Bit

Bit (gabungan perkataan binary digit[1] "digit perduaan") merupakan unit asas dan terkecil mewakili maklumat yang disimpan dan dihantarkirimkan dalam bidang pengkomputan dan teori maklumat digital;[2] ia boleh mengambil nilai 0 atau 1. Sebagai contoh, nombor "10010111" adalah bernilai sepanjang 8 bit. Seturutan 8 unit bit ini menghasilkan 1 bait.[2] Bit juga merupakan unit ukuran, muatan maklumat satu digit perduaan. Simbol unit maklumat ini ialah bit, dan juga b (tidak rasmi); unit ini juga dikenali sebagai shannon[3] dengan simbol Sh.

Kuantiti bit
Awalan SIAwalan perduaan
Nama
(Simbol)
Piawai
SI
Jarang
diguna
Nama
(Simbol)
Nilai
kilobit (kb)103210kibibit (Kibit)210
megabit (Mb)106220mebibit (Mibit)220
gigabit (Gb)109230gibibit (Gibit)230
terabit (Tb)1012240tebibit (Tibit)240
petabit (Pb)1015250pebibit (Pibit)250
eksabit (Eb)1018260eksbibit (Eibit)260
zetabit (Zb)1021270zebibit (Zibit)270
yotabit (Yb)1024280yobibit (Yibit)280

Teori maklumat menggunakan digit tabii yang seumpama dipanggil nat (atau nit), begitu juga bidang Pengkomputan kuantum yang menggunakan qubit yakni satu cebisan maklumat dengan kebarangkalian benar.

Rujukan

Pautan luar