Abu Bakar Abdullah (Terengganu)

ahli politik Malaysia (1952–2021)

Haji Abu Bakar bin Abdullah (meninggal dunia: 9 September 2021) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang pernah menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 1999-2004.

Dr

Abu Bakar Abdullah

Ph.D
أبو بكر عبد الله
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Tepuh
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului oleh Abdullah @ Wahab Said
Digantikan oleh Muhammad Ramli Nuh
Majoriti344 (1999)
3,057 (2004)
Butiran peribadi
Lahir29 Mei 1952
Kampung Gemuroh, Tepoh, Kuala Terengganu
Meninggal dunia9 September 2021(2021-09-09) (umur 69)
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTengku Aminah Tengku Ali
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik, Pendidik

Latar belakang

Abu Bakar dilahirkan pada 29 Mei 1952 di Kampung Gemuroh, Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gemuroh (1959-1964). Selepas tamat pengajian rendah, Abu Bakar menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. Seterusnya beliau melanjutkan lagi pelajarannya di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Pada tahun 1971 pula, beliau menyambung pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor selama dua tahun.

Pada tahun 1973, Abu Bakar menyambung pengajian di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1977, Abu Bakar berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah beserta Diploma Pendidikan di UKM. Abu Bakar menyambung kembali pengajiannya di UKM pada tahun 1980, dalam jurusan Syariah Islam dan Undang-undang Malaysia. Beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan tersebut pada 1983. Tesisnya bertajuk “Ke arah Perlaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya”, telah dibukukan pada tahun 1984[1]. Ijazah Kedoktoran (PhD) diperolehi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)[2].

Mengasas Institut Berakan

Pada tahun 1977, Abu Bakar Abdullah menubuhkan Institut Berakan bersama empat orang rakannya, iaitu Abu Bakar Chik, Abdul Rashid Omar, Safinah Jusoh dan Raja Hindun binti Raja Abdul Rahman. Ia mula beroperasi secara tidak rasmi pada 20 September 1976, dan secara rasmi pada 16 Januari 1977.

Penglibatan dalam politik

Abu Bakar mengambil keputusan menyertai PAS secara rasmi pada tahun 1983, serentak dengan bermulanya era kepimpinan ulamak dalam PAS. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus dan juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh. Pada tahun 1986-1991, beliau terpilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat dan menjadi Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat. Pada zaman pentadbiran beliau, PASTI mula memiliki buku teksnya sendiri.

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri, Terengganu[3][4]
TahunKawasanNamaUndiLawanUndiMajoriti
1986N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS2,558Abdul Rashid MuhammadBN-UMNO4,6292,071
1990N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS3,924Abdullah @ Wahab SaidBN-UMNO4,9661,042
1995N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS5,079Abdullah @ Wahab SaidBN-UMNO4,735344
1999N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS6,952Hassan AliBN-UMNO3,8953,057
2004N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS6,809Muhammad Ramli NuhBN-UMNO7,583774
2008N9 TepuhAbu Bakar AbdullahPAS8,025Muhammad Ramli NuhBN-UMNO8,455430

Menjadi EXCO Negeri Terengganu

Pada 2 Disember 1999, Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan[5].

Karya penulisan

  1. Abu Bakar Abdullah. (1986). Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia: Masaalah Dan Penyelesaiannya. Kuala Terengganu: Pustaka Damai[6].

Rujukan