Ai Qing

Aì Qīng (Cina ringkas: 艾青pinyin: Aì QīngWade-Giles: Ai Ch'ing; nama lahir - Jiǎng Zhènghán Cina ringkas: 蒋正涵pinyin: Jiǎng Zhènghán; 27 Mac 1910 – 5 Mei 1996) ialah seornag penyajak dari China. Beliau dianggap antara penulis sajak moden terunggul negara tersebut.[1]

Ai Qing
Ai Qing di Paris tahun 1929
Ai Qing di Paris tahun 1929
LahirJiang Zhenghan (蔣正涵)
Templat:Tanggal lahir
Desa Fantianjiang, Jinhua, provinsi Zhejiang, Empayar Cina Qing
Meninggal duniaTemplat:Tanggal kematian dan umur
Beijing, China
Nama penaEjia (莪加)
Ke'a (克阿)
Linbi (林壁)
Pekerjaanpenyair
WarganegaraTionghoa
WarganegaraTionghoa
Tempoh1936-1986
Pergerakan sasteraPersekutuan Seniman Kiri Tiongkok
Karya terkenalBei Fang (北方)
Dayanhe (大堰河)
AnugerahPingat Sastera dan Seni Tertinggi Prancis (1985)
PasanganGao Ying
Rakan kongsiZhang Zhuru (张竹茹) (1935-1936)
Wei Ying (韦嫈) (1939-1955)
Gao Ying (高瑛) (1956-1996)
AnakAnak perempuan:
Ai Qingming (艾清明)
Ai Meimei(艾梅梅)
Anak lelaki:
Ai Duanwu (艾端午)
Ai Xuan (艾轩)
Ai Weiwei (艾未未)

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Jiǎng Zhènghán lahir di desa Fantianjiang (贩田蒋), daerah Jinhua di provinsi Zhejiang barat China. Seorang peramal menyebutkan bahawa beliau dikatakan akan ada nasib buruk, maka Jiang diserahkan kepada seorang ibu susuan miskin bernama Dayehe (大葉荷) untuk dirawat.[1] Dari situ juga beliau menjalinkan hubungan rapat dengan ibu susuan itu.

Pada tahun 1928, Ai Qing berhasil masuk ke Sekolah Seni Xihu di Hangzhou, jurusan lukis. Dari 1929 hingga 1932, beliau melanjutkan pelajarannya di Perancis; di sanalah beliau terdedah kepada karya-karya sastera Barat penting zaman itu termasuk Pierre-Auguste Renoir, Vladimir Mayakovsky dan Emile Verhaeren, Ai Qing melanjutkan perhatiannya pada pemikiran Immanuel Kant dan Georg W. F. Hegel.

Kembalinya ke China, pemenjaraan

Pada bulan Januari 1932, Ai Qing berangkat kembali ke China; dalam perjalanan inilah beliau sempat mengarang sebuah puisi pertamanya berjudul Di Sana (Cina ringkas: 那边pinyin: Nà Biàn) yang meluahkan rasa kekhawatirannya tentang keadaan negara dan rakyat. Di Mei 1932 beliau bergabung dalam Aliansi Seniman Kiri China dan mendapat perhatian Lu Xun. Dua bulan kemudian, Ai Qing ditangkap oleh seorang mata-mata Kuomintang. Beliau kemudian dipenjara atas tuduhan makar dengan tuntutan waktu penjara 6 tahun.

Di penjara, Ai Qing menulis seberapa banyak puisi. Salah satu karya ini, Dayanhe——Ibu Saya (Cina Ringkas: 大堰河——我的保姆; pinyin: Dàyànhé——Wǒ de bǎomǔ) yang dikarang memperingati ibu susuannya[nota 1] tidak lama kemudian menjadi mahakaryanya.[1] Pada tahun 1934 beliau menerbitkan Dayanhe dengan nama pena Ai Qing yang digunakan untuk pertama kalinya - beliau mendapat nama penanya ini kerana berasa malu besar senama keluarga dengan pemimpin Kuomintang pada ketika itu, Chiang Kai-shek.[nota 2]

Setelah beliau dilepaskan dari pemenjaraan pada tahun 1935, beliau kemudian mengajar di Sekolah Guru Perempuan Wujin di Changzhou selama setengah tahun dan kemudian pergi ke Shanghai. Tahun 1936 di Shanghai, Ai Qing menerbitkan kumpulan puisi Dayanhe dengan bantuan finansial dari seorang teman.[1] Saat akhbar Tiānxià Rìbāo didirikan pada bulan Mac 1937; beliau diajak ketua editornya, Zhong Dingwen menjadi pe,bantu editor akhbar ini.[4]

Pada tahun 1937 pasca meletusnya Perang China-Jepun, Ai Qing meninggalkan Shanghai dan berangkat ke Wuhan, Xi'an, dan Guilin, untuk membantu terlibat dalam kegiatan pemberontakan bersenjata China melawan Jepun. Beliau tiba di Chongqing pada tahun 1940 dan langsung mengambil posisi mengajar di sebuah sekolah sastera. Pada musim semi tahun 1941 Peristiwa Wannan terjadi, dan Ai Qing pun lari ke Yan'an.[1]

Kehidupan di Yan'an

Ai Qing hidup di Yan'an dari bulan Mac 1941 hingga September 1945. Dua hari setelah membantu melawan Jepun di Yan'an, beliau didatangi oleh Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China saat itu, Luo Fu, dan Ketua Jabatan Propaganda Partai Komunis China, Kai Feng, dan ditanyakan pandangannya mengenai mutu kerja dan hidup di Yan'an. Pada waktu yang sama, Sekolah Seni dan Sastera Lu Xun dan Persatuan Perlawanan Seniman Tiongkok baru dibuka dan hendak menawarkan posisi untuk Ai Qing. Ai Qing memilih Ding Ling untuk memimpin Oersatuan Perlawanan tersebut dan menolak memimpin Sekolah Seni dan Sastera Lu Xun.[5]

Pada tahun 1939, Ai Qing menerbitkan karyanya berjudul Utara (Cina ringkas: 北方pinyin: Běi Fāng), kemudian pada tahun 1945 beliau kembali menerbitkan seberapa karya dahulu termasuk Menghadap Matahari (Cina ringkas: 向太阳pinyin: Xiàng Tàiyang), Obor (Cina ringkas: 火把pinyin: Huǒbǎ), Puisi Untuk Desa (Cina ringkas: 献给乡村的诗), dan 12 antologi puisi lainnya.[1]

Di Republik Rakyat China

Pada bulan September 1945, Ai Qing memimpin pergerakan bahagian pekerja sastera Chinq utara meninggalkan Yan'an menuju Zhangjiakou. Januari 1949, beliau menjadi seorang anggota pewakil tentwera di Sekolah Khusus Seni Beiping; pada bulan Oktober pada tahun yang sama, Ai Qing menjadi kepala redaksi majalah Sastera Rakyat. Beliau menerbitkan kumpulan puisi Huanhuji (欢呼集) pada tahun 1950; di musim gugur tahun yang sama, beliau diwawancarai oleh Kesatuan Soviet serta menerbitkan kumpulan puisinya Bintang Merah yang Bersinar (Cina ringkas: 宝石的红星pinyin: Bǎoshí de hóngxīng)

Karya terpilih

  • 《旷野》 (Kuangye- “Belantara”, 1940)
  • 《向太阳》 (Xiang taiyang - “Menuju Matahari”, 1940)
  • 《北方》 (Beifang - “Utara”, 1942)
  • 《归来的歌》 (Guilai de ge - “Lagu pulang”, 1980)

Nota

Rujukan

Pautan luar