Afgan (penyanyi)

Pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
(Dilencongkan dari Afgan Syahreza)

Afgansyah Reza, kadangkala dikreditkan sebagai Afgan Syahreza atau Afgan sahaja, (lahir di Jakarta, 27 Mei 1989; umur 34 tahun) adalah seorang penyanyi pop, penulis lagu asal Indonesia. Lagu Terima Kasih Cinta membuat namanya menapak di persada dunia seni.

Afgan Syahreza
Afgan semasa di USA.
Kelahiran
Afgansyah Syahreza

(1989-05-27) 27 Mei 1989 (umur 34)
WarganegaraIndonesia
Nama lainAfgan
Pekerjaan
Tahun aktif2008 - kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.afganworld.com

Kehidupan awal dan kerjaya

Afgansyah Reza mengadakan persembahan.

Afgan Syahreza dilahirkan pada 27 Mei 1989, di Jakarta and dan kepada keluarga muzikal Muslim berketurunan Minangkabau, biarpun tiada sebarang latihan vokal.[1][2] Beliau merupakan anak kepada Loyd Yahya dan Lola Purnama. Kerjayanya bermula apabila beliau dan beberapa rakan-rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah album di Wanna B Instant Recording Studio. Penerbit studio menawarkannya kontrak apabila mereka mendengar beliau menyanyi.[1] Album pertamanya, Confession No.1, mempunyai pengaruh jazz, pop, dan R&B dan termasuk lagu seperti "Terima Kasih Cinta", "Klise", "Sadis", dan "Tanpa Batas Waktu". Muzik video lagu "Terima Kasih Cinta" diterbitkan oleh Thalita Latief dan diarahkan oleh Jose Purnomo. Beliau memenangi Best Solo Male Vocalist Award untuk lagu di Anugerah Musik Indonesia. Pada 2009, beliau membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan apabila beliau muncul dalam filem Bukan Cinta Biasa bersama Olivia Lubis Jensen[1] dan beliau juga menyanyikan lagu untuk runut bunyi filem berkenaan. Pada tahun berikutnya, beliau juga muncul dalam filem Cinta 2 Hati dan menyanyikan lagu tema filem ini. Album kedua, The One, telah dilancarkan pada Januari 2010. Pada 2011, beliau menyanyikan lagu tema di Sukan Asia Tenggara.[3]

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi beliau didekati oleh media Indonesia. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari kampus MONASH University Sunway, Malaysia.[1]

Diskografi

Album studio

Album mini

  • Bersihkan Dirimu (2009)
  • AIR (2019)

Album live

  • SIDES (Live Session) (2016)

Runut Bunyi

  • Bukan Cinta Biasa (2009)

Single

TahunSinglePenerbitLabel
2008"Terima Kasih Cinta"Mario KacangWannaB Music Production
"Sadis"Bebi Romeo
"PadaMu Kubersujud"Bebi Romeo
2009"Bukan Cinta Biasa"Bebi Romeo
"Wajahmu Mengalihkan Duniaku"Bemby Noor
"Pencari JalanMu"Fajar PJ Maringka
2010"Cinta 2 Hati"Mario Kacang
"Dia Dia Dia"Bemby Noor
"Bawalah Cintaku"Bebi Romeo
"Dalam Mihrab Cinta"Bebi RomeoKeci Music Production
2011"Panah Asmara"TohpatiWannaB Music Production
"Kembali"Susilo Bambang YudhoyonoTrinity Optima Production
2012"Bunga Terakhir"Bebi RomeoMega Music
"Pesan Cinta"Afgan, Inu "Numata", Nino "Ran"Trinity Optima Production
2013"Jodoh Pasti Bertemu"Bemby Noor
"Sabar"Bebi Romeo
2014"Katakan Tidak"Alam Urbach
"Ku Mohon"Bemby Noor
"Untukmu Aku Bertahan"David Kurnia Albert
"Kamu Yang Ku Tunggu" (bersama Rossa)Alam Urbach
2015"Knock Me Out"Taufik BatisahTrinity Optima Production

Filemografi

Filem

TahunTajukPeranan
2009Bukan Cinta BiasaDirinya sendiri
2010Cinta 2 HatiAlfa
2013RefrainNata

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2008OB (Office Boy)Dirinya sendiriBintang tetamu
2008 - 2012Doa Berbuka PuasaDirinya sendiri
2015 - kiniX Factor Indonesia (musim 2)Dirinya sendiriJuri

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar