Immanuel Kant

Immanuel Kant (22 April 172412 Februari 1804) ialah seorang ahli falsafah Jerman yang dianggap sebagai salah satu daripada pemikir Eropah moden yang terpengaruh, serta ahli falsafah terutama yang terakhir dalam Zaman Pencerahan.

Immanuel Kant
Portrait by Johann Gottlieb Becker, 1768
Kelahiran(1724-04-22)22 April 1724
Meninggal dunia12 Februari 1804(1804-02-12) (umur 79)
Königsberg
WarganegaraPrusia
EraZaman Pencerahan
FalsafahFalsafah Barat
InstitusiUniversiti Königsberg
Kepentingan utama
Dipengaruhi
Mempengaruhi
  • Secara umumnya keseluruhan falsafah Barat selepasnya, terutamanya Beck, Beneke, Bolzano, Carnap, Fichte, Frege, Guyer, Habermas, Hegel, Heidegger, Herder, Jacobi, Jaspers, Maimon, Peirce, Popper, Reinhold, Schelling, Schleiermacher, Schlegel, Schopenhauer, Spir, Zeller

Riwayat hidup

Immanuel Kant dilahirkan di Konigsberg, Prusia Timur (kini Kaliningrad, Rusia) dan telah menetap di wilayah itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Setelah mendalami pengajiannya di Universiti Kaliningrad dari 1740 hingga 1746, beliau bekerja sebagai seorang guru swasta. Pada tahun 1755 beliau telah kembali ke Universiti Kaliningrad untuk menerima ijazah sarjana serta mula memberi kuliah. Pada tahun 1770 beliau mendapat taraf Profesor dan meneruskan kuliahanya dalam subjek Matematik, Fizik, Antropologi, Padagologi, Geografi Fizikal dan Falsafah sehingga beliau bersara pada tahun 1796.

Kant tidak berkahwin,bahkan eliau jarang merantau keluar negerinya dan suka hidup bersendirian. beliau merupakan seorang penguliah yang terpuji dan suka berbicara.

Pemikiran

Kant menyatakan bahawa nilai moral adalah satu hasil perbuatan yang dilakukan seperti satu kesimpulan terhadap sesuatu aktiviti dan menolak Teori Utilitarisma. Utilitarisma adalah memikirkan dahulu sebelum mengambil sebarang tindakanseperti bertanya kepada diri sendiri tentang kesan sesuatu tindakan ke atas semua pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Penulisan Kant adalah lebih Deontologikal d imana deonto bermaksud tugas (duty). Beliau menyatakan bahawa “seseorang itu terikat pada tugas kerana dia adalah seorang manusia”. [nota 1]

Kant menegaskan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan undang undang sejagat dengan penyataannya (“Layanilah dengan cara yang mulia ,seperti layanan yang ingin anda terima sebagai seorang manusia dan kelakuan yang memperalatkan orang lain untuk mencapai tujuan harus dihindarkan”.[nota 2] Kant memperkenalkan konsep Maxim iaitu polisi yang mengawal arah tindakan untuk mencapai kesempurnaan ataupun sesuatu tujuan (Maxime / Maximum). Kant mengemukakan dua konsep iaitu Konsep Tekad Baik (goodwill / Wille) dan Prinsip Perintah Mutlak (Kategorischer Imperativ / categorical imperative ).

Konsep tekad baik (Wille)

Menurut Kant, tekad baik (goodwill) yang membawa maksud penilaian praktikal kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan niat yang baik adalah sesuatu yang ‘baik tanpa syarat’ (unconditional good) dalam sesuatu aktiviti itu. Beliau menyatakan: “tiada apa yang dikatakan baik tanpa syarat dalam sesuatu tindakan kecuali tekad yang baik”[nota 3] Konsep "tekad baik" ini berasaskan kepada tanggungjawab dan tugas seorang manusia terhadap dunia sekelilingnya ke arah mencapai kesempurnaan diri (maxim). Namun begitu, Kant juga mengatakan bahawa prinsip tekad baik tidak dapat ditetapkan merujuk kepada ‘kebaikan objektif’ (objective good) yang bermaksud suatu perasaan yang hadir daripada kesedaran terhadap kewajipan (duty) akan membawa kepada perlakuan yang baik, benar dan bermoral kerana bukan semua kewajipan seseorang itu bermotifkan kebaikan dan mungkin tindakan yang baik itu ada syarat syaratnya. Satu satu konsep tekad baik adalah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan sebab tujuan kebajikan orang lain dan menghormati undang undang. Kant juga menegaskan sesuatu perbuatan yang bercirikan kepentingan diri tidak menghasilkan nilai moral disebaliknya melanggar prinsip interaksi sejagat manusia.

  • Contoh perlakuan Tekad Baik: Memberanikan diri untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam keadaan yang merbahaya tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri.
  • Contoh perlakuan ‘Baik secara objektif’ (Objective Good): memberi maklumat kepada Polis , lokasi kegiatan pengedaran Dadah semata mata kerana ingin mendapatkan hadiah wang.

Prinsip perintah mutlak (Kategorischer Imperativ)

Kant menyatakan “Biarlah undang undang menjadi peraturan hidup seseorang itu”.[nota 4] Beliau berpendapat bahawa manusia harus hidup mengikuti undang undang yang diterima oleh semua orang di dunia ini tanpa pengecualian. Namun demikian, moral tidak dapat menjadi satu prinsip sejagat kerana adanya perbezaan pendapat dan pandangan diantara manusia. Dengan kata lain, sesuatu tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip untuk semua orang.Prinsip moral dengan penolakan prinsip prinsip yang tidak boleh dijadikan sejagat atau universal (minus non universalizable prinsipal).Idea ini dinamakan Perintah Mutlak (The Categorical Imperative) .Prinsip perintah mutlak bermaksud sesuatu prinsip yang mutlak atau sebarang pengecualian dan syarat (unconditional) .Menurut Kant kebenaran sebenar haruslah bebas daripada sebarang penyekatan ataupun perselisihan dalaman. Prinsip Perintah Mutlak Kant menegaskan bahawa kita perlu bertindak dengan cara yang betul supaya Maxim kita boleh menjadi peraturan atau undang undang ini menjadi umum.

Unsur penting Perintah Mutlak

-Prinsip moral yang diamalkan mesti boleh diterima secara umum.-Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia bukan memperalatkan manusia.-Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Contoh : Penilaian Prinsip Perintah Mutlak

Situasi

-Seorang lelaki khuatir akan kelakuannya yang berunsurkan kejahatan dan bertanya kepada pada diri sendiri bahawa adakah ia satu tanggungjawab untuknya untuk membunuh diri .-Adakah ia satu kelakuan yang bermoral kerana ingin membuat kebaikan untuk menjaga keselamatan orang lain dengan membunuh diri sendiri…

Kaedah Penilaian

-Maxim lelaki tersebut boleh menjadi undang undang universal.-Maximnya adalah ‘kerana menyintai diri orang lain,saya bertanggungjawab untuk memendekan usia saya dimana pada janka masa yang panjang ia akan menghasilkan lebih kejahatan daripada kepuasan”-Lelaki itu berpendapat bahawa membunuh dirinya membawa kepada perkembangan hidupnya. Kant berpendapat bahawa maxim ini bercanggah kepada dengan Undangan Kehidupan manusia kerana destinasi kehidupan manusia adalah kearah perubahan kehidupan dan membunuh diri hanya akan memusnahkan kehidupan .

Kesimpulannya Membunuh diri adalah satu perlakuan yang salah dari segi prinsip Perintah Mutlak.

Senarai karya

  • 1755: Allgemeine Naturgeschichte und Theorie des Himmels
  • 1755: meditationum quaerandam de igne saccincta delinetatio
  • 1755]]: Neue Erhellung der ersten Grundsätze metaphysischer Erkenntnisse
  • 1756: Physische Monadologie
  • 1756: Neue Anmerkungen zur Erläuterung der Theorie der Winde
  • 1762: Die falsche Spitzfindigkeit der vier syllogistischen Figuren
  • 1763: Versuch, den Begriff der negativen Größen in der Weltweisheit einzuführen
  • 1763: Untersuchung über die Deutlichkeit der Grundsätze der natürlichen Theologie und Moral
  • 1763: Der einzige mögliche Beweisgrund zu einer Demonstration für das Dasein Gottes
  • 1764: Beobachtungen über das Gefühl des Schönen und Erhabenen
  • 1764: Über die Krankheit des Kopfes
  • 1766: Träume eines Geistersehers erläutert durch Träume der Metaphysik. (Über Emanuel Swedenborg)
  • 1770: Über die Form und die Prinzipien der sinnlichen und intelligiblen Welt. (De mundi sensibilis atque intelligibillis forma et principiis.)
  • 1775: Über die verschiedenen Rassen der Menschen
  • 1781: 1. Auflage der Kritik der reinen Vernunft
  • 1783: Prolegomena zu einer jeden künftigen Metaphysik, die als Wissenschaft wird auftreten können
  • 1784: Idee zu einer allgemeinen Geschichte in weltbürgerlicher Absicht
  • 1784: Beantwortung der Frage: Was ist Aufklärung
  • 1785: Grundlegung der Metaphysik der Sitten
  • 1786: Metaphysische Anfangsgründe der Naturwissenschaft
  • 1786: Mutmaßlicher Anfang der Menschengeschichte
  • 1787: Kritik der reinen Vernunft 2., stark erweiterte Auflage
  • 1788: Kritik der praktischen Vernunft
  • 1790: Kritik der Urteilskraft
  • 1793: Die Religion innerhalb der Grenzen der bloßen Vernunft
  • 1793: Über den Gemeinspruch: Das mag in der Theorie richtig sein, taugt aber nicht für die Praxis
  • 1794: Das Ende aller Dinge
  • 1795: Zum ewigen Frieden
  • 1797: Die Metaphysik der Sitten
  • 1798: Der Streit der Fakultäten
  • 1798: Anthropologie in pragmatischer Hinsicht abgefasst

Nota

Rujukan

Pautan luar