Afriyie Acquah

Ebenezer Afriyie Acquah (lahir 5 Januari 1992 in Sunyani) dikenali sebagai Afriyie Acquah (/æˈfrɪˈj/ /æˈxwɑː/ a-FRI-YEE-' a-KHWAH-'), merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain sebagai pemain tengah untuk Yeni Malatyaspor.

Afriyie Acquah
Maklumat peribadi
Nama penuhEbenezer Afriyie Acquah[1]
Tarikh lahir (1992-01-05) 5 Januari 1992 (umur 32)
Tempat lahirSunyani, Brong-Ahafo, Ghana
Ketinggian1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Yeni Malatyaspor
Nombor19
Kerjaya remaja
Goldfields
2005–2008Akademi Bola Sepak Glentoran
2008–2009Mine Stars
2009Bechem United
2009–2010DC United of Ghana
2010–2011Palermo
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2011–2013Palermo31(0)
2012–2013→ Parma (pinjam)13(0)
2013–20151899 Hoffenheim0(0)
2013–2015→ Parma (loan)41(1)
2015Sampdoria (loan)10(1)
2015–2018Torino71(5)
2018–2019Empoli28(2)
2019–Yeni Malatyaspor13(0)
Pasukan kebangsaan
2012–Ghana36(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:56, 18 Disember 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11:16, 15 Julai 2019 (UTC)

Karier kelab

Kehidupan awal

Dilahirkan di Sunyani, Brong-Ahafo, Ghana, Acquah memulakan kariernya bersama Akademi Bola Sepak Glentoran di Sunyani, Ghana, yang ditubuhkan oleh kelab Ireland Utara, Glentoran F.C.[2] Semasa kariernya di Glentoran, Acquah dianugerahkan "pemain tengah terbaik Ghana bawah-14".[3]

Dia kemudiannya berpindah ke Bechem United kerana kelab Ireland Utara itu tidak dapat menandatanganinya kerana isu permit kerja, walaupun dia pergi ke Belfast untuk berlatih bersama pasukan utama mereka.[4] Pada bulan April 2009, dia bermain untuk Bechem United ketika menentang kelab Itali, Empoli.[5]

Palermo

Pada 1 Februari 2010 Palermo menandatangani Acquah dari D.C. United of Ghana[6] secara percuma, tetapi €500,000 bayaran agen diberi kepada SCMG Sport Consulting & Management GmbH,[7] (syarikat sama yang menerima bayaran besar agen untuk Túlio de Melo.) Palermo didenda oleh FIGC kerana melanggar peraturan hak milik pihak ketiga pada bulan April 2012. FIGC mendapati bahawa Acquah telah menandatangani kontrak bersama agen itu pada bulan Jun 2009 tetapi dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab sehingga dia berumur 18 tahun.[8]

Selepas memilih jersi bernombor 94,[9] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Palermo, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Giulio Migliaccio pada minit ke-32, ketika kekalahan 4-2 kepada Fiorentina pada 13 Februari 2011.[10] Selepas membuat empat penampilan sejak permulaan bulan April, Acquah menandatangani kontrak lima tahun, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.[11]

Parma

Pada 16 Julai 2012, Palermo mengumumkan bahawa mereka telah meminjamkan Acquah kepada seteru Serie A, Parma;perjanjian itu juga termasuk pilihan kepada Parma untuk mendapatkan separuh daripada hak perpindahan pemain itu pada akhir musim.[12]

Pada bulan Januari 2013, dia berpindah ke kelab Bundesliga, Hoffenheim dengan kontrak empat tahun tetapi dia tidak diberi peluang untuk bermain sehingga akhir musim 2012–13.[13] Pada bulan Julai 2013, dia kembali ke Parma secara pinjaman semusim. Dia membuat 27 penampilan liga pada musim 2013–14. Semasa musim ini, Acquah menjaringkan gol profesional pertama dalam kariernya, ketika kekalahan 4-2 kepada Roma pada 2 April 2014.[14] Tempoh perpinjamannya kepada Parma dilanjutkan untuk setahun lagi .[15][16]

Sampdoria

Pada bulan Februari 2015, tempoh perpinjamannya di Parma ditamatkan lebih awal dan dia berpindah ke satu lagi kelab Serie A, Sampdoria secara pinjaman.[17] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Sampdoria, bermain 90 minit, ketika kekalahan 2-1 kepada Chievo.[18]

Karier antarangsa

Pada 26 Februari 2012, Acquah dipanggil ke skuad Ghana untuk menentang Chile.[19] Acquah membuat penampilan senior pertamanya untuk Ghana ketika menentang Chile pada 29 Februari 2012 di PPL Park, Chester, Pennsylvania, USA.[20] Pada 13 Oktober 2012, di Stadium Civo, Lilongwe, dia menjaringkan gol untuk Ghana ketika menentang Malawi.[21]

Pada bulan Mei 2014, Acquah dinamakan dalama skuad sementara 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh pengurus Ghana, James Kwesi Appiah.[22] Pada 2 Jun 2014, Acquah disenaraikan dalam skuad Ghana untuk edisi 2014.[23] Acquah membuat penampilan Piala Dunia pertamanya, masuk menggantikan Mohammed Rabiu pada minit ke-76, ketika kekalahan 2-1 kepada Portugal.[24]

Rujukan

Pautan luar