Albert Kesselring
Albert Kesselring (30 November 1885 – 16 Julai 1960) ialah seorang Fil Marsyal Luftwaffe Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Dalam kerjaya tentera yang menjangkau kedua-dua Perang Dunia, Kesselring adalah antara panglima perang Jerman Nazi yang paling handal, menjadi salah seorang daripada 27 pegawai yang dianugerahkan pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian. Di gelar "Albert Tersenyum" oleh pihak Bersekutu dan "Pak Albert" oleh askarnya[Nota 1], beliau merupakan antara panglima perang yang paling popular dalam Perang Dunia II.[1] Kesselring adalah seorang yang perseptif, fleksibel, setia dan tegas, menjadikan beliau pakar strategi dalam peperangan darat dan udara; serangan berterusan beliau keatas lapangan-lapangan terbang hampir memaksa RAF (Tentera Udara Diraja British) tunduk kepada Jerman. Kesselring adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-3 dalam senioriti Tentera Udara Jerman.
Fil Marsyal Albert Kesselring | |
---|---|
Nama samaran | Smiling Albert ("Albert Tersenyum") Uncle Albert ("Pak Albert") |
Kelahiran | Marktsteft, Kerajaan Beraja Bavaria, Empayar Jerman | 30 November 1885
Meninggal dunia | 16 Julai 1960 Bad Nauheim, Jerman Barat | (umur 74)
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi (hingga 1945) |
Perkhidmatan | Tentera Darat Imperial (1904–1922) Reichswehr (1922–1933) Luftwaffe (1933–1945) |
Tahun perkhidmatan | 1904–1945 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Arahan | Luftflotte 1 Luftflotte 2 Kumpulan Tentera Darat C Angkatan Tentera Selatan Angkatan Tentera Barat |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Darjah Mahkota Itali Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian |
Kesselring memasuki Tentera Darat Bavaria sebagai seorang pegawai kadet pada tahun 1904 dan berkhidmat dalam cawangan artileri. Beliau menamatkan latihan sebagai seorang pemerhati dalam kenderaan belon udara pada tahun 1912. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dikedua-dua barisan Barat dan Timur dan telah ditugaskan ke Staf Am, walaupun tidak pernah belajar di Akademi Perang. Kesselring kekal didalam Tentera Darat selepas perang tetapi telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1933 untuk menjadi ketua Jabatan Pentadbiran di Kementerian Udara Jerman, dimana beliau telah terlibat dalam pembangunan semula industri penerbangan dan menyediakan asas-asas penubuhan Luftwaffe, berkerja sebagai Ketua Stafnya dari tahun 1936 hingga 1938.
Sewaktu Perang Dunia II beliau memerintah armada udara dalam Pencerobohan Poland, Pertempuran Perancis, Pertempuran Britain, dan Operasi Barbarossa. Selaku Panglima Tertinggi Selatan (Oberbefehlshaber Sud), beliau adalah pemimpin keseluruhan tentera Jerman dan Itali di kancah Mediterranean, termasuk sekali operasi-operasi di Afrika Utara. Kesselring mengendalikan satu kempen pertahanan yang tiada kompromi terhadap tentera Bersekutu di Itali sehinggalah beliau tercedera dalam satu kemalangan pada Oktober 1944. Dalam kempen peperangan yang terakhir, beliau selaku Oberbefehlshaber West memerintah angkatan bersenjata Jerman di Barisan Barat. Beliau sangat dihormati oleh lawannya dari pihak Bersekutu kerana kejayaan-kejayaan militarinya, tetapi rekod beliau telah dicemari oleh pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera bawahannya di Itali.
Selepas perang, Kesselring dibicarakan bagi jenayah perang dan telah dijatuhi hukuman mati. Hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Kempen politik dan media menyebabkan beliau dibebaskan pada tahun 1952, kononnya atas alasan kesihatan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga Generalfeldmarschall yang dapat menerbitkan memoir, bertajuk Soldat bis zum letzten Tag (Dari Seorang Perajurit Hingga Ke Akhir).
Tarikh kenaikkan pangkat
- Leutnant - 8 Mac 1906
- Oberleutnant - 25 Oktober 1913
- Hauptmann - 19 Mei 1916
- Major - 1 April 1925
- Oberstleutnant - 1 Februari 1930
- Oberst - 1 Oktober 1932
- Generalmajor - 1 Oktober 1934
- Generalleutnant - 1 April 1936
- General der Flieger - 1 Jun 1937
- Generaloberst - dilangkau
- Generalfeldmarschall - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1 dan 2
- Medal Jubli Putera Raja Luitpold Bavaria
- Darjah Kepujian Tentera Bavaria Kelas 4 berserta Pedang
- Darjah Kesatria Albert Saxony Kelas 2 berserta Pedang
- Darjah Kepujian Tentera Bavaria Kelas 4 berserta Mahkota dan Pedang
- Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1
- Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian
- Medal Peringatan Sudetenland 1 Oktober 1938
- Darjah Utama Mahkota Itali
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1: 25 September 1939
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 2: 12 September 1939
- Knight Cross of the Iron Cross (1939) : 30 September 1939
- Lencana Penerbangan Tempur warna Emas
- Lencana Juruterbang Itali
- Penglilit Lengan bertulis "Afrika"
- Darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross: 25 Februari 1942
- Darjah Pedang bagi Knight Cross of the Iron Cross: 18 Julai 1942
- Darjah Berlian bagi Knight Cross of the Iron Cross: 19 Julai 1944
- Nama Kesselring disebut tiga belas kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Kemajuan Angkatan Tentera) iaitu pada 8 Oktober 1940, 26 Oktober 1940, 9 November 1940, 20 November 1940, 25 November 1940, 19 Jun 1941, 6 Ogos 1941, 7 Ogos 1941, 19 September 1941, 18 Oktober 1941, 19 Oktober 1941, 17 Jun 1942 dan 10 September 1943. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)
Lihat juga
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Walther von Brauchitsch
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Erwin von Witzleben
- Gunther von Kluge
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Erich von Manstein
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Karl Donitz
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
Nota
Rujukan
Bibliografi
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Generalleutnant Walther Wever | Ketua Staf Am Luftwaffe 3 Jun 1936 – 31 Mei 1937 | Diikuti oleh: General der Flieger Hans-Jürgen Stumpff |
Didahului oleh none | Panglima Luftflotte 1 1 Februari 1939 – 11 Januari 1940 | Diikuti oleh: Generaloberst Hans-Jürgen Stumpff |
Didahului oleh General der Flieger Hellmuth Felmy | Panglima Luftflotte 2 12 Januari 1940 – 11 Jun 1943 | Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Wolfram Freiherr von Richthofen |
Didahului oleh tiada | Oberbefehlshaber Sud 2 Disember 1941 – 10 Mac 1945 | Diikuti oleh: Generaloberst Heinrich von Vietinghoff |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt | Oberbefehlshaber West 11 Mac 1945 – 22 April 1945 | Diikuti oleh: tiada |