32-bit

Pemproses
4-bit8-bit12-bit16-bit18-bit24-bit31-bit32-bit36-bit48-bit64-bit128-bit
Penggunaan
16-bit 32-bit64-bit
Saiz data
nibel   oktet   bait   kata   kata-d   kata-q

Integer, alamat ingatan, dan unit data 32-bit yang lain dalam bidang seni bina komputer ialah unsur yang tidak melebihi 32 bit (4 oktet) lebarnya. Seni bina unit pemprosesan pusat (CPU) dan unit logik aritmetik (ALU) 32-bit juga merupakan seni bina yang bersandarkan pendaftar, bas alamat, atau bas data dengan saiz itu.

32-bit juga merupakan istilah yang diberikan kepada generasi komputer yang pemproses 32-bit merupakan norma.

Julat nilai integer yang dapat disimpan dalam 32 bit ialah:

  • 0 hingga 4,294,967,295; atau
  • −2,147,483,648 hingga 2,147,483,647;

menerusi penggunaan pengekodan pelengkap dua. Justera, pemproses dengan alamat ingatan 32-bit dapat mencapai 4 GB ingatan boleh alamat bait secara langsung.

Alamat luaran dan bas data seringnya lebih lebar daripada 32 bit tetapi kedua-dua itu disimpan dan diolah secara dalaman di dalam pemproses sebagai kuantiti 32 bit. Misalnya, pemproses Pentium Pro ialah mesin 32-bit, tetapi lebar bas alamat luarannya 36 bit dan lebar bas data luarannya 64 bit.[1]

Seni bina set arahan 32-bit yang terkenal termasuk IBM System/360, DEC VAX, ARM, MIPS, dan Intel IA-32.

Dalam imej/gambar digital, 32-bit boleh merujuk kepada imej warna benar 24-bit dengan menggunakan saluran alfa 8-bit.

Format fail 32-bit ialah format fail perduaan yang setiap maklumat asasnya ditentukan berdasarkan 32 bit (atau 4 bait). Salah satu contoh format fail tersebut ialah Format Metafail Tertingkat.

Lihat juga

  • 16-bit
  • 64-bit
  • Atur cara penggunaan 16-bit
  • Atur cara penggunaan 32-bit
  • Kata (pengkomputan)
  • Perluasan Alamat Fizikal (PAE)
  • Sejarah permainan video (era 32-bit)

Rujukan

Pautan luar