dan Afrika

  • Syahansyah (bahasa Parsi: شاهنشاه‎). Secara harfiah bermakna "raja diraja". Gelar ini pertama kali digunakan oleh Tukulti-Ninurta I Empayar Asyiria Pertengahan, kemudian digunakan oleh penguasa kerajaan Hakhamaniyah. Gelaran ini terakhir kali dipakai pada zaman moden oleh Mohammad Reza Pahlavi.
  • Padisyah (bahasa Parsi: پادشاه‎, bahasa Turki: padişah‎‎). Gelar ini gabungan dari bahasa Persia pād "tuan, yang agung" dan syāh "raja". Gelar ini digunakan oleh Sultan Uthmaniyah paling awal digunakan oleh Mehmed II. Pemimpin Empayar Mughal juga menggunakan gelar ini dengan pelafalan Badsyah.
  • Nəgusä Nägäst (huruf Ge'ez: ንጉሠ ነገሥት), gelar untuk Maharaja Habsyah. Sejarah harfiah bermakna "raja diraja".
  • Mansa (Mandika), adalah gelar Maharaja atau Raja Diraja Empayar Mali yang pernah mendominasi wilayah Afrika Barat, pertama kali digunakan oleh Sundiata Keïta.

Asia Selatan

Gelar ini adalah gelar maharaja untuk penguasa Hindu di Asia Selatan selain "maharaja" itu sendiri. Untuk penguasa Muslim, mereka menggunakan gelar badsyah yang diambil dari bahasa Persia

  • Samraat (Sanskerta: सम्राज्), gelar lain untuk maharaja di anak benua India. Seorang maharaja baru dapat menjadi samraat bila telah melakukan pengorbanan rajasuya. Banyak sejarawan menyatakan bahwa Chandragupta Maurya merupakan samraat pertama.
  • Chakravartin, Chhatrapati, gelar lain untuk maharaja/maharaja di anak benua India.

Asia Timur

  • Huángdì (hanzi: 皇帝), gelar untuk Maharaja China. Mulai digunakan pada tahun 221 SM dengan Ying Zheng sebagai penyandang pertama gelaran tersebut. Gelaran ini tidak mengira jantina pewaris.
    • Hwangje (hanja: 皇帝, hangeul: 황제), gelar untuk Maharaja Korea. Digunakan oleh penguasa Korea pada tahun 1897-1910. Gelaran ini merupakan serapan gelaran Tionghua huángdì.
    • Hoàng Đế (viet:皇帝), gelaran untuk Maharaja Vietnam. Awal mulanya digunakan pada zaman Dinasti Đinh setelah mendapat dominasi dari China.
  • Tennō (kanji: 天皇), gelar untuk Maharaja Jepun. Secara harfiah bermakna "penguasa surgawi." Meskipun dalam catatan resmi gelar ini disematkan oleh pemimpin Jepun sejak tahun 660 SM, para sejarawan percaya bahwa gelar ini sebenarnya baru digunakan pada masa Maharaja Tenmu (berkuasa pada 672–686 M) dan Maharani Jitō (berkuasa pada 686–697 M). Gelaran ini serapan gelaran Tionghua tiānhuáng.
  • Kōtei (kanji: 皇帝), maharaja dalam bahasa Jepun. Berbeda dengan tennō yang hanya digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun dan tidak memandang jenis kelamin, kōtei dapat digunakan untuk merujuk maharaja non-Jepun dan hanya untuk lelaki.

Asia Tengah

  • Khagan (Turki: 𐰴𐰍𐰣 kaɣan ; Mongolia : хаан , khaan, Uyghur : قاغان ), gelar untuk Maharaja yang berasal dari Asia Tengah. Pertama kali digunakan oleh Bumin Khagan dari Kekhanan Turk. Gelar ini juga dapat diterjemahkan sebagai Khan dari Segala Khan.[6] Populer digunakan oleh penguasa Empayar Mongol, kemudian diteruskan oleh Dinasti Yuan dan Kesultanan Uthmaniyah meskipun sebagai simbol belaka.[7]

Amerika

Oseania

  • Tu'i Tonga (Tonga), gelaran penguasa Empayar Tonga.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar