43 SM

Milenium:milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 6-an SM
  • 5-an SM
  • 4-an SM
  • 3-an SM
  • 2-an SM
Tahun:


Peristiwa

Mengikut tempat

Rom

  • 14 April - Pertempuran Forum Gallorum: Mark Antony yang mengepung Decimus Brutus (pembunuh Caesar) di Mutina, menewaskan angkatan tentera konsul Pansa, tetapi dengan pantasnya ditewaskan oleh angkatan tentera Hirtius, konsul yang lain. Kedua-dua konsul kemudian dibunuh (Hirtius selepas Pertempuran Mutina), dan Octavian mengambil alih tentera mereka.
  • 21 April - Kecaman hebat Cicero yang ke-14 dan yang terakhir.
  • 21 April - Antony sekali lagi ditewaskan dalam Pertempuran Mutina oleh tentera campuran Octavian, Decimus Brutus, dan kedua-dua konsul bagi tahun itu. Antony mengundurkan tenteranya ke Transalpine Gaul (Perancis) untuk bergabung dengan Aemilius Lepidus, tidak lama selepas Decimus Brutus dibunuh oleh penyamun.
  • Julai-Ogos – Antony semula lagi menjadi ketua kepada sebuah angkatan tentera yang besar, tetapi Octavian dapat memasuki Rom dalam bilangan yang banyak tanpa tentangan. Rancangan Cicero untuk membahagikan mereka dan menyebabkan mereka bertempur antara satu sama lain jelas tergagal.
  • 26 November - Octavian bertemu dengan Antony dan Lepidus di Bononia, dan ketiga-tiga ini mencipta Perintahan Bertiga Kedua, pakatan autokratik lima tahun yang rasmi (lihat lex Titia).

Gaul

  • Lugdunum (Lyon) diasaskan.

Asia

Kelahiran

Kematian

  • 7 Disember - Cicero, ahli politik dan penulis Rom (dibunuh) (lahir 106 SM)
  • Decimus Brutus, negarawan Rom (dibunuh)
  • Publius Cornelius Dolabella, konsul selepas pembunuhan Julius Caesar
  • Hirtius, negarawan Rom (dibunuh dalam pertempuran)
  • Pansa, negarawan Rom (dibunuh dalam pertempuran)
  • Trebonius, pembunuh Julius Caesar (dibunuh oleh Publius Cornelius Dolabella)
  • Verres, praetoria yang korup