PAL

biru. (abad ke-20)]]

PAL, singkatan untuk phase alternating line (terjemahan: "Garisan Bersilang Tingkat"), ialah satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen di kebanyakan tempat di dunia. Sistem televisyen analog lain yang juga dipakai ialah SECAM dan NTSC.

Sejarah piawaian PAL

Pada 1950-an, ketika negara-negara Eropah Barat bercadang untuk melancarkan televisyen warna, mereka menghadapi masalah bahawa piawaian NTSC Amerika yang sedia ada tidak mampu muat dalam frekuensi AC 50 Hz dalam grid-grid tenaga Eropah. Tambahan pula, NTSC memperlihatkan beberapa kelemahan, termasuk anjakan ton warna dalam keadaan pemancaran yang kurang sempurna, oleh sebab itulah bermulanya perkembangan piawaian SECAM dan PAL, dengan tujuan menawarkan piawaian TV warna dengan frekuensi gambar 50 medan sesaat (50 Hertz), dan menampilkan gambar warna yang lebih bermutu berbanding NTSC.

PAL dimajukan oleh Walter Bruch di Telefunken di Jerman. Format ini julung kali diperkenalkan pada tahun 1963, manakala penyiaran pertama bermula di United Kingdom dan Jerman pada tahun 1967.[1]

Telefunken kemudiannya dibeli oleh pengilang elektronik Perancis Thomson. Thomson juga membeli Compagnie Générale de Télévision yang mana Henri de France memajukan SECAM, iaitu piawaian televisyen warna Eropah yang pertama dalam sejarah. Pada masa ini, Thomson juga mempunyai pegangan atas jenama RCA, yang menghasilkan piawaian TV warna NTSC sebelum penglibatan Thomson.

Istilah "PAL" sering digunakan secara tidak formal untuk memaksudkan sistem televisyen 625-line/50 Hz (576i, terutamanya Eropah), dan membezakannya daripada sistem "NTSC" 525-line/60 Hz (480i, terutamanya Amerika Utara/Amerika Tengah/Jepun). Oleh sebab itu, DVD turut dilabelkan sebagai "PAL" atau "NTSC" (secara tidak formalnya menyentuh kiraan garis dan kadar frem) meskipun secara teknikal, cakera-cakera Eropah tidak ada warna komposit PAL. Manakala itu, NTSC ada menyatakan format garis video dan frem.

Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan PAL

Lebih 120 negara dan wilayah kini atau pernah menggunakan sistem PAL, kebanyakannya sedang beralih ke DVB-T.

PAL B, G, D, H atau I

PAL-M

  •  Brazil (penyiaran serentak dalam ISDB-T bermula pada Disember 2007 sehingga 2016)
  •  Laos (juga menggunakan SECAM)

PAL-N dan PAL-NC

Bekas pengguna PAL

NegaraBeralih kePeralihan selesai pada
 AndorraDVB-T2007-09-2525 September 2007
 DenmarkDVB-T2009-11-011 November 2009
 FinlandDVB-T2007-09-011 September 2007
 LuxembourgDVB-T2006-09-011 September 2006
 BelandaDVB-T2006-12-1414 Disember 2006
 SwedenDVB-T2007-10-1515 Oktober 2007
 Sepanyol (termasuk  Kepulauan Canary)DVB-T2010-04-033 April 2010
  SwitzerlandDVB-T2007-11-2626 November 2007
 WalesDVB-T2010-03-3131 Mac 2010
 MalaysiaDVB-T22019-10-3131 Oktober 2019

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar