Sukan Asia Tenggara

Temasya sukan dwitahunan berperingkat rantau Asia Tenggara

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEAG (SouthEast Asian Games)), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Sukan Asia Tenggara
Logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara
Bendera rasmi Persekutuan Sukan Asia Tenggara
SingkatanSEAG
Edisi pertamaSukan Semenanjung Asia Tenggara 1959 di Bangkok, Thailand
Diadakan pada setiap2 tahun (setiap tahun ganjil)
Edisi seterusnyaSukan Asia Tenggara 2025 di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla, Thailand
KegunaanAcara pelbagai sukan untuk negara-negara di benua kecil Asia Tenggara
Ibu pejabatBangkok, Thailand
PresidenCharouck Arirachakaran
Laman sesawangSEAGFoffice.org
Logo dan bendera lama Persekutuan Sukan Asia Tenggara lama

Sukan Asia Tenggara ialah salah satu daripada lima Sukan subregional Majlis Olimpik Asia (OCA).[1]

Penyertaan negara

Kod IOCNegara / IOCTahun penyertaanKod ISONota
CAM  Kemboja1959CAM-
LAO  Laos (kod IOC: Republik Demokratik Rakyat Laos)1980LAO-
MAS  Malaysia1959MYS-
MYA  Myanmar1959MYRBIR 1948-1992
SIN  Singapura1959SIN-
THA  Thailand1959THA-
VIE  Vietnam (kod IOC: Viet Nam)1959VIE-
BRU  Brunei (kod IOC: Brunei Darussalam)1988BRU-
INA  Indonesia1977INAIHO 1952
kod-FIFA IDN
PHI  Filipina1977PHI-
TLS  Timor Leste2003TLSIOA 2008

Sejarah

Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand pada masa itu. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan kepada negara-negara semenanjung Asia Tenggara. Tujuan Sukan Asia Tenggara adalah bahawa acara sukan serantau akan membantu menggalakkan kerjasama, persefahaman dan menguatkan hubungan antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Komiti Persekutuan Sukan SEAP mula dibentuk selepas itu.

Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.

Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.

Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.

Acara

Untuk melihat senarai acara sukan terkini yang dipertandingkan, lihat acara sukan Sukan Asia Tenggara.

Edisi

Sukan Semenanjung Asia Tenggara

TahunEdisiBandar raya tuan
rumah
1959I Bangkok
1961II Yangon
1963Dibatalkan Phnom Penh
1965III Kuala Lumpur
1967IV Bangkok
1969V Yangon
1971VI Kuala Lumpur
1973VII Singapura
1975VIII Bangkok

Sukan Asia Tenggara

TahunSukanBandar raya tuan rumah
1977IX Kuala Lumpur
1979X Jakarta
1981XI Manila
1983XII Singapura
1985XIII Bangkok
1987XIV Jakarta
1989XV Kuala Lumpur
1991XVI Manila
1993XVII Singapura
1995XVIII Chiang Mai2
1997XIX Jakarta
1999XX Bandar Seri Begawan
2001XXI Kuala Lumpur
2003XXII Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh3
2005XXIII Manila
2007XXIV Nakhon Ratchasima5
2009XXV Vientiane
2011XXVI Jakarta dan Palembang6
2013XXVII Naypyidaw
2015XXVIII Singapura[2][3]
2017XXIX Kuala Lumpur
2019XXX Filipina
2021XXXI Vietnam
2023XXXII Kemboja
2025XXXIII Bangkok
2027XXXIV Johor Bahru
2029XXXV Singapura
2031XXXVI Palembang
  • 1 Ditukar nama selepas Filipina & Indonesia menyertai temasya ini.
  • 2 Ia adalah kali pertama dalam sejarah SEAG sebuah bandar bukan ibu negara menjadi tuan rumah temasya ini.
  • 3 Ini kali pertama dalam sejarah SEAG yang venues temasya ditempatkan di dua bandar iaitu Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh. Daerah lain termasuk Haiphong, Hải Dương, Nam Định, Ninh Bình, Phú Thọ, Vĩnh Phúc dan Hòa Bình.
  • 4 Daerah lain yang menjadi tuan rumah adalah beberapa bandar dalam Metro Manila, Los Baños dan Calamba City di Laguna, Cebu, Bacolod, Angeles dan Subic, Zambales.
  • 5 Bandar raya Chonburi dan Bangkok antara lokasi di mana Sukan SEA ke-24 diadakan.
  • 6 Palembang adalah tuan rumah rumah temasya, Jakarta akan menyokong tuan rumah bersama

Kedudukan penganjuran

Kedudukan penganjuran dari 1959 ke 1975.

NegaraTemasya dianjurTahun
 Thailand
3
1959, 1967, 1975
 Malaysia
2
1965, 1971
 Myanmar
2
1961, 1969
 Singapura
1
1973
 Kemboja
1
1963
 Laos
-
 Vietnam
-

Kedudukan penganjuran dari Sukan SEA 1977–semasa.
NegaraTemasya dianjurTahun
 Indonesia
4
1979, 1987, 1997, 2011
 Malaysia
4
1977, 1989, 2001, 2017
 Filipina
4
1981, 1991, 2005, 2019
 Singapura
3
1983, 1993, 2015
 Thailand
3
1985, 1995, 2007
 Brunei
1
1999
 Laos
1
2009
 Myanmar
1
2013
 Vietnam
2
2003,2021  Kemboja
-
2023  Timor Leste
-

1Kemboja sepatutnya menganjurkan Sukan SEA ke-3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan
2Singapura telah diberi hak penganjuran Sukan SEA ke-27 tetapi ia memilih untuk melepaskan hak tersebut kemudian

Pungutan pingat sepanjang masa

Sehingga Sukan Asia Tenggara 2021
Jadual pingat Sukan Asia Tenggara sepanjang masa[1]
KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Thailand (THA)1885193019435758
2  Indonesia (INA)1824170317805307
3  Malaysia (MAS)[2]1303127316854261
4  Filipina (PHI)1067119314773737
5  Singapura (SGP)947100213633312
6  Vietnam (VIE)[3]9289679912886
7  Myanmar (MYA)[4]5647419922297
8  Kemboja (CAM)[5]69115258442
9  Laos (LAO)6993319481
10  Brunei (BRU)1455163232
11  Timor-Leste (TLS)362635
Jumlah (11 NOC)867390781099728748

  • ↑[1]  - 2017 Southeast Asian Games medal counts are not yet included in these medal standings due to ongoing doping cases during those games
  • ↑[2]  – Competed as Malaya in the inaugural games until 1961.
  • ↑[3]  – The Republic of Vietnam was dissolved in July 1976 when it merged with the Democratic Republic of Vietnam (North Vietnam) to become the Socialist Republic of Vietnam, also known as Vietnam. Therefore, the medal counts for this country are considered to be as until 1975. In the 1989 edition, a unified Vietnam rejoined the games with a new name and flag. Medals won by South Vietnam are already combined here. The International Olympic Committee (IOC) does not use codes for South Vietnam anymore after the unification with North Vietnam.
  • ↑[4]  – Competed as Burma until 1987.
  • ↑[5]  – Competed as Kampuchea, and Khmer Republic.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar