Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon Singapura

Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, tempat bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single "Cinta Arjuna" yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu "Sayang Sayang" juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]

Aliff Aziz
Kelahiran
Mohammad Aliff bin Aziz

(1991-02-16) 16 Februari 1991 (umur 33)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian191 cm (6 ka 3 in)
PasanganBella Astillah
(k. 2016)
Anak-anak2
SaudaraAisyah Aziz (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, pop alternatif, jazz
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adira, Siti Nordiana, Kilafairy, Emma Suhaimi

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di lokasi beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Kerjaya

Pada masa itu, Aliff juga menceburi minat dalam bidang nyanyian ketika berusia 12 tahun, malah Aisyah juga turut serta mengikut jejak langkah abangnya dalam bidang seni, manakala Ain memilih untuk menceburi bidang teknologi maklumat. Beliau juga pernah mencuba nasibnya dalam melibatkan diri dalam program realiti TV nyanyian, Anugerah pada 2007, yang menjadikan beliau selaku peserta dalam program tersebut.

Selepas melangkah satu demi satu pusingan dalam pertandingan nyanyian tersebut, prestasi beliau waktu itu juga kurang memberangsangkan dan beliau juga tersingkir pada peringkat separuh akhir. Tetapi, peminat Aliff juga tidak putus-putus untuk menyokongnya bahkan pihak juri juga memberi peluang kedua dengan menerusi pusingan wildcard pada akhir persembahannya. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara yang termuda atas persembahan terbaik semasa beliau yang berusia 16 tahun. Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih RM100,000 ringgit.

Selepas kemenangannya dalam program tersebut, beliau muncul dalam iklan Mediacorp iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan dan sebagainya malah Aliff juga muncul dalam iklan 30 saat KFC pada 2007. Ia diketahui oleh majalah Malaysia bahawa beliau ketika itu sedang menyusun aktiviti jadualnya dengan melanjutkan pelajaran dan meluaskan bakatnya selaku penyanyi.

Pada tahun 2009, Aliff dipelawa oleh National Services di mana beliau menjadi jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (yang dahulunya dikenali sebagai BRTC/Basic Rescue Training Centre) di Jalan Bahar. Dalam temubual Sungguh pada 2010, Aliff memuat naik statusnya pada peminat beliau bahawa selepas ini Aliff juga akan memfokuskan dirinya dalam karier nyanyian. Dalam tahun yang sama, Aliff melancarkan album kedua, It's Aliff's Time, yang membariskan hit lagunya seperti Cinta dan Kalau Cinta hasil kolaborasinya bersama penyanyi terkenal Malaysia, Joanna. Single Kalau Cinta telah menjadi hit terbaik di stesen radio secara keseluruhan dan menjadikan lagu antara rakaman terbaik sehingga akhir tahun 2011.

Pada masa yang sama, beliau ketika itu merupakan seorang bekas tentera dan jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Music Performing Arts Club (MPAC), di mana beliau mempersembahkan vokalnya dalam mana-mana persembahan SCDF seperti Hari Kenaikan Pangkat SCDF, Hati Komuniti SCDF dan sebagainya. Beliau juga pernah merangkul sebagai "Koperal" ketika beliau berkhidmat dalam pasukan awam tersebut. Pada 2011, Aliff telah menamatkan khidmatnya dan berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengejar cita-citanya sebagai artis rakaman, penyanyi, pelakon dan model.

Pada awal 2012, beliau telah melancarkan album ketiga iaitu Aliff Aziz, yang membariskan hit terbaik yang berjudul Jangan Ganggu Pacarku yang telah mencapai 1 juta tontonan Youtube selepas dikeluarkan dalam 24 jam. Lagu Aliff seperti Cinta Ya Cinta dan Setiap Detik juga sering digunakan sebagai soundtrack menerusi drama popular untuk TV3 serta rancangan lain.

Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan, yang mengambil watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia seperti pelawak Zaibo, Bell Ngasri, Anne Ngasri, malah bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana juga turut sama berlakon drama tersebut sebanyak 13 episod.

Pada pertengahan tahun 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis iaitu Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan beliau yang ketika itu bersama aktres Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang berbakat.

Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.

Gegar Vaganza 2021

Aliff Aziz telah terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Laguku SendiriSayang-sayangDirinya sendiriTempat Pertama
Minggu 2Masih Aku TerasaKasih Tak SampaiKumpulan PadiTempat Pertama
Minggu 3Segalanya Ku TerimaKasihnya LailaJinbaraKe-2
Minggu 4Berdiri Bulu RomakuJika Kau Rasa GetarnyaSlamKe-6
Minggu 5Dulu Lain Sekarang LainPemburu ImpianKazar SaisiKe-2
Minggu 6Langkah SeiringanBelenggu Rindu (Duet Bersama Iman Troye)Dato' Jamal Abdillah & Wany HasritaKe-2
Minggu 7Kelentang KelentongPesan CintaAfganKe-2
Minggu 8 (Suku Akhir)Kupetik Bintang-BintangRapuhNastiaKe-2
Minggu 9 (Separuh Akhir)Lagu UntukmuLay Me DownSam SmithKe-3
Sesuatu JanjiTaufik Batisah
Minggu 10 (Akhir)Akhirnya Kini PastiSampai SyurgaFaizal TahirJUARA
Dealova (Duet Bersama Hafiz Suip)Once
Bangun (battle Aweera)Aman RA

Gegar Vaganza 2023

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza
KonsertTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Kembali MenyengatWanita Seluruh DuniaProjek PistolKe-8
Minggu 2Ikut Tekak SendiriSampai MatiHazamaKe-13
Minggu 3Putar Kiri KananKasihHetty Koes EndangKe-5
Minggu 4Berdua BersatuIf I Ain't Got You (duet Bersama Aisyah Aziz)Alicia KeysKe-6
Minggu 5MisteriPenghujung RinduDato' Jamal AbdillahKe-5
Minggu 6No Retreat No SurrenderArjunaDewa 19Ke-11
Minggu 7Kau IlhamkuGerhana Cinta LukaIklimKe-9
Minggu 8Fun Fair Tok RamCek Mek MolekDato' M. Daud KilauPertama
Minggu 9Duet 2.0 (Astro Verse)Jampi (duet Bersama Zaki Yamani)Hael HusainiKe-9
Minggu 10 (Suku Akhir)Fiesta MuzikaCindaiDato Sri Siti NurhalizaKe-9 (Tersingkir)
Gambus JodohTan Sri P. Ramlee

Kehidupan peribadi

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan kakak kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Bella Astillah, melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor.[2]

Aliff dan Bella bercerai pada Mei 2019 namun kembali bersatu pada April 2020.[3] Mereka mempunyai dua orang anak.

Diskografi

Album studio

  1. Aliff (2007)
  2. It's Aliff's Time (2010)
  3. Aliff Aziz (2012)
  4. Rebirth (2016)

Single

  1. Keajaiban Cinta - duet bersama Adira (2012)
  2. Tak Ada Cinta Sepertimu - duet bersama Siti Nordiana (2014)
  3. Selayaknya Aku (2014)
  4. Dan Lagi Cinta - duet bersama Emma Suhaimi (2015)
  5. Warna Cinta - duet bersama Kilafairy (2016)
  6. Coba (2016)
  7. Sandar Padaku - duet bersama Mira Filzah (2017)
  8. Tetap Disini - duet bersama isterinya Bella Astillah (2022)
  9. Genggam (2023)

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2007Almari AjaibDrama Mediacorp
KhayalanKameo
2012Antara KitaArilTVi
SepaiAsmaunTV1
TiaraKamalAstro Prima
2013Nurul KasihIzhamTV2
Epilog Cinta KhiranaSharqir IkhwanTV3
2014Jodoh (Musim 2)Syed AzmiAstro Ria
2016Sayangku Kapten MukhrizDr. FaizalTV3
2017Di Sebalik WajahAmir HisyamHypp Sensasi
Meh Sandar Pada AkuDr. Syed NadzhanTV3
Meh Sandar Lagi
2018MelankoliaZain
Halalkan Hati Yang Ku CuriFaiq
Sejuta Rasa Buat AdeliaChef Syed IdlanAstro Ria
2022Jodohku BabysitterAdam Farhan
Cina ButaAliff
2023Ku Akad Kau Dengan BismillahLuth MikailTV3
Tentang Hati DiaWafi
2024Dia Dari SyurgaAhmad KalilTV1

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2012Cinta VlogShezzTV9
2013GerhanaManTV1
Tiga Dosa
Dia AyahkuTV2
Raya Pak Pak PongAngahTV3
2017Love You Miss PomenRemyTV9
2021Dosa Itu Bukan MiliknyaFitriTV2
2022Sekolah SampahAstro Citra

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2021Gegar Vaganza (musim 8)PesertaAstro Ria
2022Sepahtu Reunion Live Al-PuasaKameoAstro WarnaEpisod: "Sirnanya Ramadan"
Rayakustika 2022PengacaraSuria
Gegar Vaganza Semangat Nak RayaDirinya sendiriAstro Ria
2023All Stars Gegar VaganzaPeserta

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Pelakon TV Lelaki PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar