Aisyah Aziz

Penyanyi wanita Singapura

Nur Aishah Aziz (lahir 21 Mei 1994) atau lebih dikenali sebagai Aisyah Aziz (Jawi: عايشه عزيز) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura.[1]

Aisyah Aziz
Aisyah ditemuramah dalam rancangann MeleTOP di Astro Ria pada 26 Ogos 2014.
Latar belakang
Nama lahirNur Aishah binti Aziz
Kelahiran (1994-05-21) 21 Mei 1994 (umur 29)
Singapura
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2013–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Pengkarya berkait
The Lomas, Ayda Jebat, Bunga Isme, Rizky Febian, Haikal Ali

Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Tempat keenam Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Mimpi" berjaya menimpa nama beliau di industri tanah air. Dan beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.[2]

Kehidupan awal

Aisyah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang merupakan abang sulung beliau.[3][4]

Kerjaya

Aisyah mula menyanyi pada usia 5 tahun lagi dan menyertai pelbagai pertandingan sehingga beliau berusia 11 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau menyertai program realiti nyanyian popular iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013. Walaupun hanya berjaya memegang tempat keenam. Lagu pertama beliau Mimpi yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir dan Omar K. berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai di Malaysia mahupun di tanah kelahiran beliau iaitu Singapura serta beliau banyak menyanyikan lagu bergenrekan pop. [5]

Pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat empat pencalonan dan memenangi kategori Kolaborasi Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014. [6] Pada 2015, Aisyah sekali lagi mendapat empat pencalonan menerusi Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015. [7]

Pada 2016, Aisyah telah mengambil cuti selama sebulan untuk menyertai program realiti di Singapura bertajuk My Squad Is Better Than Yours yang bakal ditayangkan di siaran televisyen Singapura Mediacorp Channel 5. [8]

Disamping itu, Aisyah telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian dengan mengeluarkan single terbaru bertajuk "Indah Pada Waktunya". Berdasarkan maklum positif daripada peminat, tajuk lagu ini telah dijadikan drama bersiri pendek lapan episod yang disiarkan menerusi YouTube NET. Talent Management. Drama ini mengisahkan seorang penyanyi Indonesia yang baru meningkat naik yang dilakonkan oleh Rizky Febian bertemu dengan seorang wanita yang berasal dari Singapura yang dilakonkan oleh Aisyah Aziz yang baru ingin memulakan karier nyanyian beliau di Indonesia. [9]

Pada 25 Januari 2019, Aisyah telah kembali dengan video musik untuk lagu terbaru beliau yang bertajuk "Bila Entah" yang dihasilkan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. [10] Lagu ini berkisarkan mengenai seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya dan berharap ia akan pulang kembali ke pangkuannya. [11]

Diskografi

Single

TahunTajukAlbumNota
2014"Mimpi" AF2013
2015"Pilihan Sejati"Tiada album single
2016"Cahaya Aidilfitri"#Rayakustik
"Pulanglah" (ft. Ayda Jebat)
"Tanda Tanya"Tiada album single
2017"Senyum Saja" (ft. Haikal Ali)
2018"Indah Pada Waktunya" (ft. Rizky Febian)
2019"Bila Entah"
"Bukalah Matamu" (ft. Bunga)OST Ejen Ali The Movie
2020"Sugar"
"Someone Else" (& Lil J)
2023"Pujaanku" (ft. Masdo

Videografi

Video muzik

TahunTajukArtis lainPengarahRuj.
2014"Mimpi"Tiada?[12]
2015"Pilihan Sejati"?[13]
2016"Cahaya Aidilfitri"theMalaya Productions[14]
"Pulanglah"Ayda Jebat[15]
"Tanda Tanya" official lyric videoTiada[16]
2018"Indah Pada Waktunya"Rizky FebianAwi Suryadi[17]
2019"Bila Entah"TiadaNadirah Zakariya[18]

Filemografi

Drama

TahunTajukSebagaiSaluranCatatan
2018Indah Pada Waktunya The SeriesAisyahNET. Talent Management (youtube)drama bersiri pendek di Youtube.

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2013Diari Akademi Fantasia 2013,PesertaAstro RiaEp. 1 - 50
Diari Fantasia,Astro RiaEp. Istimewa Aman
2016My Squad Is Better Than YoursMediacorp Channel 5program realiti Singapura.
2019hlive!Artis JemputanAstro Ria & Astro Ria HD
Muzik - Muzik 34TV325 Februari
Pop! Expressntv78 Mac

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2013Akademi Fantasia Musim 10Tempat keenam
2014Anugerah Planet Muzik (APM)Artis Baru Terbaik (Wanita)Tercalon
Kolaborasi Terbaik (Lagu)Menang
Artis Paling Popular (Singapura)Tercalon
Lagu Terbaik APMTercalon
2015Artis Terbaik WanitaTercalon
Artis Paling Popular (Singapura)Tercalon
Lagu Paling Popular (Singapura)Tercalon
Kolaborasi Terbaik (Lagu)Tercalon
2017Anugerah Planet Muzik (APM) [19]Lagu Terbaik APMMenang
Lagu Terbaik (Singapore)Menang

Rujukan

Pautan luar