A Couple of Cuckoos


A Couple of Cuckoos (Jepun: カッコウの許嫁, Hepburn: Kakkō no Iinazuke, "Cuckoo's Fiancee/Sepasang Cuckoo/Tunang Cuckoo") merupakan sebuah siri manga yang ditulis dan diilustrasi oleh Miki Yoshikawa. Ia pada mulanya diterbitkan sebagai satu bahagian sahaja pada September 2019 sebelum dijadikan siri dalam Majalah Shōnen Mingguan Kodansha pada Januari 2020. Sehingga Januari 2022, kesemua bab telah dikumpulakn dalam sepuluh jilid tankōbon. Sebuah siri TV anime adaptasi oleh Shin-Ei Animation dan SynergySP dijadualkan untuk disiarkan pada April 2022 menerusi TV Asahi.

A Couple of Cuckoos
カッコウの許嫁
(Kakkō no Iinazuke)
GenreKomedi romantik[1]
Manga
PengarangMiki Yoshikawa
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
Majalah AsalMajalah Shōnen Mingguan
Tarikh Pengeluaran29 Januari 2020 – kini
Jilid10
Siri televisyen anime
PengarahHiroaki Akagi (chief ADR)
Yoshiyuki Shirahata
Skrip/PenulisYasuhiro Nakanishi
StudioShin-Ei Animation
SynergySP
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalTV Asahi
Tarikh tayanganApril 2022scheduled
Portal Anime dan Manga

Watak

Nagi Umino (Jepun: 海野 凪, Hepburn: Umino Nagi)
Disuarakan oleh: Yuma Uchida[1] (PV), Kaito Ishikawa[2] (anime)
Erika Amano (Jepun: 天野 エリカ, Hepburn: Amano Erika)
Disuarakan oleh: Maaya Uchida[1] (PV), Akari Kitō[2] (anime)
Sachi Umino (Jepun: 海野 幸, Hepburn: Umino Sachi)
Disuarakan oleh: Konomi Kohara[3] (anime)
Hiro Segawa (Jepun: 瀬川 ひろ, Hepburn: Segawa Hiro)
Disuarakan oleh: Nao Tōyama[4] (anime)
Ai Mochizuki (Jepun: 望月 あい, Hepburn: Mochizuki Ai)
Yōhei Umino (Jepun: 海野 洋平, Hepburn: Umino Yōhei)
Disuarakan oleh: Ryōhei Kimura[5] (anime)
Namie Umino (Jepun: 海野 奈美恵, Hepburn: Umino Namie)
Disuarakan oleh: Yōko Hikasa[5] (anime)
Sōichirō Amano (Jepun: 天野 宗一郎, Hepburn: Amano Sōichirō)
Disuarakan oleh: Toshiyuki Morikawa[5] (anime)
Ritsuko Amano (Jepun: 天野 律子, Hepburn: Amano Ritsuko)
Disuarakan oleh: Yukiko Aruga[5] (anime)

Media

Manga

Miki Yoshikawa pertama kali menerbitkan siri ini sebagai satu bahagian dalam Majalah Shōnen Mingguan pada September 2019, sebagai sebahagian daripada promosi di mana beliau akan menerbitkan tiga bahagian sekali dan pembaca boleh mengundi yang akan menjadi siri. [6] [7] Siri ini mula diterbitkan dalam Majalah Mingguan Shonen pada 29 Januari 2020. [7] Jilid tankōbon pertama dikeluarkan pada 15 Mei 2020. [8] Video promosi untuk siri ini telah dikeluarkan pada 11 Jun 2020. Video itu disuarakan oleh Yūma Uchida dan Maaya Uchida, yang merupakan adik beradik. Sehingga 17 Januari 2022, sepuluh jilid telah dikeluarkan.

Siri manga telah dilesenkan dalam digital di Amerika Utara oleh Kodansha USA . [9]

Senarai jilid

No.Tarikh keluaran originalISBM OriginalTarikh keluaranISBN
1 May 15, 2020[8]ISBN 978-4-06-519380-8January 12, 2021[10]ISBN 978-1-64-659893-9
2 July 17, 2020[11]ISBN 978-4-06-519380-8February 9, 2021[12]ISBN 978-1-64-659985-1
3 September 17, 2020[13]ISBN 978-4-06-520597-6March 9, 2021[14]ISBN 978-1-63-699002-6
4 November 17, 2020[15]ISBN 978-4-06-521254-7June 29, 2021[16]ISBN 978-1-63-699002-6
5 January 15, 2021[17]ISBN 978-4-06-521642-2August 10, 2021[18]ISBN 978-1-63-699294-5
6 April 16, 2021[19]ISBN 978-4-06-522522-6March 1, 2022[20]ISBN 978-1-63-699642-4
7 July 16, 2021[21]ISBN 978-4-06-523580-5
8 September 17, 2021[22]ISBN 978-4-06-524837-9
9 November 17, 2021[23]ISBN 978-4-06-526000-5
10 January 17, 2022[24]ISBN 978-4-06-526602-1

Anime

Pada April 2021, adaptasi siri televisyen anime telah diumumkan. Ia dianimasikan oleh Shin-Ei Animation dan SynergySP dan diarahkan oleh Yoshiyuki Shirahata, dengan Hiroaki Akagi bertindak sebagai ketua pengarah, Yasuhiro Nakanishi menyelia skrip siri, dan Aya Takano mereka-bentuk watak. Ia dijadualkan disiarkan pada April 2022 di NUMAnimation [ja] TV Asahi. [2] Lagu tema pembukaan ialah "Dekoboko" (Rough) oleh Kiyoe Yoshioka, vokalis duo Jepun Ikimonogakari . [5]

Crunchyroll melesenkan siri ini di luar Asia. [25]

Penerimaan

Dilaporkan bahawa jilid pertama manga itu habis dijual di kedai kerana permintaan yang tinggi, dan jualan itu melebihi jangkaan penerbit dan pengarang. [26] A Couple of Cuckoo menduduki tempat #12 pada Kono Manga ga Sugoi Takarajmasha ! senarai manga terbaik 2021 untuk pembaca lelaki. [27] Siri ini menduduki tempat #5 pada "Komik Disyorkan Pekerja Kedai Buku Seluruh Negara 2021" oleh laman web Honya Club. [28] [29]

Rujukan

Pautan luar