Abad ke-12 SM

abad

Abad ke-12 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1200 SM hingga 31 Disember 1101 SM dalam kalendar Gregory.

Milenium:milenium ke-2 SM
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-13 SM
  • abad ke-12 SM
  • abad ke-11 SM
Dekad:
  • 119-an SM
  • 118-an SM
  • 117-an SM
  • 116-an SM
  • 115-an SM
  • 114-an SM
  • 113-an SM
  • 112-an SM
  • 111-an SM
  • 110-an SM
Kategori:Kelahiran – Kematian
Penubuhan – Pembubaran



Peristiwa

  • 1197 SM - Permulaan zaman pertama (1197 SM - 982 SM), menurut konsep I Ching dan sejarah oleh Sau Yung.
  • 1194 SM - Permulaan Perang Troy dongeng.
  • 1192 SM - Kemangkatan Wu Ding, maharaja Dinasti Shang.
  • 1191 SM atau 1181 SM - Menestheus, raja dongeng Athens serta bekas perajurit Perang Troy, mangkat semasa Perang Trojan selepas pemerintahan selama 23 tahun dan diwarisi oleh anak saudaranya, Demophon, putera Theseus. Huraian-huraian lain menetapkan kemangkatannya sedekad kemudian dan tidak lama selepas Perang Troy (sila lihat 1180-an SM dan 1190-an SM).
  • 1186 SM - Keakhiran Dinasti Kesembilan Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kedua Puluh.
  • 1184 SM, 24 April - Tarikh tradisional bagi kejatuhan Troy, Asia Minor, kepada tentera Mycenaea dan sekutu-sekutunya. Tarikh ini menandakan keakhiran Perang Troy dalam mitologi Yunani.
  • 1180 SM - Anllil-nadin-akhe, raja masyarakat Kassite terakhir, ditewaskan oleh tentera Elam.
  • 16 April 1178 SM - Gerhana suria mungkin menandakan kepulangan Odysseus, raja dongeng Ithaca, ke kemaharajaannya selepas Perang Trojan. Baginda mendapat tahu bahawa sebilangan pelamar sedang bersaing untuk mengahwini isterinya, Penelope, supaya dapat mewarisi takhta kerana mereka mempercayai bahawa Penelope adalah balu. Ithaca membunuh mereka dan memantapkan semula kedudukannya.
  • 1160 SM - Kemangkatan Firaun Ramesses V, akibat cacar.
  • 1159 SM - "Peristiwa gelang pokok" sejagat (tempoh pertumbuhan pokok terbantut) yang berlangsung selama 18 tahun.
  • 1154 SM - Kemangkatan Raja Menelaus dari Sparta (tarikh anggaran).
  • 1154 SM - Pembunuhan diri Permaisuri Helen dari Sparta yang dibuang negeri di Rhodes (tarikh anggaran).
  • k.k. 1150 SM - Keakhiran pemerintahan Mesir di Palestin. Rameses VI, firaun terakhir, diperakui.
  • 1147 SM - Demophon, raja dongeng Athens dan bekas perajurit Perang Trojan, mangkat selepas pemerintahan selama 33 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Oxyntes.
  • 1137 SM - Ramses VII memulakan pemerintahannya sebagai raja keenam Dinasti Kedua Puluh Mesir.
  • 1135 SM - Oxyntes, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 12 tahun dan diwarisi oleh anak sulungnya, Apheidas.
  • 1134 SM - Apheidas, raja dongeng Athens, dibunuh selepas pemerintahan selama setahun dan diwarisi oleh adik lelakinya, Thymoetes.
  • 1126 SM - Thymoetes, raja dongeng Athens, mangkat tanpa mempunyai anak selepas pemerintahan selama 8 tahun. Baginda diwarisi oleh pewaris yang dilantiknya, Melanthus dari Pylos, seorang keturunan generasi kelima Neleus yang dilaporkan telah membantu baginda dalam pertempurannya terhadap tentera Boeotia.
  • 1122 SM - Tarikh pengasasan dongeng bagi kota Pyongyang.
  • k.k. 1120 SM - Pemusnahan Troy VIIb1
  • 1115 SM - Zhou Cheng Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 1115 SM - Tiglath-Pileser I menjadi raja Assyria.
  • 1100 SM - Tiglath-Pileser I dari Assyria menaklukkan masyarakat Hittite.
  • k.k. 1100 SM - Tentera Dorian dikatakan menyerang Greece.
  • k.k. 1100 SM - Permulaan kebudayaan proto-Villanovan di Itali Utara.
  • k.k. 1100 SM - Keakhiran Peradaban Mycenaea, dan permulaan Zaman Kuno Greek.
  • k.k. 1100 SM - Keakhiran Kemaharajaan Baru di Mesir.
  • Penyerang-penyerang Elam merampas barang-barang seni Mesopotamia yang berharga, dan membawanya ke Susa.

Tokoh-tokoh

Perekaan, penemuan, dan pengenalan


1200-an SM1209 SM1208 SM1207 SM1206 SM1205 SM1204 SM1203 SM1202 SM1201 SM1200 SM
1190-an SM1199 SM1198 SM1197 SM1196 SM1195 SM1194 SM1193 SM1192 SM1191 SM1190 SM
1180-an SM1189 SM1188 SM1187 SM1186 SM1185 SM1184 SM1183 SM1182 SM1181 SM1180 SM
1170-an SM1179 SM1178 SM1177 SM1176 SM1175 SM1174 SM1173 SM1172 SM1171 SM1170 SM
1160-an SM1169 SM1168 SM1167 SM1166 SM1165 SM1164 SM1163 SM1162 SM1161 SM1160 SM
1150-an SM1159 SM1158 SM1157 SM1156 SM1155 SM1154 SM1153 SM1152 SM1151 SM1150 SM
1140-an SM1149 SM1148 SM1147 SM1146 SM1145 SM1144 SM1143 SM1142 SM1141 SM1140 SM
1130-an SM1139 SM1138 SM1137 SM1136 SM1135 SM1134 SM1133 SM1132 SM1131 SM1130 SM
1120-an SM1129 SM1128 SM1127 SM1126 SM1125 SM1124 SM1123 SM1122 SM1121 SM1120 SM
1110-an SM1119 SM1118 SM1117 SM1116 SM1115 SM1114 SM1113 SM1112 SM1111 SM1110 SM
1100-an SM1109 SM1108 SM1107 SM1106 SM1105 SM1104 SM1103 SM1102 SM1101 SM1100 SM
1090-an SM1099 SM1098 SM1097 SM1096 SM1095 SM1094 SM1093 SM1092 SM1091 SM1090 SM