Abd Rahman Bakri

Yang Berhormat Abd Rahman Bakri merupakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Selangor dari UMNO, sebuah komponen parti yang utama di dalam Barisan Nasional.[1] Sebelum ini beliau adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.[2]Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam.[3]

Yang Berhormat Datuk

Abd Rahman Bakri

DMSM (Melaka)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sabak Bernam, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 11 November 2012
Didahului oleh Mat Yasir Ikhsan
Digantikan oleh Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Majoriti1,335
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N1 Sungai Air Tawar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Mat Yasir Ikhsan
Digantikan oleh Raja Datuk Ideris Raja Ahmad
Majoriti2,153 (PRU-11)
Butiran peribadi
Parti politik BN-UMNO
PekerjaanAhli politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Dr. Badrul Amin Bahron (PKR) (10,720) dengan majoriti sebanyak 1,335 undi. Beliau memperolehi 12,055 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 10,720 undi.[4]

Kontroversi

Dakwaan salahguna dana

Pada bulan November 2009, Abd Rahman telah didakwa sebanyak lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan manakala menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Selangor. Beliau mengaku tidak bersalah kepada semua dakwaan tersebut. Jika disabitkan kesalahan, beliau mungkin dikenakan penjara sehingga 20 tahun.[5]


Pada 30 Jun 2011, Abd Rahman dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri pada 14 September 2011 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan. Nilai tersebut adalah RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.[6]

Pada 29 Februari 2012, Abd Rahman telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. Walau bagaimanapun, perlaksanaan hukuman telah ditangguhkan sehingga esok hari atas permintaan peguam bela kedua-dua yang dituduh bagi persediaan mitigasi[7]. Pada 11 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap beliau dan pembantunya Rosli Busro.[8]

Waran tangkap kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah

Pada 5 April 2012, Malaysiakini.com melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah. Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd. Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.[9]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: P92 Sabak Bernam, Selangor[4]
TahunBarisan NasionalUndianPtsPenentangUndianPts
2008Abd Rahman Bakri (UMNO)12,05551%Badrulamin Bahron (PKR)10,72046%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N1 Sungai Air Tawar[2]
TahunBarisan NasionalUndianPtsPenentangUndianPts
2004Abd Rahman Bakri (UMNO)5,56960%Abd Jalil Bajuri (PAS)3,41637%

Rujukan