720p

720p ialah nama trengkas bagi sebilangan mod video televisyen definisi tinggi. Nombor 720 bermaksud 720 garis leraian paparan menegak, manakala huruf p bermaksud imbasan progresif atau bukan imbasan selang seli. Imbasan progresif menidakkan perlunya untuk mengelakkan kerlipan dengan menuras butiran-butiran halus, agar leraian ruang (kejelasan) lebih menyerupai 1080i daripada apa yang dinyatakan oleh bilangan garis imbasan.

Spesifikasi

720p memakai nisbah aspek skrin lebar 16:9, iaitu leraian menegak 720 piksel dan leraian melintang 1280 piksel, menjadikan jumlah piksel kira-kira 921 ribu. Kadar bingkai (yang bersamaan dengan kadar segar semula) boleh dinyatakan melalui konteks atau ditetapkan dalam sukatan hertz selepas huruf p. Lima kadar bingkai 720p yang sering digunakan adalah 24, 25, 30, 50 dan 60 Hz (atau bingkai sesaat). Secara amnya, negara-negara tradisi PAL dan SECAM (Eropah, Australia, kebanyakan negara Asia, Afrika, dan sesetengah negara Amerika Selatan) sedang atau bakal menggunakan kadar bingkai 25p dan 50p, sementara negara-negara tradisi NTSC (Amerika Utara dan Tengah, Jepun, Korea Selatan) sedang menggunakan 24p (bagi filem wayang), dan 60p bagi rancangan pergerakan tinggi. Kesemua bentuk ini boleh diangkut melalui kedua-dua format televisyen digital utama, iaitu ATSC dan DVB.

720p lawan 1080i

Sesetengah penyiar menggunakan 720p50/60 sebagai format definisi tinggi utamanya; yang lain pula menggunakan piawaian 1080i. 720p menyampaikan gambar 720 garis yang lengkap kepada penonton 24 hingga 60 kali sesaat (bergantung pada format), sementara 1080i menyampaikan gambarnya dalam bentuk 50 atau 60 "separuh gambar" 540 garis sesaat (24 medan 1080 garis lengkap) yang perlu digabungkan secara visual dan temporal oleh mata manusia atau penyahjalin (deinterlacer) yang dipasang dalam peranti paparan agar membentuk gambar 1080 garis yang lengkap.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar